Membuat Jumping Start Pada Kereta

Mei 28, 2010

0 komen

Bateri kereta 12V yang terdapat dalam but kereta pasti akan menjadi lemah kerana faktor usia, kerosakan alternator ataupun kecuaian manusia (seperti lupa memadam lampu). Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri.

Langkah 1
Periksa bateri kereta samada telah lemah ataupun mati. Sekiranya bateri anda masih menyalakan lampu pada kereta dan mampu menggerakkan enjin (walaupun dengan perlahan), ini menunjukkan bateri dalam keadaan lemah.

Sekiranya bateri anda langsung tidak dapat menggerakkan enjin, tidak dapat menyalakan lampu atau radio, ini menunjukkan bateri telah mati.

Langkah 2
Dapatkan bantuan rakan anda anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start. Pastikan keretanya mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.

Contoh: Sekiranya kereta anda adalah Myvi 1.3 CC, dapatkan kereta Myvi 1.3 CC juga ataupun yang kereta yang lebih besar seperti Waja 1.6 CC.

Bawa kereta rakan anda berhampiran dengan kereta anda.

Langkah 3
Dapatkan wayar jumper. Panjang wayar biasanya dalam 10 kaki dan mempunyai warna merah dan hitam dan setiap hujung wayar mempunyai klip buaya. Wayar merah adalah untuk positif bateri manakala hitam adalah untuk negatif bateri.

Langkah 4
  1. Kepitkan klip buaya wayar merah ke terminal positif bateri kereta anda (bateri lemah/mati). Pastikan terminal bateri tersebut bersih.
  2. Kepit klip buaya wayar merah yang satu lagi ke terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Kepit klip buaya wayar hitam ke terminal negatif bateri kereta rakan anda  (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Kepit klip buaya wayar hitam yang satu lagi ke mana2 bahagian besi pada enjin kereta anda. Sedikit percikan bunga api terhasil apabila anda menyambungkan wayar ini ke bahagian besi enjin. Anda tidak digalakkan menyambungkan wayar hitam ini ke terminal negative bateri kereta anda (bateri lemah/mati) kerana perbuatan ini akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan meningkatkan risiko berlaku letupan.


Langkah 5
Hidupkan kenderaan rakan anda. 

Langkah 6
Sekiranya bateri kereta anda telah mati (dead battery), anda perlu membiarkan kenderaan anda  hidup selama 15 - 20 minit. 

Cuba hidupkan kenderaan anda. Sekiranya sukar dihidupkan, tekan sedikit pedal minyak kereta rakan anda supaya enjin bergerak lebih laju dan kemudian hidupkan kenderaan anda sekali lagi.

Sekiranya tidak dapat dihidupkan juga , kemungkinan bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi atau terdapat masalah lain. Dapatkan mekanik untuk memeriksa kenderaan anda. 

Langkah 7
Apabila kenderaan anda telah dihidup, wayar jumper ditanggalkan mengikut urutan berikut:
  1. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada bahagian besi enjin kereta anda.
  2. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Tanggalkan wayar merah yang terpasang pada terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif kereta anda (bateri lemah/mati)


Langkah 8
Bawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan untuk menukar bateri baru.

Bagaimana Microwave Oven Berfungsi

Mei 26, 2010

0 komen

Nadi utama microwave oven adalah magnetron. Apabila diuja dengan bekalan elektrik bervoltan tinggi, ia akan memancarkan gelombang elektromagnet pada frekuensi 2.5 GigaHertz.

Molekul2 air yang terdapat pada makanan basah akan menyerap gelombang elektromagnet ini dan molekul ini akan berpusing dan bergetar sesama sendiri. Getaran antara molekul2 akan mengeluarkan haba dan seterusnya memasak makanan tersebut.

Isu utama mengenai microwave oven ini adalah keselamatan makanan yang dimasak. Kaedah memasak makanan 'dari dalam ke luar' yang dilakukan oleh microwave oven dikatakan bercanggah dengan fitrah alam.

Kaedah memasak makanan seperti ini dikatakan akan mengubah struktur DNA makanan tersebut dan ia akan menjadi toksid kepada manusa. Makanan yang dimasak dengan microwave oven dikatakan antara punca kepada penyakit kanser.

Walaubagaimanapun, sehingga kini belum ada pihak yang mengemukakan bukti yang jelas tentang bahaya penggunaan mikrowave oven.

