tag:blogger.com,1999:blog-9567234208763136452024-03-18T10:50:01.952+08:00ZON 152Info Sains, Teknikal, DIY & KemahiranZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.comBlogger117125tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-74372960443013693132013-09-21T01:23:00.000+08:002013-09-21T21:55:00.891+08:00Kipas Siling Kawalan Jauh Semakin Perlahan

Saya sering sahaja menerima email mengadu tentang masalah kipas siling kawalan jauh mereka yang bermasalah. Antara masalah yang sering diadukan adalah kipas tidak berpusing laju atau tidak berpusing langsung walaupun terdapat bunyi 'tit tit' apabila alat kawalan jauh ditekan. Masalah ini berlaku BIASANYA berpunca dari kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) dalam kipas tersebut.

Pada artikel lalu, saya ada menunjukkan lokasi kedudukan kapasitor bagi kipas siling biasa yang terletak pada bahagian atas kipas. Kipas siling biasa hanya memerlukan satu kapasitor sahaja untuk berfungsi. Tetapi untuk kipas siling kawalan jauh memerlukan beberapa buah kapasitor dan ia dipasang pada PCB di dalam kipas tersebut.

Apabila anda menanggalkan kipas kawalan jauh yang bermasalah itu, anda akan menemui (PCB) seperti gambar di bawah ini. Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor 'start' dan kapasitor 'run', yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pada PCB tersebut. Kapasitor 'start' BIASANYA berwarna hitam, manakala kapasitor 'run' pula BIASANYA berwarna kuning atau coklat. Sekiranya kapasitor tersebut berwarna lain, terpaksalah anda menggunakan kebijaksanan sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir elektronik untuk mengecam kapasitor 'start' dan kapasitor 'run'.

Berdasarkan pengalaman saya, kapasitor 'start' yang sering menjadi punca kepada masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor 'run' menggelembung, ganti juga kapasitor tesebut. Tanggalkan kapasitor dari PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru tersebut adalah lebih dari 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan yang asal. Selamat mencuba ;-)

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-17171812994489370822013-09-20T23:30:00.000+08:002013-09-30T22:56:28.098+08:00Pemasangan RCCB Tambahan Untuk Pemancur Air Panas

Semalam (19 September 2013), Suruhanjaya Tenaga (ST) telah menguatkuasakan Akta Bekalan Elektrik 1994, Peraturan 36, No. 2 yang mewajibkan pemasangan RCCB dengan kepekaan 10 miliAmpere (10mA) pada setiap alat pemancur air panas [1, 2] . Tindakan ini dilakukan berikutan meningkatnya kes kematian akibat renjatan elektrik berpunca dari litar pintas yang berlaku pada alat pemancur air panas sejak kebelakangan ini. Pengguna di rumah yang gagal mematuhi peraturan ini boleh didenda sehingga RM5000 [2].

RCCB (Residual Current Circuit Breaker) adalah peranti penting yang sering dipasang pada sistem pembekalan elektrik di dalam sesebuah premis bertujuan untuk mengelakkan renjatan elektrik yang boleh membawa kepada kematian. Sekiranya terdapat arus elektrik yang melalui badan manusia, RCCB akan mengesan keadaan ini dan secara automatik memutuskan bekalan elektrik. Pembaca yang berminat mengetahui info teknikal mengenai RCCB, bolehlah merujuk pada pautan ini.

Meskipun, RCCB telah dipasang pada papan agihan bekalan elektrik, tetapi ada kemungkinan RCCB tersebut gagal/lambat berfungsi apabila berlaku renjatan elektrik. Tambahan pula, RCCB di papan agihan biasanya tidak dapat mengesan arus renjatan elektrik yang kecil, malah lambakan peralatan elektronik kebelakangan yang kurang berkualiti (tiada mendapat persijilan dari agensi antarabangsa yang berkaitan) telah menyebabkan RCCB semakin kurang sentitif untuk mengesan renjatan elektrik [3]. Oleh itu, pemasangan RCCB tambahan berkepekaan tinggi diperlukan untuk mengesan kejadian renjatan elektrik yang disebabkan oleh litar pintas dari pemancur air panas.

RCCB tambahan ini hendaklah dipasang pada kabel bekalan kuasa pemancur air panas. RCCB berkepekaan 10mA hendaklah digunakan pada pemasangan ini. RCCB 10mA sepatutnya dipasang pada peralatan elektrik yang melibatkan air, tempat basah atau lembab dan tempat hiburan awam seperti pemancur air panas, pam air, lampu dalam air dan alat permainan di tempat hiburan awam [2]. RCCB 10mA juga direka untuk pemasangan pada alat biomedikal di hospital dan juga peralatan elektrik yang melibatkan pengunaaan oleh orang tua dan kanak-kanak/bayi [4] .

Kebanyakkan pemancur air panas yang dijual kini telah dilengkapi RCCB terbina dalam, jadi dengan pemasangan RCCB tambahan ini, bermakna terdapat 2 peringkat keselamatan untuk alat pemancur air panas. Sekiranya RCCB terbina dalam alat pemancur air panas gagal/lambat berfungsi memutuskan bekalan elektrik apabila renjatan elektrik berlaku, maka RCCB tambahan akan bertindak.

Kos pemasangan RCCB tambahan ini adalah sekitar RM300-500 bagi setiap alat pemancur air panas. Kepada yang mahir bertukang dan membuat pendawaian, anda boleh memasang sendiri dengan harga yang lebih murah. Contoh cadangan pendawaian RCCB tambahan pada pemancur air panas ditunjukkan pada gambarajah di bawah artikel ini. RCCB kepekaan 10mA sukar didapati di pasaran dan juga mahal; di laman web RS-Malaysia, RCCB jenis ini dijual pada harga RM250. Akan tetapi, dengan berkuatkuasakan peraturan ini, dijangka RCCB ini akan banyak dijual dan murah dalam jangkamasa terdekat ini.

Walaupun saya meragui keupayaan pihak ST pergi rumah ke rumah untuk memeriksa pemasangan RCCB tambahan ini, tetapi sekiranya terdapat kes kematian renjatan elektrik dari alat pemancur air panas akibat ketiadaan RCCB tambahan, ST mempunyai alasan yang kukuh untuk menghukum pihak yang terlibat. Kepada mereka yang mempunyai pemancur air panas di rumah, diharap dapat diusahakan pemasangan RCCB tambahan ini walaupun harganya mahal demi keselamatan keluarga. Diharap juga pihak ST dapat memberikan masa yang mencukupi kepada rakyat Malaysia untuk membuat pemasangan ini sebelum mengenakan denda kepada pengguna yang gagal mematuhi peraturan ini.

Rujukan:

[1]http://www.nst.com.my/latest/heat-on-danger-shower-malaysians-still-in-the-dark-over-safety-measures-for-water-heaters-at-home-1.359102/external-residual-current-operated-circuit-breaker-rccb-for-water-heaters-1.359105?localLinksEnabled=false

[2] Undang-undang Malaysia, "Akta Bekalan Elektrik - Peraturan-Peraturan Elektrik," 1994.

[3] Schneider Electric, "Electrical Installation Continuity of Supply: Protection against nuisance tripping and voltage surge," 2007.

[4] Electro-Technical Council of Ireland Limited, "Guide to the Selection & Use of Residual Current Devices," 2005.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-83161944009774144822013-02-17T18:33:00.000+08:002013-02-17T18:48:16.838+08:00Teras Ferrite Pada Kabel

Saya pasti ramai antara kita yang menyedari teras hitam yang terdapat pada kebanyakkan kabel audio visual ataupun pada kabel kuasa untuk gajet. Apakah sebenarnya teras hitam ini? Apakah peranannya pada sesebuah kabel?

Sebenarnya teras hitam ini adalah teras Ferritte. Teras Ferritte diperbuat daripada logam manganese-zinc ataupun logam nickel-zinc. Peranannya pada kabel adalah sebagai penapis isyarat hingar (noise).

Secara ringkasnya, hingar adalah isyarat yang tidak dikehendaki yang membuatkan arus elektrik berada dalam keadaan turun naik secara rawak (tidak stabil). Arus elektrik yang dipengaruhi hingar boleh mengganggu fungsi sesebuah peralatan seperti bacaan sensor yang kurang tepat, bateri tidak dicas dengan sempurna, menjana haba tambahan pada komponen elektronik dan sebagainya. Hingar biasanya dihasilkan oleh gelombang elektromagnet seperti gelombang radio, gelombang telefon mudah alih, pancaran kilat, peralatan elektronik berfrekuensi tinggi dan sebagainya. Pada zaman ini, gelombang elektromagnet terdapat di mana-mana sahaja pada setiap masa, jadi gangguan hingar dalam kabel elektrik adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, teras Ferritte digunakan untuk menapis dan mengurangkan isyarat hingar.

Gambar di bawah menunjukkan contoh arus elektrik yang telah dipengaruhi oleh hingar, kemudian kesan hingar telah dikurangkan setelah ditapis oleh teras Ferritte.

