Sekiranya anda berpeluang berjalan di sekitar halaman hospital besar ataupun kilang semikonduktor, anda mungkin boleh ternampak sebuah tangki besar dan tinggi berwarna putih seperti ditunjukkan pada gambar foto di sebelah ini (Klik pada gambar untuk besarkan). Apakah sebenarnya tangki ini?
Tangki ini dinamakan tangki VIE (Vacuum Insulated Evaporator). Di hospital, tangki ini digunakan untuk menyimpan cecair oksigen manakala di kilang semikonduktor pula, tangki ini digunakan untuk menyimpan cecair nitrogen ataupun argon. Oksigen digunakan untuk merawat pesakit manakala nitrogen atau argon digunakan dalam penghasilan komponen elektronik.