Buat sendiri : Alat Penstabil Voltan untuk Kereta

1 komen

Anda boleh menghasilkan sendiri alat penstabil voltan untuk kereta berdasarkan rajah litar di atas. Kapasitor C1 dan C2 berfungsi untuk menapis hingar (noise) frekuensi tinggi dari alternator kereta.

Manakala kapasitor C2 hingga C10 berfungsi untuk menapis hingar frekuensi rendah dan pada masa yang sama menyimpan voltan dalam bentuk cas agar tidak mengalami kejatuhan voltan (voltage drop).

Kepada pemilik kereta yang banyak membuat pengubahsuaian seperti pemasangan amplifier, anda mungkin memerlukan lebih dari satu set alat penstabil voltan ini. 

Selamat mencuba...

Mengira Kapasiti Penghawa Dingin Split Unit

6 komen

Terdapat beberapa versi pengiraan yang biasa digunakan. Pengiraan2 ini memberikan keputusan yang lebih kurang sama.

Kapasiti penghawa dingin jenis split unit biasanya adalah dalam unit HP (Horse Power) dan kapasiti yang terdapat di pasaran adalah 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan 3HP.

VERSI 1
Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut diduduki oleh 2 orang, ketinggian siling 3 meter, tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.

di mana
Contoh:
Sebuah bilik berukuran 16' x 20'. Maka pengiraan kapasiti penghawa dingin adalah;

 Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.5HP


VERSI 2
Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut mempunyai tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.
 di mana

Contoh:
Sebuah bilik berukuran 16' x 20' dengan ketinggian 9.8 kaki (3 meter) dan diduduki oleh 2 orang.
Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.5HP

Berapakah kos bil elektrik anda ?
Sekiranya penghawa dingin anda berkuasa 2.5 HP, digunakan selama 5 jam setiap hari, maka kos bil elektrik anda (kos maksimum) untuk penghawa dingin dalam sebulan ialah
 Nota:
1HP = 0.746 kiloWatt

Alat Penstabil Voltan Untuk Kereta

Mei 22, 2010

2 komen


Sekarang ini banyak alat penstabil voltan yang terdapat di pasaran seperti I-Charge, Moto TSXII,  Zapgold, Mega Fuel Saver, Ecostorm dan sebagainya. Alat ini dikatakan boleh menjimatkan petrol, memudahkan enjin dihidupkan, meningkatkan kuasa pecutan (tork) dan memanjangkan jangka hayat bateri. 

Bagaimana alat penstabil voltan berfungsi ?
Bekalan elektrik dalam kereta adalah 12V. Dalam keadaan biasa selepas enjin dihidupkan, alternator biasanya membekalkan bekalan elektrik dalam lingkungan 14V. Walaubagaimanapun,  nilai voltan ini semakin menurun apabila lampu, radio dan penghawa dingin dihidupkan sehingga ia kurang dari 12V.

Ini akan menyebabkan palam pancucuh (spark plug) kurang menghasilkan percikan api, lampu menjadi malap, radio tidak bertenaga dan bateri tidak dicas dengan sempurna. Tambahan pula, semua kenderaan baru kini menggunakan ECU (Engine Control Unit) yang mengawal kadar suntikan bahan api ke dalam enjin. ECU ini  tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.

Alat penstabil voltan untuk kereta akan menstabilkan voltan pada 14V (bergantung kepada output alternator kereta). Apabila voltan telah stabil tanpa mengalami kejatuhan, kenderaan anda akan beroperasi pada tahap optimum. ECU akan berfungsi dengan baik (kadar suntikan bahan api ke dalam enjin dapat dilakukan dengan tepat, menghasilkan kuasa pencutan dan penjimatan minyak) dan bateri dapat dicas dengan sempurna (ini akan memanjangkan jangka hayat bateri).

Adakah kereta anda memerlukan alat penstabil voltan ?
Hidupkan enjin kenderaan anda, biarkan ia panas selama beberapa minit. Kemudian hidupkan lampu depan (headlight) kenderaan anda. Sekiranya bacaan meter RPM enjin menurun dengan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan anda memerlukan alat penstabil voltan. 

Hampir kesemua kenderaan import kini telah dilengkapi alat penstabil voltan. Memasang alat penstabil voltan lain pada kereta ini tidak memberikan sebarang kesan.