Bagaimanakah teras Ferritte boleh mengurangkan kesan hingar pada isyarat elektrik? Agak sukar saya terangkan kerana konsepnya sama seperti litar elektronik yang terdapat komponen perintang, kapasitor dan gegelung yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Malah penerangannya juga harus melibatkan persamaan matematik yang agak kompleks.

Walaubagaimanapun secara analoginya, teras Ferritte boleh diibaratkan seperti tangki air, arus elektrik seperti bekalan air dari syarikat utiliti air dan gangguan hingar adalah seperti gangguan bekalan air. Sekiranya pili air dipasang sebelum tangki, apabila berlaku gangguan bekalan air, maka air yang keluar dari pili juga akan terganggu. Tetapi sekiranya pili paip dipasang selepas tangki air, jika berlaku gangguan bekalan air dari syarikat utiliti air, air yang keluar dari pili air masih lagi berterusan selagi tangki air masih menyimpan air.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-78209769490832733002013-02-17T11:49:00.000+08:002013-02-17T18:54:44.211+08:00Menguji Fius Menggunakan Test Pen

Anda ingin memeriksa sebuah fius untuk mengetahui samada ia berkeadaan baik atau tidak, tetapi pada masa yang sama anda tidak memiliki multimeter. Jangan putus asa, anda boleh memeriksa fius tersebut dengan menggunakan test pen.

Masukkan hujung test pen pada terminal live di soket plug. Hidupkan suis pada soket plug, kemudian sentuhkan hujung fius pada bontot test pen dan hujung fius yang lagi satu anda pegang dengan tangan anda sendiri (tanpa memakai sarung tangan). Sekiranya lampu pada test pen itu menyala, itu menunjukkan fius dalam berkeadaan baik. Jika lampu test pen tidak menyala, maka wayar dalam fius tersebut telah terputus.

Idea ini sangat berguna apabila kita mahu memeriksa fius yang badannya diperbuat daripada seramik, yang mana fius jenis ini kita tidak dapat keadaan dalam fius tersebut.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com7tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-20722209027362402792012-07-06T02:21:00.001+08:002012-07-08T04:17:36.871+08:00Apa Itu Higg Boson?Minggu ini dunia agak gempar dengan penemuan Higg Boson. Walaubagaimanapun, di Malaysia, berita ini tenggelam di sebalik drama televisyen Dejavu di KK, video skandal Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, pendedahan blog Uncle Seeker dan nukilan ayat-ayat cinta di facebook. Tidak ramai yang mempedulikan berita ini kerana ia bukanlah perkara yang mudah difahami dan kebanyakan orang awam tidak mengetahui apakah kesan penemuan ini pada kehidupan manusia.

Apa itu Higg Boson? Kenapa seluruh dunia tiba-tiba bercakap tentang perkara ini? Untuk memahami perkara ini, kita perlu menyoal diri sendiri "Kita (manusia) dan semua benda yang terdapat di dalam semesta ini diperbuat daripada apa?"

Pada zaman dahulu, manusia menganggap semua benda dijadikan daripada 4 unsur utama: angin, tanah, api dan air. Kemudian, apabila teknologi semakin maju, kita memahami bahawa semua benda diperbuat daripada atom atau zarah. Saiz atom ini tersangatlah kecil, iaitu lingkungan 10 x 10-12 meter.

Kemudian, ahli sains ingin mengetahui apakah yang terdapat di dalam atom. Jadi mereka telah memacukan dua atom pada kelajuan tinggi dan memaksa atom-atom ini bertembung antara satu sama lain. Hasil daripada pertembungan itu, mereka telah menemui 3 partikel yang dinamakan proton, neutron dan elektron. Sudah tentu saiz proton, neutron dan elektron lebih kecil daripada atom.

Untuk melihat apa yang terdapat di dalam partikel pula, mereka buat perkara yang sama: memacukan partikel tersebut pada kelajuan tinggi dan memaksa partikel ini bertembung antara satu sama lain. Walabagaimanapun, memacukan partikel pada kelajuan tinggi memerlukan tenaga yang sangat besar. Oleh itu, Kesatuan Eropah membelanjakan USD10 billion untuk membina fasiliti di Eropah yang dinamakan Large Hadron Collider (LHC) dan ianya siap pada 2008. Fasiliti ini adalah pemecut partikel yang mampu memecutkan partikel sehingga menghampiri kelajuan cahaya dan memaksa partikel bertembung antara satu sama lain.

Menerusi fasiliti Large Hadron Collide, ahli fizik mendapati proton dan neutron terdiri daripada beberapa subpartikel yang dinamakan 'quark'. Walaubagaimanapun, mereka tidak menemui apa-apa di dalam 'quark'. Kosong. Tetapi menariknya, mereka mengesan kewujudan medan tenaga atau kuasa di dalam 'quark' itu.

Sebelum itu, saintis berteori terdapat 4 jenis kuasa yang mempengaruhi semua benda dalam alam semesta ini, iaitu kuasa graviti, kuasa elektromagnet, kuasa pereputan radioaktif dan satu kuasa asing. Kuasa asing inilah yang dikesan terdapat dalam 'quark' tersebut dan kuasa ini dinamakan Higg Boson. Kuasa Higg Boson yang membuatkan 'quark' mempunyai jisim. Daripada pengaruh kuasa ini, 'quark' kemudian membentuk menjadi partikel, partikel membentuk menjadi atom, atom membentuk menjadi molekul atau DNA, molekul atau DNA yang membentuk menjadi benda-benda yang terdapat di dalam semesta termasuklah manusia. Ada pihak menganggap kuasa Higg Boson ini adalah partikel tuhan (god particle)

Secara ringkasnya, kuasa Higg Boson inilah yang membuatkan semua benda mempunyai berat, bentuk dan sifat. Batu bersifat berat dan keras, ular bersifat panjang, garam bersifat masin, semua ini terjadi daripada kuasa Higg Boson. Tanpa kuasa Higg Boson, kita semua dan benda di alam semesta ini akan terlerai menjadi subpartikel yang bergerak pada kelajuan cahaya.

Saintis yang mencadangkan kewujudan kuasa Higg boson ini ialah Peter Higg. Sudah tentu nama kuasa Higg Boson ini diambil daripada namanya dan kini beliau berusia 83 tahun. Idea kuasa Higg boson ini telah dikemukan pada 1964, dan pada 2012 teori ini telah dapat dibuktikan.

Jadi, apakah faedah ahli sains menemui kuasa Higg boson ini? Ini adalah permulaan yang baik untuk ahli sains memahami kejadian alam semester selepas peristiwa Big Bang. Ada pendapat liar menyatakan apabila ahli sains telah memahami sifat kuasa Higg Boson ini, manusia dikatakan mampu 'bertindak' seolah-olah seperti Tuhan , iaitu mampu mencipta pelbagai benda asas seperti gas, air, besi, emas, dan sebagainya hanya dengan memanipulasi subpartikel 'quark' dan kuasa Higg Boson. Wallahualam.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-23348279889339879312012-06-02T05:29:00.000+08:002012-06-02T05:51:40.678+08:00Menggunakan Peralatan Elektrik 120V di Malaysia

Sekiranya anda mempunyai peralatan elektrik 120V, mungkin dibeli dari luar negara, anda tidak akan dapat menggunakan peralatan tersebut di Malaysia. Ini kerana selain bentuk plug yang tidak sepadan, voltan di Malaysia adalah 240V, sekiranya dipasang pada peralatan tersebut, peralatan tersebut pasti akan rosak.

Oleh itu anda perlu mendapatkan alat penukar voltan (voltage converter) 240V ke 120V. Sebelum anda membeli alat ini, anda perlu tahu kadar kuasa Watt yang digunakan oleh peralatan elektrik 120V tersebut. Nilai kadar kuasa tersebut boleh diperolehi pada label yang terdapat pada badan peralatan elektrik itu.

Biasanya alat voltage converter yang dijual mempunyai keupayaan kuasa 50W, 65W, 100W, 150W, 200W, 300W, 500W, 750W, 1000W, 2000W dan 3000W. Semakin besar kuasanya, semakin besar saiz alat voltage converter ini. Sekiranya peralatan tersebut berkuasa 65W, anda perlu mendapatkan voltage converter 240V ke 120V berkuasa 100W. Sekiranya peralatan elektrik anda berkuasa 300W, anda perlu dapatkan alat voltage converter berkuasa 500W. Sekiranya peralatan elektrik anda berkuasa 760W, anda perlu dapatkan alat voltage converter berkuasa 1000W dan begitulah seterusnya.

