Elakkan Penggunaan Air Paip Untuk Radiator Kenderaan Anda

Januari 27, 2011

0 komen

Radiator adalah komponen terpenting dalam sistem penyejukkan enjin sesebuah kenderaan. Sistem ini memastikan enjin kenderaan tidak berada dalam kepanasan melampau yang boleh merosakkan komponen dalam enjin tersebut. Dengan menggunakan air, haba panas dari enjin akan diserap oleh air dan dipam ke radiator untuk sejukkan semula. Air yang telah disejukkan tersebut dihantar semula ke badan enjin dan proses ini akan sentiasa berterusan sehingga enjin dimatikan.

Untuk penjagaan sistem penyejukan enjin, radiator  perlu di'flush' sekurang2nya setahun sekali. Kemudian radiator diisi semula dengan dengan campuran air dan coolant. Walaubagaimanapun, ramai orang termasuk mekanik menggunakan air paip yang dicampurkan dengan coolant untuk diisi ke dalam radiator.

Penggunaan air paip akan memberi kesan buruk kepada sistem penyejukan kenderaan. Air paip mempunyai kandungan ion magnesium dan kalsium yang akan membentuk enapan kuning apabila air menjadi panas. Enapan kuning ini akan melekat pada permukaan badan enjin kenderaan dan ini akan mengurangkan kadar serapan haba dari enjin. Lebih teruk lagi enapan ini akan menjadi semakin tebal dan ini boleh mengganggu peredaran sistem penyejukkan enjin.

Adalah dinasihatkan agar anda menggunakan air reverse osmosis (RO) yang dicampurkan dengan coolant (cecair yang berwarna merah atau hijau). Fungsi coolant adalah untuk menaikkan takat didih air supaya air masih dapat menyerap haba dari kenderaan walaupun suhu enjin mencecah 100oC. Anda boleh mendapatkan air RO pada mesin menjual air minuman ataupun dijual dalam botol air mineral di pasaraya.

Mangisi air RO ke dalam radiator tanpa mencampurkan dengan coolant juga akan mendatangkan mudarat. Air RO tanpa coolant adalah mengakis dan ia boleh membocorkan radiator atau badan enjin dalam jangkasamasa panjang.

Untuk lebih mudah, anda juga boleh mendapatkan coolant yang telah siap dicampurkan dengan air RO di kedai2 yang menjual alat ganti kereta. Walaupun agak mahal, tetapi kerja anda akan menjadi lebih mudah.

Menguji Gambar Samada Superimpose Atau Tidak

Januari 22, 2011

0 komen

Kebelakangan ini, banyak tersebar gambar2 kontroversi di internet yang melibatkan ahli politik dan artis. Kebanyakkan gambar tersebut adalah gambar yang telah diubahsuai (atau superimpose) menggunakan perisian seperti Photoshop. Ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk memalukan atau menjatuhkan karier seseorang.

Kini terdapat satu laman web yang boleh memeriksa samada gambar tersebut telah diubahsuai atau tidak. Muat naik gambar tersebut ke mana2 image hosting seperti imgur.com, kemudian pergi ke laman http://www.errorlevelanalysis.com/ dan masukkan alamat di mana gambar tersebut di muatnaik.

Laman web tersebut akan menukarkan gambar tersebut ke imej ELA (Error Level Analysis). Melalui imej ini, anda boleh lihat garis2 pengubahsuaian pada gambar tersebut. Rujuk gambar di bawah. Gambar sebelah bawah adalah gambar imej ELA. Terdapat garis2 pengubahsuaian pada bahagian cermin mata, muka pakaian dan tangan gadis tersebut menunjukkan gambar tersebut telah diubahsuai.


Adalah diingkatkan bahawa gambar yang hendak diperiksa tersebut mestilah gambar asli atau gambar asal, iaitu gambar digital yang diambil terus dari kamera dan kemudian disalin. Gambar print screen dari komputer ataupun gambar scan tidak boleh digunakan untuk analisis ini. 

Helaian Berinformasi #6: First and Second Order Plant Response

0 komen


Those who are taking basic control theory subject in university, this PDF sheet may useful to you. It shows the related formula, response figure, transfer function and specifications. Click link below to download.

Download this sheet

Helaian Berinformasi #5: Pengembangan Pecahan Separa (Partial Fraction Decomposition)

0 komen

Kepada pelajar yang mengambil Matematik Kejuruteraan ataupun Kalkulus di universiti atau politeknik, helaian ini boleh membantu anda. Ia boleh mengingatkan anda untuk membuat pengembangan pecahan separa. Klik pautan di bawah untuk muaturun.

Muaturun versi Bahasa Inggeris

Cara Kerja Pen Penguji Arus Elektrik (Electrical Test Pen)

Januari 21, 2011

1 komen

Penguji Arus Elektrik (Electrical Test Pen) adalah peralatan pengujian yang biasa digunakan oleh juruteknik elektrik. Ia digunakan untuk memeriksa secara pantas samada  wayar elektrik itu mempunyai kuasa elektrik atau tidak. 

Test pen biasanya direka dalam bentuk pemutar skru. Hujung alat penguji ini perlu disentuh kepada bahagian konduktor pada wayar elektrik dan lampu penunjuk di dalam test pen tersebut akan menyala sekiranya wayar tersebut mempunyai kuasa elektrik

Test pen berfungsi berdasarkan rintangan antara badan manusia dengan bumi. Badan manusia akan bertindak sebagai perintang, di mana arus elektrik akan melalui badan manusia untuk kembali ke bumi. Arus tini tidak merbahaya kepada manusia kerana nilainya terlalu kecil.

Sekiranya dilihat dengan teliti pada bahagian dalam test pen, terdapat satu karbon hitam yang dipasang pada lampu penunjuk. Karbon tersebut bertindak sebagai perintang bernilai besar untuk mengecilkan nilai arus  yang melalui badan manusia.

Gambar di bawah menunjukkan litar setara cara kerja test pen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...