Bird BLazer - Alat Penghalau Burung Menggunakan Laser

0 komen

Alat ini dapat menakutkan burung dengan menggunakan sinaran laser yang sering berubah-berubah setiap masa. Jarak berkesan alat ini adalah sehingga 3 km. 

Berharga lingkungan RM3,500. Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Video Corak Pancaran Laser Bird BLazer


Hexapod Walker

0 komen



BirdXPeller PRO - Alat Penghalau Burung

0 komen


Alat ini mengeluarkan bunyi suara burung yang sedang ketakutan. Burung2 yang mendengar suara dari alat ini akan segera beredar.

Suara dimainkan dalam format definasi tinggi dan berkualiti. Sesuai untuk kegunaan mudah alih atau dipasang pada dinding.

Harganya sekitar RM700 dan boleh didapati di sini

Video: BirdXPeller Blasting Birds

Bagaimana Elektrik Sampai ke Rumah Anda ?

Mei 21, 2010

0 komen

ArduIMU Quadcopter (Helikopter 4 kipas)

2 komen

Peminat pesawat kawalan jauh di USA telah menghasilkan helikopter 4 kipas kawalan jauh. Ia dilengkapi dengan 4 unit sensor infra merah Sharp GP2Y0A02 untuk mengesan halangan, sensor sonar LV-EZ0 untuk kawalan altitud (ketinggian) dan modul Xbee untuk kawalan tanpa wayar. 

Diharap ada pelajar politeknik atau universiti yang dapat menghasilkan dron sebegini. 




Lampu LED (Light Emitting Diode)

1 komen

Dalam bahasa Melayu ialah Diod Pemancar Cahaya. Lampu jenis ini dibina berasaskan bahan semikonduktor. Apabila arus elektrik dibekalkan pada terminal positif dan negatif lampu LED, penggabungan elektron dan lohong akan berlaku di antara dua lapisan semikonduktor, seterusnya membebaskaan tenaga dalam bentuk cahaya.

Pencahayaan menggunakan semikonduktor ini ditemui oleh penyelidik British bernama Henry Joseph Round pada 1907. Teknologi LED ini telah mula digunakan untuk kegunaan praktikal mulai 1960an, tetapi kini penggunaannya semakin popular kebekalangan ini apabila diod pemancar cahaya berkecerahan tinggi mula diperkenalkan pada 2005. 

Gambar 1: Binaan lampu LED

Lampu LED menawarkan banyak kelebihan berbanding lampu pijar dan lampu kalimantang iaitu:
  • Lembih menjimatkan elektrik berbanding lampu kalimantang
  • Kurang membebaskan haba
  • Tiada penggunaan merkuri (merkuru berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu LED mudah dilupuskan
  • Tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • Tidak mengeluarkan bunyi
  • Jangkahayat lebih lama, sehingga 50,000 jam
  • Menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu tiub kalimantang yang menggunakan ballast magnetik yang berkelip2 ketika mula dihidupkan
  • Tidak membebaskan gelombang ultarungu dan infra merah, oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan lampu luaran kerana ia tidak menarik perhatian serangga mendekati lampu ini.

Walaupunbegitu, teknologi lampu ini masih lagi mahal, tetapi kerana kelebihan dan keupayaan yang ditawarkan oleh lampu LED, ia telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak untuk terus menjalankan penyelidikan dalam menghasilkan lampu LED yang berkecekapan tinggi dan juga murah. 

Penyelidikan terkini telah berjaya lampu LED yang mempunyai kecekapan melebihi 100 Lumens per Watt menggunakan material yang murah tetapi ia masih lagi di peringkat ujian. Adalah dijangkakan pada tahun mendatang ini, lampu LED akan digunakan pada pelbagai aplikasi, bermula dari dalam rumah, kenderaan, tepian jalan hinggalah ke industi.  
Gambar 2: Contoh produk lampu LED

Lampu Kalimantang LED

Mei 20, 2010

4 komen

Sebuah syarikat di Melaka, LED Vision Sdn Bhd kini mengeluarkan lampu kalimantang LED sebagai alternatif menggantikan lampu kalimantang biasa.

Produk utama syarikat ini adalah lampu kalimantang LED berkuasa 18W (AdvanLED ECO Tube)  yang mempunyai kecerahan setara dengan lampu kalimantang biasa berkuasa 40W.