Alat voltage converter ini biasanya boleh didapati di kedai-kedai elektrik atau elektronik yang besar. Kepada sesiapa yang ada menjual alat voltage converter ini secara online di pasaran Malaysia, boleh iklankan pada ruang komen di bawah ini. Contoh alat voltage converter ditunjukkan pada gambar di bawah ini.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-6631082502061005822012-06-01T01:53:00.002+08:002012-07-08T05:18:26.488+08:00Kilat Di Dalam Rumah

Ok. Kali ini masih lagi cerita tentang kilat. Arikel lalu telah diterangkan bagaimana panahan kilat terjadi dan juga bagaimana kilat boleh merosakkan peralatan elektrik rumah anda. Artikel kali ini adalah mengenai kejadian kilat di dalam rumah. Ya, kilat di dalam rumah. Walaupun ia jarang berlaku, tetapi kemungkinan untuk berlaku tetap ada. Bagaimana penahan kilat boleh terjadi dalam rumah pula?

Kilat bukan sahaja boleh berlaku di ruang langit, tetapi ia juga boleh terjadi di dalam rumah ataupun dalam peralatan elektrik. Agak jarang kilat memanah secara terus ke rumah kediaman kerana paras rumah biasanya lebih rendah daripada pokok, tiang elektrik, tangki air besar yang tinggi dan bangunan tinggi. Kilat biasanya akan ternyahcas (memancar) ke stuktur bangunan tinggi.

Seperti yang telah diterangkan pada artikel lalu, apabila kilat memancar, gelombang elektromagnet akan dihasilkan. Gelombang ini akan menyebabkan lonjakan (kenaikan) voltan elektrik secara tiba-tiba dalam masa yang sangat singkat.

Apabila lonjakan voltan elektrik disebabkan kilat ini berlaku pada pendawaian elektrik ke rumah anda, dan jika RCCB pada papan agihan rumah anda pula lambat bertindak memutuskan bekalan elektrik, voltan elektrik yang tinggi ini akan menyelinap ke pendawaian elektrik dalam rumah anda. Selain merosakkan peralatan elektrik, voltan elektrik yang tinggi ini akan mencari jalan untuk menyahcaskan tenaganya ke bumi.Oleh itu, voltan elektrik yang tinggi tersebut boleh 'melompat' ke mana-mana tempat yang menyediakan laluan mudah ke bumi. Contoh laluan mudah ke bumi adalah wayar bumi pada sistem pendawaian elektrik rumah, badan peralatan elektrik yang dibumikan dan juga paip air yang diperbuat daripada logam. Oleh itu apabila anda ternampak kilat di dalam rumah ataupun dalam peralatan elektrik, itu menunjukkan voltan elektrik yang tinggi itu telah menemui jalan untuk menyahkan kuasanya ke bumi.

Lonjakan voltan elektrik disebabkan gelombang elektromagnet dari kilat juga boleh berlaku pada talian telefon rumah anda. Seperti yang telah diterangkan di atas, voltan elektrik yang tinggi dari talian telefon boleh 'melompat' dari kabel talian telefon ke mana-mana tempat yang menyediakan laluan mudah ke bumi.

Kilat yang berlaku di dalam rumah biasanya tidak menyebabkan kerosakan struktur seperti dinding pecah, wayar terbakar ataupun paip pecah. Ini kerana kilat tersebut walaupun mempunyai voltan yang sangat tinggi tetapi tidak mempunyai tenaga yang banyak untuk menghasilkan arus elektrik yang tinggi. Pernah ada kes dilaporkan ada orang yang terkena panahan kilat yang terjadi di dalam rumah, tetapi tiada kecederaan yang dialami, cuma yang dialami hanyalah kejutan elektrik biasa. Walaubagaimanapun, kejadian kilat di dalam rumah adalah tetap perkara yang menakutkan.

Sekiranya kawasan rumah anda sering berlaku kilat, untuk mengelakkan kejadian kilat berlaku dalam rumah anda, pastikan RCCB anda berfungsi dengan baik. Sekiranya peralatan elektrik rumah anda pernah rosak semasa kilat berlaku, itu menunjukkan RCCB anda tidak berfungsi dengan baik. Gantikan RCCB dengan yang baru dan berkualiti. Untuk lebih selamat, pasangkan peralatan elektrik yang mahal pada alat pelindung voltan tinggi (surge protector).

Juga sekiranya talian telefon rumah anda dipasang pada modem, router ataupun telefon tanpa wayar, adalah sangat digalakkan anda memasang
surge protector pada peralatan tersebut. Ini kerana surge protector bertindak menghalang voltan tinggi masuk ke dalam peralatan elektrik dan juga menyediakan laluan 'mudah' ke bumi apabila lonjakan voltan tinggi berlaku pada talian telefon ataupun pendawaian elektrik, seterusnya mengelakkan berlakunya kilat dalam rumah. Gunakan surge protector yang menyediakan jaminan sepanjang hayat (lifetime warranty).

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-12201854707642691692012-05-15T20:02:00.002+08:002012-05-19T00:36:17.435+08:00Kilat: RCCB Trip dan Peralatan Elektrik Rosak

Kilat adalah fenomena alam semulajadi yang biasa berlaku di negara kita. Malah Malaysia tergolong antara 3 negara yang mempunyai aktiviti kilat tertinggi di dunia. Boleh dikatakan sentiasa sahaja berlaku kemalangan jiwa akibat panahan kilat di Malaysia. Pembaca yang berminat tentang kemalangan yang disebabkan kilat boleh merujuk di blog ini: http://kilatmalaysia.blogspot.com.

Artikel lalu telah menerangkan tentang kejadian kilat dan alat perangkat kilat. Artikel kali ini pula akan menerangkan bagaimana kilat boleh merosakkan peralatan elektrik rumah anda. Pasti ramai yang menyedari apabila kilat memancar di kawasan rumah anda, RCCB di papan agihan elektrik di rumah anda pasti akan terpelantik (trip). Mengapakah RCCB boleh trip?

RCCB trip apabila kilat memancar, itu menunjukkan RCCB anda berfungsi. Apabila kilat memancar, ia akan memancarkan gelombang elektromagnet. Gelombang elektromagnet ini sama seperti gelombang radio, sinar x-ray atau gelombang microwave, ia tidak dapat dilihat tetapi boleh memberi kesan tertentu pada persekitaran. Gelombang elektromagnet yang dijana oleh kilat akan menyebabkan voltan bekalan elektrik naik mendadak (overvoltage) dalam masa yang singkat. Contohnya bekalan elektrik ke rumah anda adalah 240V, tetapi apabila kilat memancar, voltan elektrik di rumah anda akan naik mendadak secara tiba-tiba sehingga melebihi 1000V dalam sela masa beberapa mili saat (1 mili saat = 0.001 saat). Walaupun kejadian ini berlaku dalam masa yang sangat singkat, tetapi ia sudah cukup untuk merosakkan peralatan elektrik rumah anda.

Nasib baik sistem bekalan elektrik rumah kita dilengkapi dengan RCCB. Ia bukan sahaja melindungi anda dari renjatan elektrik, malah melindungi peralatan elektrik dari overvoltage. Apabila berlaku overvoltage disebabkan kilat, arus elektrik dalam rumah anda menjadi tidak stabil. Ketidakstabilan ini akan dikesan oleh RCCB dan seterusnya trip untuk memutuskan bekalan elektrik (Cara kerja RCCB boleh dibaca di artikel ini). Apabila bekalan elektrik diputuskan, kejadian overvoltage tidak 'sempat' berlaku dan peralatan elektrik di rumah anda akan selamat.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah kes, ada juga peralatan elektrik yang rosak walaupun RCCB telah trip apabila kilat memancar. Kejadian ini boleh berlaku kerana RCCB lambat bertindak untuk memutuskan bekalan elektrik apabila berlaku overvoltage. Sekiranya perkara ini berlaku, ini menunjukkan RCCB tidak berfungsi dengan baik. Tidak perlulah tuding jari menyalahkan TNB bila perkara ini berlaku pada anda. Cepat-cepatlah cari wireman untuk gantikan RCCB anda dengan yang baru dan berkualiti. Panduan untuk anda apabila membeli RCCB: semakin mahal harga RCCB, makin berkualiti dan boleh dipercayai RCCB tersebut.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-28962612275833926092012-05-03T03:27:00.000+08:002012-05-03T03:30:35.142+08:00Soalan Lazim Mengenai Kerosakan Pada Kipas Angin

Saya selalu mendapat email bertanyakan tentang masalah yang dihadapi pada kipas angin mereka. Soalan-soalan yang ditanya adalah berdasarkan artikel bertajuk 'Kipas Semakin Perlahan'. Berikut adalah himpunan soalan lazim yang sering ditanya berserta dengan jawapan.

Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?

Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?

Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.

Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.

Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti ?

Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki ?

Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control ? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.

Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu ?

Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.

Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat membaiki kipas siling ?

Agak sukar kita mencari kedai yang membaiki kipas siling terutamanya kipas siling kawalan jauh. Ini kerana seseorang juruteknik perlu datang ke rumah anda, perlu panjat dan tanggalkan pemasangan kipas tersebut. Sekiranya perlu, kipas tersebut perlu ditanggalkan dan dibawa balik ke bengkel pembaikan. Kos untuk perkhidmatan sebegini adalah tidak berbaloi kerana kos pembaikan adalah hampir sama dengan pembelian kipas baru. Kadang-kadang kipas tidak dapat dibaiki (teruatamanya kipas siling kawalan jauh) kerana alat ganti pada papan elektronik tiada di pasaran.

