Sekiranya anda sentiasa bekerja dengan enjin, sistem pembekalan gas/cecair atau sistem yang melibatkan motor/pam yang besar, masalah kejadian skru longgar dan tertanggal sering berlaku. Walaupun skru tersebut telah diikat seketat2nya, beberapa minggu selepas itu, skru tersebut didapati telah longgar.
Perkara ini boleh berlaku adalah kerana sistem2 yang disebutkan di atas sentiasa menghasilkan getaran berfrekuensi tinggi dan ia boleh melonggarkan skru2 yang telah diikat ketat.
Untuk mengatasi masalah ini, terdapat satu produk yang dinamakan 'Threadlocker'. Produk ini adalah seperti gam dan ia perlu dibubuh pada bebenang skru sebelum diikat pada lubang skru. Ia akan membantu bebenang skru melekat dan menghalang skru dari bergerak walaupun terdedah pada getaran frekuensi tinggi.
1 ulasan:
bagus info nie...terutama pelajar kejuruteraan engine.
Catat Ulasan