Selain menjimatkan tenaga sehingga 50%, kelebihan lampu kalimantang LED adalah;
  • kurang mengeluarkan haba
  • tiada penggunaan merkuri (merkuri berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu kalimantang LED mudah dilupuskan
  • tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • tidak mengeluarkan bunyi
  • jangka hayat lebih lama - sehingga 50,000 jam!
  • menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu kalimantang biasa yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan
Walaubagaimanapun, lampu kalimantang LED mempunyai kecapahan cahaya 120o berbanding lampu kalimantang biasa yang mempunyai kecapahan cahaya 360o. Oleh itu, bahagian siling akan kelihatan gelap sekiranya lampu ini digunakan. 

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara lampu kalimantang LED (AdvanLED ECO Tube) dan lampu kalimantang biasa.



Harganya RM180 seunit, berbaloi dengan penjimatan 50% dan jangka hayat 50,000 jam.

Selain itu, syarikat ini juga mengeluarkan mentol, lampu limpah dan lampu spotlight menggunakan teknologi LED. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan helaian PDF tentang cara kerja lampu kalimantang dengan ballast magnetik di sini

Penggunaan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

9 komen

Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan  ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut.

Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)


Sekiranya ballast elektronik digunakan, pendawaian lampu kalimantang hendaklah diubah seperti gambarajah di bawah


Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah;
  •  Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu.
  • Kurang  lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik
  • Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
  • Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
  • Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
  • Tiada penggunaan starter
  • Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang
Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
  • Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik.
  • Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik
  • Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.
Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.

Lampu Kalimantang: Siang OK, Malam Kelip-kelip

2 komen

Pernahkah lampu kalimantang di rumah anda jadi seperti ini; siang berfungsi dengan baik, tetapi apabila malam, lampunya berkelip2.

Terdapat dua sebab lampu kalimantang menjadi seperti itu:

1. Penggunaan choke yang berkuasa rendah dari sepatutnya
Contohnya penggunaan choke 32W untuk tiub kalimantang panjang, atau penggunaan choke 16W untuk tiub kalimantang pendek.

Choke 32W (untuk tiub panjang) atau choke 16W (untuk tiub pendek) sememangnya boleh digunakan untuk menyalakan lampu kalimantang dengan syarat mendapat voltan yang mencukupi. Tetapi pada waktu malam, voltan di rumah biasanya akan menjadi rendah sedikit, oleh itu choke tidak dapat menjana voltan permulaan yang mencukupi untuk menyalakan lampu.

Gantikan choke tersebut dengan choke 36W (untuk tiub panjang) atau choke 18W (untuk tiub pendek).

2.  Nilai faktor kuasa rendah pada choke
Sekiranya anda dapati lampu kalimantang tersebut menggunakan choke 36W atau 18W tetapi lampu masih tidak dapat dinyalakan pada waktu malam, ini menunjukkan choke tersebut mempunyai faktor kuasa yang rendah (kurang dari 0.5). Faktor kuasa yang rendah menyebabkan kuasa tidak dapat dihantar sepenuhnya kepada lampu.

Terdapat beberapa cara untuk membaiki lampu kalimantang tersebut;
  • Memasang kapasitor seperti gambarajah di bawah. Kapasitor akan meninggikan nilai faktor kuasa dan lebih kuasa dapat dihantar ke lampu kalimantang.

  • Menggantikan choke/ballast yang mempunyai faktor kuasa yang lebih tinggi (nilai faktor kuasa biasanya tertera pada choke/ballast) ataupun yang mempunyai cop Sirim
  • Menggantikan choke/ballast kepada jenis elektronik. Tetapi ini memerlukan perubahan pada pendawaian dalam lampu kalimantang. Rujuk sini untuk pendawaian choke/ballast elektronik.

    Menghidupkan Lampu Kalimantang Dengan Bateri 12V

    25 komen

    Kita biasa ternampak para peniaga di pasar2 malam menghidupkan lampu kalimantang dengan menggunakan bateri kereta 12V. Mungkin ada antara kita yang tertanya bagaimana lampu kalimantang yang memerlukan bekalan voltan 240V boleh dihidupkan dengan bateri kereta yang bervoltan 12V sahaja.

    Sebenarnya mereka telah menggantikan litar elektrik lampu kalimantang tersebut menggunakan electronic ballast 12V. Alat ini akan menukarkan voltan arus terus 12V ke voltan tinggi arus ulang alik pada frekuensi tinggi.