Apa yang anda boleh buat, tanggalkan sendiri kipas siling anda yang rosak dan hantar ke kedai pembaikan alat elektrik atau elektronik.

Sekiranya anda tahu kedai-kedai yang ada membuat pembaikan kipas di sekitar tempat tinggal anda, boleh beritahu di ruangan komen.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-47728415632116534362012-05-03T03:24:00.002+08:002012-05-03T03:26:06.183+08:00Fungsi Wayar Bumi Pada Lampu Kalimantang

Soalan

Lampu kalimantang hanya memerlukan 2 wayar sahaja untuk menyala iaitu wayar hidup (live) dan wayar neutral. Tetapi saya selalu tertanya-tanya apakah fungsi wayar bumi (earth) yang berwarna hijau pada pendawaian lampu kalimantang. Saya selalu lihat wireman pasang wayar bumi pada mana-mana skru dalam lampu kalimantang ataupun hanya selitkan sahaja pada badan lampu.

Jawapan

Pemasangan wayar bumi dalam lampu kalimantang adalah untuk keselamatan.

Dalam pemasangan lampu kalimantang, ada kemungkinan wayar akan terputus atau penebat wayar tertanggal dan menyentuh badan lampu kalimantang. Badan lampu kalimantang biasanya diperbuat daripada besi. Jadi, apabila suis dihidupkan, badan lampu kalimantang akan menjadi 'live'. Apabila seseorang pegang badan lampu kalimantang pada ketika ini, dia akan terkena renjatan elektrik.

Selain dari kemungkinan wayar terputus atau kerosakan penebat wayar, choke atau ballast dalam lampu kalimantang juga boleh menyebabkan badan lampu kalimantang menjadi 'live'. Ini boleh berlaku apabila penebat lilitan wayar dalam choke pecah, badan choke tersebut akan menjadi 'live'.Oleh kerana choke dipasang pada badan lampu kalimantang, ia juga akan menjadi 'live' dan orang yang memegang lampu kalimantang semasa suis dihidupkan akan terkene renjatan elektrik.

Sekiranya wayar bumi dipasang, apabila badan lampu kalimantang menjadi 'live' kerana kerosakan penebat wayar atau kerosakan choke, arus elektrik akan mengalir melalui wayar bumi dan ini akan menyebabkan RCCB trip. Apabila RCCB trip, ini menunjukkan lampu kalimantang itu tidak selamat dan tindakan pembaikan perlu dilakukan.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-63463077873692197802012-03-17T01:14:00.000+08:002012-03-17T13:33:45.645+08:00Tangki VIE (Vacuum Insulated Evaporator)

Sekiranya anda berpeluang berjalan di sekitar halaman hospital besar ataupun kilang semikonduktor, anda mungkin boleh ternampak sebuah tangki besar dan tinggi berwarna putih seperti ditunjukkan pada gambar foto di sebelah ini (Klik pada gambar untuk besarkan). Apakah sebenarnya tangki ini?

Tangki ini dinamakan tangki VIE (Vacuum Insulated Evaporator). Di hospital, tangki ini digunakan untuk menyimpan cecair oksigen manakala di kilang semikonduktor pula, tangki ini digunakan untuk menyimpan cecair nitrogen ataupun argon. Oksigen digunakan untuk merawat pesakit manakala nitrogen atau argon digunakan dalam penghasilan komponen elektronik.

Tangki VIE ini boleh diibaratkan seperti sebuah termos yang besar. Air panas atau sejuk yang disimpan dalam termos akan kekal panas atau sejuk sesehingga berhari-hari, begitu juga dengan suhu cecair yang disimpan dalam tangki VIE ini. Cecair oksigen, nitrogen atau argon perlu berada dalam suhu bawah -200oC untuk kekal dalam bentuk cecair. Oleh itu, tangki VIE akan menghalang haba dari luar smpai ke cecair tersebut dan dengan itu suhu cecair tersebut kekal pada suhu yang sepatutnya.

Penggunaan tangki VIE untuk pembekalan gas ini adalah lebih menjimatkan kos berbanding pembekalan gas menggunakan tangki silinder . Sebagai contoh, 1 liter cecair oksigen mampu membekalkan 850 liter gas oksigen. Tangki VIE yang mengandungi 3000 liter cecair oksigen adalah bersamaan 380 buah tong silinder bersaiz G (tong silinder bersaiz G berukuran 1.3 meter tinggi, diameter 18cm)

Struktur tangki VIE ini terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu tangki luaran, tangki dalaman, sistem penyejat (evaporator) dan injap keselamatan. Tangki dalaman berfungsi sebagai alat penyimpanan cecair manakala sistem penyejat berfungsi untuk menukarkan cecair kepada gas. Injap keselamatan bertujuan untuk melepaskan gas ke persekitaran sekiranya tekanan gas dalam tangki dalaman menjadi terlalu tinggi. Tangki luar dicat berwarna putih bertujuan untuk memantulkan semua spektrum cahaya ke persekitaran, dengan itu tangki luar tidak akan menjadi terlalu panas. Ruang antara tangki dalaman dan tangki luaran adalah vakum yang bertindak sebagai penebat, menghalang haba dari tangki luaran sampai ke tangki dalaman. Rujuk gambar di bawah.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-46065912574485776522012-03-15T17:56:00.000+08:002012-03-15T21:49:55.447+08:00Suis Bomba (Fireman Switch)

Pasti ramai yang selalu ternampak alat ini di pintu masuk pejabat ataupun di tangga kecemasan. Apakah sebenarnya alat ini ?

Alat ini ialah dipanggil suis bomba (fireman switch). Alat ini membolehkah pihak bomba memutuskan bekalan elektrik ke sesuatu tempat sebelum melakukan kerja memadam kebakaran.

Alat ini bersambung dengan sistem agihan bekalan elektrik dalam bangunan, secara spesifiknya, alat ini disambungkan pada MCCB. Rujuk sini untuk mengetahui bagaimana alat ini disambungkan ke sistem agihan bekalan elektrik.

Pada sebelah tepi (biasanya sebelah kiri), terdapat tuil yang boleh ditarik ke bawah menggunakan tangan. Apabila tuil itu diturunkan, bekalan elektrik ke tempat tertentu akan terputus.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-73445354775776796152012-02-02T11:53:00.000+08:002013-02-28T21:15:46.894+08:00Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini.

Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Baca sini untuk mengetahui secara umum tentang papan agihan. Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.

Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. (Klik pada gambar untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar di atas dalam format PDF).

Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus.

1. Litar jejari

Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 50m². Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

2. Litar gelang

Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan

Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.

4. Litar khusus

Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar
2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua.

Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas.

Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm² (minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA.

Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com34tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-50479102974630469952012-01-16T23:14:00.000+08:002012-01-18T19:39:14.842+08:00Teknologi Pencahayaan

Cahaya adalah sejenis tenaga dalam bentuk radiasi elektromagnet yang boleh dilihat oleh mata manusia. Ia mempunyai panjang gelombang dalam julat 380 nanometer hingga 780 nanomenter (nm) dengan julat frekuensi 405 TeraHertz sehingga 790 TeraHertz (THz). Dalam spektrum frekuensi gelombang elektromagnet, cahaya boleh nampak terletak di antara gelombang ultraungu dan gelombang infra merah.

Gambar 1: Spektrum elektromagnet

Cahaya bergerak secara lurus dan sangat laju. Dalam vakum, cahaya bergerak selaju 300,000 kilometers per saat. Pergerakan cahaya akan terpesong dan kelajuannya berkurangan apabila melalui media berlainan seperti air atau gas. Terdapat dua jenis punca cahaya iaitu sumber cahaya semula jadi dan sumber cahaya buatan. Matahari dan api adalah contoh sumber cahaya semula jadi manakala pelbagai lampu elektrik yang dicipta oleh manusia adalah sumber cahaya buatan.<o:p></o:p>

Cahaya sangat diperlukan dalam kehidupan manusia. Ia adalah untuk menerangi kawasan gelap atau pada waktu malam dan membantu penglihatan manusia menjalankan pelbagai aktiviti. Sejak dahulu lagi, manusia telah mencipta pelbagai jenis alat untuk menjana cahaya, bermula dari obor, lilin sehinggalah lampu elektrik.

