Halaman

Mei 20, 2010

Menghidupkan Lampu Kalimantang Dengan Bateri 12V

Kita biasa ternampak para peniaga di pasar2 malam menghidupkan lampu kalimantang dengan menggunakan bateri kereta 12V. Mungkin ada antara kita yang tertanya bagaimana lampu kalimantang yang memerlukan bekalan voltan 240V boleh dihidupkan dengan bateri kereta yang bervoltan 12V sahaja.

Sebenarnya mereka telah menggantikan litar elektrik lampu kalimantang tersebut menggunakan electronic ballast 12V. Alat ini akan menukarkan voltan arus terus 12V ke voltan tinggi arus ulang alik pada frekuensi tinggi.

Gambar di bawah menunjukkan litar elektrik lampu kalimantang yang biasa.


Untuk membolehkan lampu kalimantang dapat dihidupkan dengan menggunakan bateri 12V, tiub kalimantang hendaklah disambungkan dengan electronic ballast sahaja seperti gambarajah di bawah.



Electronic ballast 12V boleh didapati di kedai2 elektrik ataupun pasaraya2 tertentu seperti Mydin. Harganya tidak melebihi RM10.

25 ulasan:

  1. info yang bagus sekali...

    BalasPadam
  2. berapa harga electronic ballast?

    BalasPadam
  3. boleh tak guna satu ballast & 1 starter untuj dua lampu kalimantang pendek?

    BalasPadam
  4. FAIZ:SEBENARNYA BOLEH HIDUPKAN 2UNIT LAMPU KALIMANTANG 18WATT ,MNGUNAKAN 1 CHOCK 36WATT DAN 2 UNIT STATER S2...

    BalasPadam
  5. Adakah kecerahan lampu tetap sama seblm dan selps ballast ditukar? Bagaimanakh utk mengetahui samaada ballast yg dpilih sesuai dgn lampu?

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama (4 Ogos): Sekiranya voltan bateri cukup 12V, anda akan dapat kecerahan yang sama. Label pada ballast akan memberitahu samada ia dipasang perlu dipasang pada lampu 40W atau 20W

    BalasPadam
  7. sy nak tanya.....electronic ballast akan tukar 12vdc ke 240vac kn?adakah output 240vac yg dihasilkan tu boleh digunakan untuk menghidupkan tv,radio atau apa shj alatn elektrik yg lain?

    BalasPadam
  8. hasbullahrameli: Tidak boleh, arus yang dikeluarkan oleh electronic ballast terlalu kecil untuk menghidupkan peralatan elektrik seperti radio, tv dll...

    Tapi anda boleh guna inverter 12V ke 240V. Inverter berkuasa 60W mampu menjalankan sebuah kipas elektrik meja. Inverter 1000W boleh menghidupkan sebuah tv. Semakin tinggi watt inverter, makin cepat bateri 12V habis

    BalasPadam
  9. la senang je rupanya........terima kasih atas info...teruskan usaha murni anda ni

    BalasPadam
  10. saya menggunakan mentol 12v yang memerlukan bateri 12v untuk dihidupkn...namun ia tidak cukup terang walaupun dua biji mentol dihidupkn...adakah apa2 cara untuk saya menguatkn lg pengaliran elektrik ke mentol supaya cahayanya lebih terang?

    BalasPadam
  11. jerung16: lampu tidak terang menunjukkan bateri tidak dapat membekalkan arus yang mencukupi...mungkin kerana saiz bateri tidak cukup besar ataupun bateri tidak dicas sepenuhnya...bateri jenis apa yang anda gunakan?

    BalasPadam
  12. kalau guna bateri motorsikal pada lampu kalimantang yg dah dipasang elektronik ballast boleh menyala tak lampu? bateri motor yg baru dibeli perlu dicas dulu ke ?

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama (8 Dis): kalau mau guna bateri motor, kene guna 2 biji sambung secara sesiri utk dpt 12V...bateri kene cas penuh utk dptkan cahaya terang

    BalasPadam
  14. kalau menggunakan sel kering macam mana? bateri 1.5 volt disambungkan secara siri.adakah lampu akan menyala.

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama (7 Feb 2012): Akan menyala juga tp sekejap sahaja. Bateri 1.5V tidak mempunyai kapasiti arus yang tinggi.

    BalasPadam
  16. tumpang tanya..lampu jenis ape digunakan di dalam peti sejuk dan lampu pada bayi baru lahir di hospital?

    BalasPadam
  17. Tanpa Nama (8 Feb 2012):
    Lampu yg digunakan dlm peti sejuk adalah lampu pijar, biasanya berkuasa 15W dan boleh didapati di kedai elektrik atau pasaraya besar.

    Lampu yg digunakan pada bayi yg baru lahir adalah lampu jenis kalimantang yg telah direka untuk mengeluarkan cahaya ultraungu yg boleh merawat penyakit kuning pada bayi.

    BalasPadam
  18. selain dari bateri basah (motor or kereta) apakah jenis bateri yang lain boleh digunakan?

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama (8 Feb 2012):
    Boleh guna bateri pek nickel-cadmium 12V (bateri yg sering diguna pada kereta remote control)

    BalasPadam
  20. boleh tak guna electronik ballast yg 40w untuk lampu yang pendek..

    BalasPadam
  21. Tanpa Nama 19 Mac 2012:
    Ada electronic ballast yg boleh boleh digunakan utk menyalakan kedua2 jenis lampu kalimantang 20W dan 40W.

    Ada juga electronic ballast khas utk lampu 20W sahaja. Kena tnya pada penjual sblm beli.

    BalasPadam
  22. Nk tnye.. Mentol pendaflor ade brape jenis? Ad dc n ac gak ke??

    BalasPadam
  23. info yang bagus,, terima kasih

    BalasPadam
  24. Beli 2 bateri saja klu nak niaga.1lagi stndby klu bateri habis.sama mcm tong gas.
    Nice sharing bro.

    BalasPadam