    Gambar di bawah menunjukkan litar elektrik lampu kalimantang yang biasa.


    Untuk membolehkan lampu kalimantang dapat dihidupkan dengan menggunakan bateri 12V, tiub kalimantang hendaklah disambungkan dengan electronic ballast sahaja seperti gambarajah di bawah.



    Electronic ballast 12V boleh didapati di kedai2 elektrik ataupun pasaraya2 tertentu seperti Mydin. Harganya tidak melebihi RM10.

    Senarai Displin dalam Bidang Perubatan

    Mei 18, 2010

    0 komen

    Kita sering terjumpa istilah2 displin perubatan yang tidak difahami di klinik2 atau hospital. Berikut disediakan panduan mengenai displin perubatan dan keterangannya.


    NO
    DISPLIN                          
    KETERANGAN
    1
    AnesthesiologyBius
    2
    Cardio-Thoracic Surgery Pembedahan Jantung dan Dada
    3
    Cardiology Jantung
    4
    Dental Pergigian
    5
    Dermatology Kulit
    6
    Endokrinology Kelenjar Endokrin dan Rembesan Hati
    7
    Gastroenterology Perut dan Usus
    8
    Geriatric Warga Emas
    9
    Gynaecology Sakit Puan
    10
    Hand and Micro Surgery Pembedahan Tangan dan Mikro
    11
    Hematology Penyakit Darah
    12
    Hepatobiliary Hati dan Salur Hempedu
    13
    Hepatology Hati
    14
    Nephrology Buah Pinggang
    15
    Neuro-surgery Pembedahan Saraf
    16
    Neurology Otak dan Saraf
    17
    Obstetric Perbidanan
    18
    Obstetric and Ginekology Perbidanan dan Sakit Puan
    19
    Oncology Kanser
    20
    Ophthalmology Mata
    21
    Orthopaedic Tulang
    22
    Otolaryngology (ENT)Hidung, Telinga dan Kerongkong 
    23
    Pediatric Kanak-kanak
    24
    Respiratory Pernafasan
    25
    Plastic Surgery and Reconstructive Pembedahan Plastik
    26
    Physiatric Sakit Jiwa
    27
    Radiology Pengimejan Dianostik
    28
    Radiotherapy Terapi Sinar
    29
    Radiotherapy and Oncology Terapi Sinar dan Kanser
    30
    Rehabilitation Pemulihan
    31
    Rheumatology Sendi
    32
    Urology Pundi Kencing
    33
    Vascular Surgery Pembedahan Salur Darah

    Bekalan Arus Terus 3.3V, 5V dan 12V Berkuasa Tinggi dari Power Supply Komputer

    Mei 17, 2010

    2 komen

    Sekiranya anda memerlukan bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V pada arus tinggi (melebihi 2A) tanpa mengeluarkan banyak kos, artikel ini berguna untuk anda. Satu set unit power supply berkuasa tinggi yang terdapat di pasaran yang mampu membekalkan arus terus yang tinggi harganya mencecah ribuan ringgit.

    Walaubagaimanapun, dengan melakukan sedikit pengubahsuaian pada power supply komputer yang berharga lingkungan RM60, kita boleh mendapatkan bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V yang mempunyai keupayaan sehingga 30A ! Jadual di bawah menunjukkan keterangan setiap wayar yang terdapat pada power supply komputer.

    WARNA WAYARFUNGSI KETERANGAN
    Oren +3.3Vdc
    Membekal arus terus +3.3V 
    Merah +5Vdc
    Membekal arus terus +5V 
    Putih -5Vdc
    Membekal arus terus -5V
    Kuning +12Vdc
    Membekal arus terus +12V 
    Biru -12Vdc
    Membekal arus terus -12V 
    Hitam GND
    Menyediakan laluan untuk arus kembali ke punca bekalan
    Coklat +3.3Vdc sense
    Disambung ke bekalan arus terus 3.3Vdc (wayar oren). Berfungsi untuk mengesan voltage drop pada bekalan kuasa 3.3Vdc
    Ungu +5Vdc standby voltage
    Sentiasa membekalkan voltage 5Vdc walaupun power supply dalam keadaan off
    Kelabu Penunjuk status 
    Disambungkan kepada LED, menunjukkan power supply berfungsi dengan baik
    Hijau Power ON
    Disambungkan kepada GND untuk menghidupkan power supply

    Sambungkan wayar2 power supply seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah di bawah. Apabila suis dihidupkan, lampu LED akan menyala dan anda akan mendapat bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V berkuasa tinggi. Untuk wayar bekalan kuasa 3.3V, 5V dan 12V, pastikan 3 wayar dicantum sebelum penyambung wayar dan gunakan wayar bersaiz besar selepas penyambung wayar supaya wayar tersebut boleh menampung arus yang tinggi.