Sejarah<o:p></o:p>

Lampu ialah alat yang mengeluarkan cahaya. Perkataan ‘lampu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘lamp’ berasal dari perkataan Greek iaitu ‘lampas’ bermaksud penerang atau obor. Sebelum terciptanya lampu, unggun api digunakan sebagai sumber cahaya. Lampu yang pertama dicipta oleh orang Greek pada 70,000 tahun sebelum Masihi dengan menggunakan batu berongga atau cangkerang haiwan yang diisi dengan lumut kering sebagai sumbu. Lumut kering kemudian dilumur dengan lemak haiwan manakala hujungnya dinyalakan dengan api. Pada 1873, seorang ahli kimia Sweden bernama Ami Argand telah mencipta pelita yang dilengkapi dengan cerobong kaca untuk melindungi nyalaan api dari pergerakan angin. <o:p></o:p>

Pada awal abad ke-18, minyak pula digunakan sebagai bahan bakar untuk pelita. Minyak yang digunakan adalah seperti minyak zaitun, minyak bijan, minyak ikan dan minyak lemak haiwan. Arang batu dan gas asli digunakan sebagai bahan api untuk pelita pada penghujung abad ke 18. Pelita yang menggunakan arang batu telah dicipta pada 1782 oleh seorang jurutera Skotland bernama William Murdock manakala pelita yang menggunakan gas dicipta oleh Freidrich Winzer, seorang rakyat Jerman pada 1804. Penggunaan kerosin sebagai bahan api pada pelita diperkenalkan pada 1853 di Jerman apabila kerja carigali minyak petroleum bermula pada ketika itu.<o:p></o:p>

Lampu elektrik

Penemuan tenaga elektrik dan penciptaan bateri kimia pada penghujung abad ke-18 mendorong penciptaan lampu yang menggunakan tenaga elektrik. Humphrey Davy, seorang ahli kimia England adalah orang pertama yang mencipta lampu elektrik apabila beliau berjaya menghasilkan busur cahaya di antara dua batang elektrod karbon yang dibekalkan tenaga elektrik. Ciptaannya itu telah dijadikan rujukan untuk penghasilan lampu nyahcas berkecerahan tinggi pada masakini.<o:p></o:p>

Terdapat lima parameter penting yang berkaitan dengan lampu elektrik iaitu keamatan cahaya, kuasa, indeks penyebaran warna (color rendering index – CRI) dan suhu warna. Keamatan cahaya adalah ukuran kecerahan cahaya yang dihasilkan oleh lampu dan biasanya diukur dalam unit Lumens. Kuasa pula diukur dalam unit Watt dan ia adalah ukuran tenaga elektrik yang digunakan oleh lampu. Kecekapan adalah keupayaan lampu menukarkan tenaga elektrik kepada cahaya, diukur dalam unit Lumens per Watt. Sesebuah lampu dikatakan berkecekapan tinggi sekiranya mampu menghasilkan cahaya yang terang dengan menggunakan tenaga elektrik yang minima.<o:p></o:p>

Suhu warna adalah ukuran warna cahaya yang dihasilkan oleh lampu berdasarkan bacaan suhu dalam unit Kelvin (K). Ukuran ini adalah berdasarkan warna yang terhasil pada kepingan logam platinum yang dipanaskan pada suhu tertentu. Contohnya, apabila kepingan platinum tersebut dipanaskan pada suhu 7000K, warna biru langit akan terhasil pada plat tersebut. Warna cahaya matahari adalah dalam lingkungan 6000K hingga 7000K manakala warna cahaya api lilin adalah 1500K.<o:p></o:p>

Indeks penyebaran warna pula adalah keupayaan lampu menyerlahkan warna sebenar sesuatu objek. Ia diukur dalam skala 0 hingga 100, di mana indeks 100 adalah pengecaman warna pada cahaya matahari. Sebagai contoh, sebuah objek berwarna merah dan biru, apabila disinari dengan lampu yang mempunyai indeks penyebaran warna yang rendah, warna sebenar objek tersebut sukar dicam. Sebaliknya jika disinari dengan lampu yang mempunyai indeks penyebaran warna yang tinggi, maka objek tersebut dengan jelas berwarna merah dan biru.<o:p></o:p>

Gambar 2: Suhu warna dan indeks penyebaran warna

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-7719919262432131672012-01-14T23:10:00.003+08:002012-01-16T12:17:47.306+08:00Teknologi Fuzzy Logic

Apabila anda pergi ke kedai menjual peralatan elektrik untuk meninjau mesin basuh dan pemasak nasi (rice cooker), anda pasti akan terjumpa perkataan 'Fuzzy Logic' pada mesin basuh dan rice cooker yang agak mahal. Apakah itu 'Fuzzy Logic' ? Apakah yang kelebihan peralatan yang menggunakan teknologi fuzzy logic berbanding dengan peralatan elektrik yang biasa?

Teknologi fuzzy logic diasaskan oleh saintis Russia bernama Loffi Zadeh pada 1965. Teknologi ini dicipta dengan meniru cara manusia membuat keputusan. Contohnya keputusan yang anda buat semasa mengipas diri anda dengan menggunakan kipas kertas.

Apabila badan anda berasa sangat panas, anda akan mengipas dengan laju. Sekiranya badan anda berasa agak panas, anda akan mengipas dengan agak laju. Sekiranya anda berasa sejuk, anda akan mengipas dengan perlahan. Sekiranya anda berasa sangat sejuk, anda akan mengipas dengan sangat perlahan atau berhenti. Keputusan yang anda buat untuk kelajuan kipas berdasarkan suhu yang dirasai oleh badan anda adalah yang dikatakan fuzzy logic.

Apabila teknologi fuzzy logic diaplikasikan pada kipas angin sebagai contoh, kipas angin akan berfungsi seperti berikut:

Jika suhu persekitaran SANGAT PANAS, kipas berpusing SANGAT LAJU

Jika suhu persekitaran PANAS, kipas berpusing LAJU

Jika suhu persekitaran AGAK PANAS, kipas berpusing AGAK LAJU

Jika suhu persekitaran SEJUK, kipas berpusing PERLAHAN

Jika suhu persekitaran SANGAT SEJUK, kipas berpusing SANGAT PERLAHAN atau BERHENTI

Peraturan di atas ini akan diterjemahkan dalam persamaan matematik dan kemudiaan diprogramkan dalam microprocessor yang mengawal kipas angin tersebut. Untuk menukarkan peraturan di atas kepada persamaan matematik, anda perlu mengetahui bab matematik teori kebarangkalian dan operasi logic gate (operasi gate OR, XOR, AND dan sebagainya).

Mesin basuh yang menggunakan teknologi fuzzy logic akan membuat keputusan sendiri masa yang diperlukan untuk membasuh dan mengeringkan baju. Anda tidak perlu menetapkan masa membasuh dan mengeringkan baju seperti mesin basuh kenvensional. Baju yang dibasuh akan lebih bersih dan lebih kering apabila dikeluarkan dari mesin basuh.

Rice cooker fuzzy logic pula akan membuat keputusan sendiri tahap kepanasan yang diperlukan untuk memasak nasi. Walaupun nasi akan lambat masak berbanding rice cooker konvensional, tetapi nasi akan nampak lebih cantik dan kurang penghasilan kerak pada bahagian dalam periuk. Malah anda boleh memasak atau mengukus sup, sayuran dan pelbagai jenis masakan apabila menggunakan rice cooker fuzzy logic ini.

Terdapat juga peralatan elektrik yang menggunakan teknologi fuzzy logic selain mesin basuh dan rice cooker, contohnya seperti peti sejuk dan vacuum cleaner tetapi ia agak sukar didapati di pasaran Malaysia. Walaupun agak mahal, peralatan elektrik yang menggunakan teknologi fuzzy logic ini berfungsi dengan sangat cekap dan menjimatkan tenaga elektrik.

Unknownnoreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-3693758681418105072012-01-14T12:04:00.002+08:002012-01-14T14:40:45.513+08:00Menghalang Pintu Gate Dari Bergerak Ditolak Angin

Idea untuk menghalang pintu gate rumah teres anda dari bergerak ditiup angin. Penyangkuk dipasang pada tembok yang telah digerudi.

Klik pada gambar untuk besarkan.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-851569723761861532012-01-14T11:29:00.002+08:002012-01-14T11:50:32.419+08:00Memasang Pili Mesin Basuh Pada Paip Sinki Dapur

Idea untuk memasang pili mesin basuh pada paip sinki jenis gooseneck (jenis wall mounted). Klik pada gambar untuk besarkan.

Perkakasan yang diperlukan adalah (dibeli di kedai hardware) :

• GI nipple ½"

• GI Tee ½"

• Pili untuk mesin basuh

• Tape putih

Dengan menggunakan spanar boleh laras (adjustable spannar) dan tape putih, pasang perkakasan di atas mengikut gambar di atas ini.

* GI - Galvanised Iron (Besi Bergalvani)

½" - setengah inci

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-11301031122008323372012-01-07T22:51:00.002+08:002012-01-11T12:08:29.017+08:00Bagaimana Sistem Penyejukan Berfungsi?

Sistem penyejukan kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Penghawa dingin dan peti sejuk adalah contoh aplikasi sistem penyejukan.