    Casing CPU Berkonsep Labah-labah

    Mei 15, 2010

    0 komen




    Alat Membancuh Teh

    0 komen


    Breville One-Touch Tea Maker adalah mesin pembuat teh automatik. Hanya dekat meletakkan uncang atau serbuk teh di dalam bahagian yang disediakan, alat ini secara automatik akan mendidihkan air dan membancuh kopi untuk anda mengikut setting yang ditetapkan oleh anda.

    Anda boleh tetapkan supaya alat ini membancuh teh pada waktu yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, alat ini tidak dapat membancuh teh dengan gula atau susu. Anda perlu menambahnya sendiri.

    Berharga sekitar RM800. Klik sini untuk maklumat lanjut. 




    Sistem Suspensi Bose

    Mei 14, 2010

    0 komen

    Sistem suspensi Bose diperkenalkan oleh syarikat Bose Corp. Ia mula digunakan dalam kenderaan mewah mulai tahun 2009.

    Menggunakan sistem suspensi ini, segala gegaran akibat ketidarataan jalanraya, bonggol dsb akan diserap tanpa dipindahkan ke chasis kenderaan. Hasilnya, pemanduan anda seolah-olah seperti 'atas angin'.

    Lihat video di bawah untuk melihat perbezaan sistem suspensi Bose dengan sistem suspensi biasa (konvensional).



    Lampu Jimat Tenaga Teknologi LED dari Philips

    Mei 13, 2010

    0 komen


    Lampu ini dinamakan EnduraLED. Berkuasa 12 Watt sahaja, ia mempunyai kecerahan yang sama dengan lampu pijar berkuasa 60 Watt

    Sumber 

    Kipas Berkembar

    Mei 09, 2010

    0 komen


    Ini bukan sekadar kipas. Di samping menghalakan angin ke tubuh anda, ia  juga memperbaiki peredaran udara dalam bilik.

    Kipas yang menghala ke atas akan membuatkan bilik anda terasa berangin dan nyaman. Kipas ini juga dilengkapi dengan ionizer yang menghasilkan udara segar. 

    Boleh digunakan semasa musim sejuk/salji. Letakkan kipas ini berhampiran pemanas, ia akan menyebarkan haba dalam bilik secara seragam.


    Tripod Serbaguna

    Mei 07, 2010

    0 komen





    Meja Mudah Alih untuk Laptop

    0 komen




    Meja Mudah Alih untuk Laptop

    0 komen

    Produk Jepun, dipasang pada kerusi beroda. 






    Mesin Gerudi Bosch kini dengan Penyedut Debu

    Mei 06, 2010

    0 komen


    Ini adalah mesin gerudi Bocsh model 11221DVS yang dilengkapi penyedut debu. Kerja menggerudi anda kini lebih bersih, tiada lagi debu2 bertaburan di lantai. 

    Harganya agak mahal, sekitar RM1000. Tidak berbaloi untuk kegunaan rumah. Sesuai untuk kontraktor ubahsuai rumah, pembekal perobot dll. 

    P/S: Sekali pandang, mesin ni nmpk mcm senapang GhostBuster la pulak...

    Penghalau Serangga

    Mei 04, 2010

    0 komen


    Alat ini dikatakanboleh menghalau tikus, lipas, kumbang, labah2, nyamuk, lalat dll. Hanya pasangkan pada soket plug, biarkan ia berfungsi. Alat ini mengeluarkan gelombang ultrasound. Berkuasa 4W dan dilengkapi dengan lampu tidur.

    Masalahnya, penggunaan alat ini mungkin akan menakutkan haiwan peliharaan anda (kucing, hamster, dll). Harga alat ini adalah RM70 dan boleh didapati di sini.

    Balancing Robot

    0 komen



    Terminologi Fizik

    Mei 03, 2010

    0 komen

    Hipotesis
    Tekaan dari seorang saintis berdasarkan pemerhatian atau kenyataan rasional berdasarkan sesuatu kejadian/fenomena. Kenyataan tersebut tidak dapat dibuktikan. 

    Teori
    Hipotesis yang telah dipersetujui oleh beberapa orang penyelidik atau saintis. Teori tidak boleh dikeluarkan oleh seorang saintis. Dalam sains, teori adalah anggap betul sehinggalah ada bukti yang menyangkal teori tersebut. Contoh: teori struktur atom, teori lubang hitam (black hole)

    Hukum
    Kenyataan yang menerangkan sifat sesuatu perkara, tetapi tidak menerangkan 'kenapa boleh jadi sebegitu'. Contohnya: Hukum Newton kedua menyatakan 
    Daya = Jisim x Pecutan atau F=ma
    tetapi Newton tidak menerangkan bagaimana dia memperolehi persamaan matematik di atas dan tidak membuktikan bahawa persamaan di atas adalah betul. Hukum dikemukakan oleh saintis berdasarkan logik dan eksperimen dan biasanya tidak akan berubah.

    Teorem
    Kenyataan yang boleh dibuktikan secara matematik. Contoh: Theorem Pythagoras.

    Prinsip
    Sama seperti hukum. Contoh: Prinsip Bernoulli 

    Teknologi Inverter

    0 komen

    Kebelakangan ini kita selalu terjumpa perkataan inverter pada produk elektrik terbaru seperti penghawa dingin (air-conditioner), peti sejuk dan microwave oven. Syarikat pengeluar mendakwa, dengan teknologi inverter, peralatan elektrik akan berfungsi dengan lebih cekap dan menjimatkan tenaga elektrik. Benarkah dakwaan mereka itu?

    Secara teorinya, teknologi inverter boleh menjimatkan tenaga elektrik dan membuatkan peralatan elektrik berfungsi dengan lebih cekap. Sebagai contoh, mengikut kiraan matematik, penghawa dingin yang menggunakan teknologi inverter ini mampu menjimatkan elektrik sehingga 30% dan lebih cepat menyejukkan udara berbanding penghawa dingin konvesional.

    Apakah itu inverter?
    Jika kita merujuk kamus, inverter bermaksud penyongsang. Walaubagaimanapun, dalam kejurutereaan elektrik kuasa, inverter ditakrifkan sebagai peranti/alat yang mengubah arus terus kepada arus ulang alik berubah frekuensi. Inverter sering digunakan pada peralatan yang mempunyai motor dan pemampat (compressor). Dengan menggunakan teknologi ini, kelajuan motor atau pemampat boleh dikawal mengikut keperluan.

    Bagaimana teknologi inverter berfungsi?
    Untuk memahaminya, ambil penghawa dingin sebagai contoh:

    Penghawa dingin konvensional
    • Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
    • Pemampat dihidupkan sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius
    • Pemampat dimatikan, suhu bilik naik perlahan2 sehingga 23 darjah Celcius
    • Pemampat dihidupkan semula sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius
    • Proses ini berterusan sehinggalah penghawa dingin dimatikan
    Penghawa dingin berteknologi inverter
    • Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
    • Inverter menjalankan pemampat pada kelajuan maksimum
    • Apabila suhu bilik mencapai 22.1 darjah Celcius, inverter memperlahankan sedikit kelajuan pemampat
    • Suhu bilik turun sehingga 21.9 darjah Celcius, inverter menaikkan sedikit kelajuan pemampat
    • Pemampat akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza ( tiada operasi on-off seperti penghawa dingin konvesional)


    Terdapat 2 jenis inverter yang terdapat pada produk berteknologi ini:
    1. Inverter arus ulang-alik (AC inverter) - Digunakan pada motor/pemampat kendalian arus ulang alik (AC motor/pemampat)
    2. Inverter arus terus (DC inverter) - Digunakan pada motor/pemampat kendalian arus terus (DC motor/pemampat). Produk yang menggunakan DC inverter adalah lebih jimat tenaga berbanding AC inverter. Ini adalah kerana motor/pemampat kendalian arus terus tidak mempunyai 'tork menahan' (detent torque) dan kehilangan arus aruhan.
    Kelebihan produk elektrik yang menggunakan teknologi inverter ialah:
    • Lebih menjimatkan tenaga elektrik
    • Berfungsi dengan lebih senyap
    • Beroperasi dengan lebih cekap dan pantas
    Walaubagaimanapun, produk berteknologi inverter ini agak mahal termasuk alat gantinya. Kerosakan elektronik pada produk ini biasanya sukar dikesan oleh juruteknik dan perlu dirujuk kepada syarikat pengeluar. Faktor2 ini perlu diambil kira sebelum membeli produk berteknologi inverter ini.