Sistem penyejukan berfungsi berdasarkan sifat fizik gas/udara. Mengikut Hukum Gay-Lussac, sekiranya tekanan gas meningkat, suhu gas tersebut juga turut meningkat. Begitu juga sebaliknya, sekiranya tekanan gas rendah, suhu udara turut menjadi rendah.

Sebagai contoh, gas/udara yang terperangkap dalam picagari dengan muncung picagari tertutup. Sekiranya omboh picagari ditekan ke dalam, maka tekanan gas akan menjadi tinggi dan seterusnya suhu gas juga akan meningkat. Jika omboh picagari tersebut ditarik ke luar, maka gas berada dalam bertekanan vakum dan seterusnya menurunkan suhu gas tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk digunakan dalam sistem penyejukan, suhu gas patut berada pada suhu negatif apabila gas berada pada tekanan rendah atau tekanan vakum. Oleh itu, gas yang dipanggil refrigerant dicipta untuk digunakan dalam sistem penyejukan. Suhu refrigerant ini sangat sentitif kepada tekanan. Sekiranya refrigerant berada dalam tekenan rendah atau tekanan vakum, suhu refrigerant akan menurun sehingga ke nilai negatif.

Gas refrigerant (kadang-kala disebut gas freon) adalah gas kimia yang mempunyai gabungan atom karbon, klorin dan flouorin. Jenis gas refrigerant yang terdapat di pasaran kini adalah seperti R12, R22, R143, R401 dan R501. Gas R12 dan R22 telah mula dihentikan penggunaannya kerana ia menyumbang kepada penipisan ozon bumi.

Secara asasnya sistem pengejukan terdiri daripada 4 komponen asas iaitu pemampat, gelung penyejat, gelung pemeluwap dan injap pengembangan. Keempat-empat komponen ini disambung antara satu sama lain menggunakan paip logam yang diisi dengan refrigerant. Rujuk gambar di bawah ini.

Fungsi-fungsi komponen sistem penyejukan adalah:

Pemampat

Menyedut refrigerant dari gelung penyejat dan kemudian memampatkannya ke gelung pemeluwap. Pemampat biasanya digerakkan oleh motor elektrik yang memerlukan kuasa elektrik yang tinggi untuk menggerakkan pemampat ini. Pemampat biasanya dikawal oleh thermostat yang mengukur suhu udara bilik. Sekiranya suhu bilik telah cukup sejuk, thermostat akan mematikan pemampat.

Gelung penyejat

Bentuknya seperti radioator kereta, terdiri daripada gelungan paip tembaga atau aluminium yang dilitupi dengan sirip aluminium yang dipasang rapat. Gelung penyejat berfungsi untuk menyerap haba udara yang ditiup masuk oleh kipas. Udara yang keluar dari gelung penyejat adalah udara sejuk.

Gelung pemeluwap

Bentuknya seperti radioator kereta, terdiri daripada gelungan paip tembaga atau aluminium yang dilitupi dengan sirip aluminium yang dipasang rapat. Gelung pemeluwap berfungsi untuk mengurangkan suhu refrigerant yang sedang berada pada tekanan tinggi selepas keluar dari pemampat.

Injap pengembangan

Berfungsi untuk menukarkan tekanan refrigerant dari tekanan tinggi ke tekanan rendah dengan mengehadkan laluan refrigerant ke gelung penyejat. Ideanya sama seperti paip air rumah, sekiranya pili paip dibuka sedikit sahaja, hanya sedikit sahaja air yang keluar walaupun tekanan air dalam salur paip adalah tinggi.

Cara kerja sistem penyejukan pula adalah seperti berikut:

Sebaik sahaja pemampat dihidupkan, ia akan menarik menyedut refrigerant dari gelung penyejat dan memampatkannya ke gelung pemeluwap.

Suhu gelung penyejat akan menjadi sejuk manakala gelung pemeluwap pula akan menjadi panas

Kipas pada gelung penyejat menarik udara luar ke gelung dan udara sejuk terhasil.

Kipas pada gelung pemeluwap menarik udara luar ke mengurangkan suhu refrigerant dalam gelung.

Refrigerant bertekanan tinggi yang keluar dari gelung pemeluwap akan bertukar menjadi refrigerant bertekanan rendah.

Apabila suhu bilik telah cukup sejuk, thermostat akan mematikan pemampat.

Apabila suhu bilik naik melebihi tahap sejuk yang dikehendaki, thermostat akan menghidupkan pemampat semula.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-58714611211253239192012-01-06T22:56:00.000+08:002012-01-14T22:45:09.320+08:00Info #2: Sistem Melawan Kebakaran Karbon Dioksida

Kita selalu terlihat tong silinder merah (seperti gambar di sebelah kiri ini) di luar bangunan pencawang TNB, belakang restoran, tingkat bawah shopping kompleks dan sebagainya. Apakah sebenarnya tong merah ini?

Tong silinder ini adalah sebahagian daripada sistem melawan kebakaran (fire fighting system). Tong ini mengandungi gas karbon dioksida bertekanan tinggi. Gas karbon dioksida ini akan dilepaskan apabila sensor sistem mengesan api pada sesuatu tempat.

Sistem melawan kebakaran jenis ini biasanya dipasang pada bilik kejuruteraan (seperti bilik transformer, bilik generator elektrik), dapur kafeteria/restoran dan stor bahan kimia, iaitu tempat di mana air tidak sesuai digunakan untuk memadam api apabila kebakaran berlaku.

Menggunakan air untuk memadam kebakaran di bilik elektrik boleh menyebabkan litar pintas yang boleh menyebabkan kerosakan menjadi lebih teruk. Menggunakan air untuk memadam kebakaran di dapur pula akan menyebabkan api lebih marak sekiranya kebakaran berpunca daripada minyak masak atau lemak haiwan. Menggunakan air untuk memadam kebakaran di stor bahan kimia boleh menyebabkan penghasilan gas mudah terbakar apabila air bercampur dengan bahan kimia tertentu. Oleh itu, karbon dioksida digunakan untuk memadam kebakaran pada tempat-tempat seperti ini.

Sebelum ini, pada tahun 1970an hingga 1980an, gas halon digunakan untuk memadam kebakaran. Walaubagaimanapun, penggunaannya telah mula dikurangkan dan dihentikan apabila perjanjian antarabangsa yang dikenali sebagai Protokol Montreal ditandatangani pada tahun 1987. Ini kerana pembebasan gas halon ke persekitaran boleh menyebabkan hakisan lapisan ozon pada atmosfera bumi.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-79957701255577156032011-12-31T17:16:00.000+08:002012-01-16T20:58:17.832+08:00Angin Dalam Paip Air

Soalan

Atas siling rumah saya terdapat satu tangki air yang membekalkan air kepada dua bilik air. Tetapi masalahnya, sekiranya air dalam tangki tersebut habis, kemudian apabila tangki telah diisi penuh, semua paip air dan shower pada kedua-dua bilik air tidak mengeluarkan air.

Apabila masalah ini berlaku, saya terpaksa membuka kepala stopcock, keluarkan angin yang terdapat dalam salur paip kemudian barulah paip pada kedua-dua bilik air mengeluarkan air.

Adakah cara untuk mengatasi masalah ini? Saya sudah penat untuk membuka kepala stopcock tersebut setiap kali masalah ini berlaku.

Jawapan

Masalah seperti ini adalah disebabkan oleh fenomena 'airlock'. Ia biasa berlaku dalam saluran paip yang disambung selepas tangki air bersaiz kecil. Oleh kerana angin lebih ringan daripada air, angin akan cuba naik ke atas, tetapi dihalang oleh air yang terdapat dalam salur paip tersebut. Tetapi tekanan air daripada tangki tidak cukup untuk menolak angin itu keluar daripada salur paip, maka fenomena 'airlock' pun berlaku.

Kebiasaannya, pada salur paip selepas tangki, tukang paip akan membuat satu paip menegak ke atas. Paip menegak itu dipasang lebih tinggi dari tangki, dipasang sebaik sahaja selepas keluar tangki dan hujung salur paip tersebut dibiarkan terbuka. Tujuan paip ini adalah untuk membuang angin yang terdapat dalam salur paip tersebut dan seterusnya mencegah berlakunya 'airlock'.

Saya jangkakakan paip selepas tangki rumah anda tidak mempunyai paip tegak tersebut. Cubalah pasang paip tegak tersebut sekiranya anda mahir DIY, ataupun minta bantuan tukang paip. Rujuk gambarajah di bawah.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-74253074807537543822011-12-05T23:36:00.001+08:002012-01-01T13:08:56.432+08:00Info #1: Lampu Jalan

Mengapakah lampu jalan selalunya mengeluarkan cahaya kuning?

Jawapan: Jenis lampu jalan yang sering digunakan adalah lampu sodium bertekanan rendah (low pressure sodium). Lampu ini sangat jimat tenaga berbanding lampu jenis lain (seperti lampu kalimantang, lampu pijar, metal halide, dll). Malah ia juga mempunyai jangkahayat yang panjang iaitu sehingga 20,000 jam. Penggunaan lampu jenis lain akan meningkatkan beban kewangan pada kerajaan membayar bil elektrik untuk lampu jalan.

Walaupun sangat jimat elektrik dan jangkahayat yang panjang, tetapi kelemahannya, lampu ini hanya boleh mengeluarkan cahaya kuning sahaja. Tetapi ia bukanlah masalah besar memandangkan tujuan lampu jalan hanyalah untuk menerangi jalan sahaja.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-84441053637831661002011-10-29T23:00:00.001+08:002012-01-01T13:10:24.141+08:00Terkena Renjatan Apabila Menyentuh Peralatan Eletrik

Soalan

Saya dapati kini dalam rumah saya, apabila saya menyentuh badan besi peralatan elektrik seperti mesin basuh, mesin jahit, oven atau casing komputer, saya sering sahaja terkena renjatan elektrik. Apabila saya sentuhkan test pen pada badan peralatan elektrik tersebut, lampu pada test pen akan menyala.

Mengapakah berlaku masalah demikian? Adakah ia berbahaya? Bagaimana untuk membaiki masalah ini?

Jawapan

Keadaan ini adalah berbahaya, sekiranya anda terkena renjatan elektrik dan arus yang melalui badan anda melebihi 0.03A, ini boleh menyebabkan kematian. Anda perlu membaiki masalah ini secepat mungkin.

Masalah di atas menunjukkan telah berlaku litar pintas di antara wayar hidup (live) dan bumi. Litar pintas ini berlaku samada pada sistem pendawaian elektrik rumah anda ataupun di dalam peralatan elektrik.

Sepatutnya apabila berlaku litar pintas antara wayar hidup dan bumi, ELCB yang terdapat pada papan agihan elektrik akan menendang (trip) untuk memutuskan bekalan elektrik. Tetapi sekiranya ELCB tidak trip, anda akan mengalami masalah sering terkena renjatan elektrik apabila menyentuh peralatan elektrik.

ELCB yang tidak trip apabila masalah ini berlaku menunjukkan ELCB anda telah rosak. Anda perlu mendapatkan khidmat juruelektrik untuk menukar ELCB kepada yang baru. Setelah ELCB ditukar, kerja mencari tempat berlaku litar pintas dan kerja pembaikan perlu dijalankan.

Ada orang yang menyelesaikan masalah ini dengan menanggalkan sambungan wayar bumi di dalam soket plug atau kepala plug peralatan elektrik tersebut. Cara ini memang boleh menyelesaikan masalah renjatan elektrik pada peralatan elektrik tersebut, tetapi sekiranya berlaku litar pintas dalam peralatan elektrik tersebut, anda akan terkena renjatan elektrik juga. Malah ada peralatan elektrik atau elektronik seperti yang memerlukan wayar bumi untuk menyingkirkan gangguan elektromagnetik dan hingar. Menanggalkan wayar bumi pada peralatan ini akan membuatkan ia mudah rosak atau mengganggu fungsi peralatan elektrik tersebut.

Oleh itu, cara yang terbaik adalah gantikan ELCB dengan yang baru, kenalpasti tempat berlaku litar pintas dan baikinya.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-35021105259009005962011-10-14T20:32:00.000+08:002012-01-16T21:14:19.330+08:00Alat Memasak Telur

Alat di sebelah ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak telur, tetapi boleh bertindak sebagai pengukus mini. Anda boleh mengukus atau memanaskan roti, sup, sayur dan sebagainya.

Anda hanya perlu menuangkan air ke dalam alat ini dan ia akan memanaskan air sehingga stim terbentuk. Alat ini dilengkapi dengan pelaras suhu supaya pengguna boleh mengawal suhu pemanasan pada tahap yang sesuai. Dengan itu, anda boleh memasak telur separuh masak ataupun masak penuh.

Alat ini menggunakan kuasa sebanyak 365 Watt dan berharga tidak melebihi RM150. Pembaca yang berminat untuk membeli alat secara secara online, boleh klik pada pautan ini.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-30890796810112451812011-10-04T23:48:00.000+08:002012-01-01T13:16:56.552+08:00Analogi Mudah Memahami Perbezaan Voltan Dan Arus

Secara asasnya, voltan berkadar langsung dengan arus. Apabila nilai voltan meningkat, maka nilai arus pun turut meningkat pada satu-satu nilai rintangan. Ini adalah Hukum Ohm, V=IR.

Saya cuba analogikan voltan dan arus dengan pergerakan air dalam paip.

Voltan: tekanan air dalam paip

Arus: aliran air dalam paip

Rintangan: tahap pembukaan pili air (jika pili air dibuka besar,semakin mudah air keluar dari pili, jika pili paip dibuka kecil, air agak sukar keluar dari pili)

Contoh:

Apabila kita buka pili air pada tahap maksimum, sekiranya tekanan air tinggi, maka air akan keluar dengan laju, sekiranya tekanan air rendah, maka air yg keluar dari pili adalah perlahan walaupun pili air sudah dibuka maksimum.

Sekiranya tekanan air dalam paip tinggi, tetapi pili air dibuka sedikit sahaja, maka aliran air yang keluar pun perlahan. Jika tekanan air rendah, pili air dibuka sedikit sahaja, lagilah perlahan air yang keluar.

Sama kesnya seperti voltan dan arus, sekiranya voltan tinggi dibekalkan pada rintangan rendah, maka arus akan menjadi tinggi. Jika voltan tinggi dibekalkan pada rintangan tinggi, maka arus akan menjadi rendah.

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-956723420876313645.post-23690280160726313112011-09-17T20:52:00.000+08:002012-01-16T21:15:55.299+08:00Kesan Air Keras

Anda pasti pernah melihat fonemena ini di rumah: kerak kuning dalam paip air, kesan putih pada peralatan alumininum atau kepala paip, kesan kuning pada sinki seramik dan lapisan kuning atau putih pada elemen pemanas dalam cerek elektrik. Ada yang beranggapan ini adalah kesan pengaratan logam. Tetapi sebenarnya ini adalah kesan air keras (hard water).

Air keras yang dimaksudkan bukanlah minuman beralkohol, tetapi ia merujuk kepada kandungan mineral yang terlarut dalam air. Mineral yang biasa terdapat di dalam air adalah seperti kalsium, magnesium, strontium, ferum dan manganis. Walaubagaimanapun, di kebanyakan tempat di dunia, mineral magnesium dan mineral kalsium adalah unsur yang paling banyak ditemui di dalam air. Mineral magnesium dan kalsium ini berasal dari tanah dan batuan. Oleh kerana air yang sering kita guna dalam kehidupan seharian diperolehi dari air sungai dan air bawah tanah, maka tidak hairanlah air mempunyai kandungan mineral ini.

Mineral kalsium dan magnesium wujud dalam air dalam bentuk sebatian kalsium bikarbonat dan magnesium bikarbonat [4]. Kalsium bikarbonat dan magnesium bikarbonat akan mengurangkan keupayaan sabun atau detergen membentuk buih dan seterusnya mengurangkan kecekapan untuk membersih. Apabila dipanaskan, kalsium bikarbonat dan magnesium bikarbonat akan terurai dan membentuk kalsium karbonat dan magnesium karbonat. Kalsium karbonat dan magnesium karbonat adalah mineral yang tidak larut dalam air dan ia akan membentuk kerak (scale) kuning atau putih pada permukaan dalam paip air, tangki air, elemen pemanas dan sebagainya.

Kekerasan air dibahagi kepada dua bahagian iaitu kekerasan sementara dan kekerasan kekal. Air yang mempunyai kekerasan sementara adalah air yang mempunyai mineral bukan sulfat atau klorida. Air ini boleh ditulenkan melalui proses penyulingan. Manakala air yang mempunyai kekerasan kekal adalah air yang mempunyai mineral sulfat atau klorida seperti kalsium sulfat, magnesium klorida dan sebagainya. Air ini tidak boleh ditulenkan melalui proses penyulingan kerana mineral sulfat dan klorida akan semakin melarut apabila suhu air meningkat.