    Kepentingan Exhaust/Ventilation Fan

    2 komen


    Pernahkah bilik air anda terasa berbahang selepas anda mandi? Ataupun bilik tidur anda terasa 'kepam'? Ini menunjukkan bilik air dan bilik tidur anda tidak mempunyai peredaran udara yang baik. Jadi, bagaimanakah untuk mendapatkan peredaran udara yang baik? Salah satu cara adalah dengan membuka tingkap. Tapi, ada ke tingkap dalam bilik air? Tak kan nk buka tingkap 24 jam kt bilik tidur anda pula.

    Maka, penyelesaiannya adalah dengan memasang exhaust fan. Exhaust fan adalah alat mekanikal yang menarik udara keluar (kadangkala dikenali sebagai ventilating fan). Terdapat beberapa jenis exhaust fan yang terdapat di pasaran yang sesuai dipasang di rumah:
    1. jenis siling
    2. jenis dinding
    Terdapat satu lagi jenis exhaust fan iaitu jenis sesalur tetapi ia tidak sesuai dipasang di rumah. Ia biasanya dipasang di premis2 besar seperti hospital, gudang, workshop dll. Exhaust fan jenis siling amat sesuai dipasang di bilik air atau bilik tidur manakala exhaust fan jenis dinding biasanya dipasang di ruang yang terbuka seperti dapur. Pemasangan exhaust fan jenis siling agak mudah manakala jenis dinding kadangkala memerlukan kerja memecah dinding.

    Keupayaan exhaust fan biasanya diukur dalam unit CFM (Cubic Feet per Minutes) manakala kadar peredaran udara sesuatu ruang/bilik diukur dalam unit ACH (Air Changes per Hour)

    CFM (Cubic Feet per Minutes)
    Isipadu udara yang disedut oleh exhaust fan dalam masa 1 minit. Nilai CFM boleh diperolehi daripada manual exhaust fan.

    ACH (Air Changes per Hour)
    Nisbah isipada udara yang disedut oleh exhaust fan dengan isipadu bilik/ruang. Isipadu bilik adalah hasil darab panjang, lebar dan tinggi (hingga siling) sesuatu ruang/bilik. Isipadu bilik diukur dalam unit kaki (feet) Formula untuk mengira ACH adalah:
    Maka nilai CFM yang diperlukan untuk sesebuah bilik adalah
    Mengikut piawaian Home Ventilating Institute (HVI), nilai ACH yang minimum adalah:
    • 8 ACH untuk bilik air
    • 15 ACH untuk dapur
    • 6 ACH untuk bilik selain bilik air dan dapur (seperti bilik tidur dan stor)
    Contoh pengiraan:
    Sebuah bilik air berukuran 8 x 9 x 12 kaki dan memerlukan sekurang-kurangnya 8 ACH.
    Kemudian, dapatkan exhaust fan yang berkapasiti sekurang-kurangnya 115.2 CFM

    Faedah lain pemasangan exhaust fan adalah:
    • memperbaiki peredaran udara
    • mengurangkan kelembapan udara yang boleh memberi kesan pada dinding dan perabot
    • menghalang pertumbuhan kulat, spora yang boleh menggangu kesihatan
    • menyahkan bau, haba, debu dan asap
    Sekiranya anda hendak membuat pendawaian elektrik pada rumah baru anda, pertimbangkan pemasangan exhaust fan pada bilik air dan bilik tidur. Adalah dicadangkan anda membeli exhaust fan jenama terkenal seperi Panasonic dan KDK kerana jaminan kualitinya. Walaupun agak mahal tetapi jenama ini lebih tahan lama berbanding jenama lain (boleh tahan sehingga 10 tahun mengikut pengalaman penulis).

    Panduan cara pemasangan exhaust fan ditunjukkan di gambarajah di bawah.


    Link untuk meninjau exhaust fan jenama Panasonic atau KDK:
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Arkib