Tahap kekerasan air disukat berdasarkan berat unsur kalsium dan magnesium. Walaubagaimanapun, ia biasanya disetarakan dengan berat kalsium karbonat. Secara relatifnya, 1 mg kalsium karbonat adalah bersamaan dengan 2.5 mg kalsium dan 4.1 mg magnesium [6]. Tahap kekerasan air disukat dalam unit mg/L (berat kalsium karbonat dalam 1 liter air). Unit lain untuk sukatan tahap kekerasan air adalah seperti ppm (parts per million), darjah Perancis, darjah Jerman dan darjah Inggeris. Jadual 1 di bawah menunjukkan kategori tahap kekerasan air [2, 3]

KATEGORI<o:p></o:p>

BACAAN (mg/L)<o:p></o:p>

Sangat
lembut<o:p></o:p>

kurang 17<o:p></o:p>

Lembut<o:p></o:p>

17 - 60<o:p></o:p>

Keras<o:p></o:p>

60 - 120<o:p></o:p>

Agak
keras<o:p></o:p>

120 - 180<o:p></o:p>

Sangat
keras<o:p></o:p>

lebih 180<o:p></o:p>

Jadual 1: Kategori air keras

Jabatan Alam Sekitar Malaysia mengukur tahap kekerasan menggunakan unit mg/L. Jabatan ini menetapkan tahap kekerasan untuk air yang dibekalkan di rumah tidak melebihi 500 mg/L. [1]

Bacaan kekerasan air boleh diukur dengan menggunakan tiga cara iaitu menggunakan kertas uji, kaedah pentitratan EDTA (ethylenediaminetetraacetic acid) dan penggunaan ion-selective electrode. Penggunaan kertas uji adalah cara paling mudah dan boleh dilakukan oleh pengguna di rumah. Hanya celupkan kertas uji ke dalam air, kemudian bandingkan warna yang terhasil pada hujung kertas uji dengan carta yang dibekal bersama kertas uji tersebut untuk mendapatkan bacaan kekerasan air. Kaedah pentitratan EDTA pula biasa digunakan di makmal. Asid ethylenediaminetetraacetic akan dititikkan ke dalam air keras sehingga air berubah menjadi warna tertentu. Kemudian bacaan kekerasan air diukur berdasarkan kepekatan dan kuantiti asid ethylenediaminetetraacetic yang dititikkan ke dalam air keras tersebut. Penggunaan ion-selective electrode pula digunakan untuk mendapatkan bacaan yang lebih jitu.

Gambar 1: Kertas uji kekerasan air

Gambar 2: Meter kekerasan air yang menggunakan ion-selective electrode

Tahap kekerasan berkait rapat dengan sifat konduktiviti dan tahap pH air. Konduktiviti adalah keupayaan sesuatu bahan mengaliran arus elektrik dan biasanya diukur dalam unit µS/cm (mikroSiemen per sentimeter), manakala tahap pH adalah ukuran keasidan atau kealkalian air. 0 µS/cm bermaksud langsung tidak boleh mengalirkan arus elektrik. Bacaan sifat asid adalah pH 0-7, sifat alkali adalah pH 7-14, dan pH 7 adalah bacaan neutral. Untuk konteks ini, semakin tinggi tahap kekerasan air, semakin tinggi nilai konduktiviti dan lebih beralkali.

Air lembut

Air lembut atau air tulen pula dirujuk kepada air yang kurang atau bebas dari mineral terlarut. Contoh air yang dikategorikan sebagai air lembut atau air tulen adalah air suling, air hujan dan air reverse osomosis. Pada suhu bilik, air tulen mempunyai bacaan konduktiviti kurang dari 0.05 µS/cm (hampir tidak mengalirkan arus elektrik) dan pH 7 (neutral). Air tulen biasakan digunakan untuk analisis kimia di makmal, dialisis, pembuatan bateri asid berplumbum dan penjanaan stim.

Oleh kerana air tulen tidak mempunyai sebarang mineral terlarut, ia akan sentiasa ‘lapar’ dan cuba menyerap sebarang unsur di laluannya. Oleh itu, air tulen tidak sesuai digunakan dalam sistem pembekalan air yang menggunakan paip logam kerana ia boleh menghakis permukaan paip dan menyebabkan bocor. Untuk kegunaan dalam radiator kereta, air tulen hendaklah campurkan dengan coolant untuk untuk menghilangkan sifat menghakisnya. Air tulen tidak sesuai untuk diminum kerana ia akan menyerap mineral dan vitamin yang terdapat dalam badan manusia dan ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan elektrolit. Air tulen mampu menyerap logam berbahaya seperti plumbum dan kadmium dan menyebabkan ia berbahaya untuk diminum.

Kesan air keras

Menurut WHO (World Health Organisation), setakat ini tiada bukti kukuh mengenai kesan buruk air keras kepada manusia. Malah air keras dikatakan diet yang baik untuk keperluan kalsium dan magnesium untuk manusia. Malah ada penyelidik menyatakan bahawa air keras boleh mencegah penyakit jantung dan kanser.

Walaubagaimanapun, air keras menimbulkan pelbagai masalah pada peralatan tertentu dan sistem perpaipan. Air keras akan menyebabkan pembentukan kerak pada permukaan dalam paip logam dan lama-kelamaan ini akan mengecilkan saluran paip dan seterusnya mengurangkan aliran air ataupun menyebabkan sumbat. Selain itu, pengguna di rumah akan mendapati pembentukan kerak pada pemancur air (shower), kepala paip, penapis, permukaan dalam tangki air, singki, tab mandi dan jubin. Ia juga meninggalkan kesan putih pada peralatan aluminium dan kaca. Semakin tinggi tahap kekerasan air, semakin cepat kesan ini berlaku.

Kerak juga boleh terbentuk pada elemen pemanas dalam cerek elektrik. Ia akan menyebabkan air lambat mendidih dan ini akan meningkatkan kos bil elektrik. Pakaian dan perkakasan dapur tidak dapat dibersihkan dengan sempurna kerana air keras mengurangkan kecekapan sabun untuk menanggalkan kotoran. Ini menyebabkan penggunaan sabun perlu ditingkatkan. Rasa sedap minuman atau makanan akan berkurangan sekiranya tahap kekerasan air terlalu tinggi. Membasuh rambut menggunakan air yang terlalu keras akan menyebabkan rambut menjadi kusut dan kusam. Air keras juga membuatkan pakaian menjadi kasar apabila kering dan ini akan memendekkan jangkahayat pakaian.

Gambar 3: Kesan air keras<o:p></o:p>

Terdapat beberapa cara yang digunakan untuk melembutkan air yang biasa digunakan oleh pihak industri. Antaranya menggunakan sistem tapisan reverse osmosis (RO). Sistem tapisan ini menggunakan penapis membran yang membenarkan molekul air sahaja melaluinya. Air yang keluar daripada sistem ini adalah hampir tulen tetapi kos penyelenggaraan menggunakan sistem tapisan ini sangat mahal. Proses penyulingan menggunakan alat penyuling air (water distiller) boleh digunakan untuk melembutkan air tetapi ia tidak boleh digunakan pada air yang mempunyai kandungan mineral sulfat dan klorida yang tinggi. Malah, alat penyuling air memerlukan penggunaan tenaga yang tinggi untuk mendidihkan air. Penggunaan teknologi ion-exhanger banyak digunakan di industri memandangkan kosnya adalah berpatutan. Teknologi ini terdiri silinder yang diisi dengan resin dan air keras akan melalui silinder ini. Resin akan memerangkap unsur kalsium dan magnesium dan menggantikannya dengan unsur lain. Contohnya, sekiranya resin sodium digunakan, resin akan memerangkap mineral kalsium dan mangnesium dan membebaskan unsur sodium ke air keluar.

Gambar 4: Cara kerja teknologi ion-exhanger untuk melembutkan air

Air lembut juga boleh diperolehi dengan meneutralkankan air pada pH 7. Dengan menambahkan asid pada air keras sehingga bacaan pH 7 diperolehi, air lembut akan terhasil. Penggunaan bahan kimia seperti sal soda (sodium bikarbonat) juga boleh digunakan. Ia akan bertindakbalas dengan mineral kalsium dan magnesium untuk membentuk mineral tidak larut. Mineral tidak larut ini kemudian ditapis atau dimendakkan di dalam tangki.

Memandangkan air keras tidak membahayakan kesihatan manusia, adalah tiada keperluan untuk memasang mesin pelembut air di rumah. Untuk mengurangkan kesan air keras terhadap penggguna, sinki, kepala paip, cermin, jubin dan peralatan aluminium hendalah selalu dibersihkan apabila mula terdapat tanda kekotoran. Tangki takungan air hendaklah dibersihkan sekurang-kurangnya setahun sekali. Elemen pemanas dan permukaan dalam cerek hendaklah sentiasa dibersihkan supaya air dapat dimasak dengan cepat. Penggunaan paip logam hendaklah dikurangkan, sebaliknya diganti dengan paip PVC atau paip poli. Gunakan pelembut kain (fabric softener) untuk membasuh baju supaya baju menjadi lembut apabila kering. Penggunaan air hujan untuk membasuh pakaian juga boleh membantu mengurangkan penggunaan sabun..

*Artikel ini telah tersiar dalam Majalah Dewan Kosmik edisi Ogos 2011. Muaturun artikel ini dalam fail PDF di sini.

Rujukan

[1] http://www.doe.gov.my/portal/water-marine-ground-water/ground-water-quality-status/

[2] http://www.hardwater.org/hard_water_testing.html

[3] http://elkhorn.unl.edu/epublic/live/g1491/build/g1491.pdf

[4] http://www.lenntech.com/ro/temporary-hardness.htm

[5] http://www.globalw.com/support/hardness.html

[6] http://www.lenntech.com/ro/water-hardness.htm

ZON152http://www.blogger.com/profile/11833558007084948652noreply@blogger.com0