Memaparkan catatan dengan label Gajet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gajet. Papar semua catatan

Menggunakan Peralatan Elektrik 120V di Malaysia

Jun 02, 2012

0 komen

Sekiranya anda mempunyai peralatan elektrik 120V, mungkin dibeli dari luar negara, anda tidak akan dapat menggunakan peralatan tersebut di Malaysia. Ini kerana selain bentuk plug yang tidak sepadan, voltan di Malaysia adalah 240V, sekiranya dipasang pada peralatan tersebut, peralatan tersebut pasti akan rosak.

Oleh itu anda perlu mendapatkan alat penukar voltan (voltage converter) 240V ke 120V. Sebelum anda membeli alat ini, anda perlu tahu kadar kuasa Watt yang digunakan oleh peralatan elektrik 120V tersebut. Nilai kadar kuasa tersebut boleh diperolehi pada label yang terdapat pada badan peralatan elektrik itu. 

Biasanya alat voltage converter yang dijual mempunyai keupayaan kuasa 50W, 65W, 100W, 150W, 200W, 300W, 500W, 750W, 1000W, 2000W dan 3000W. Semakin besar kuasanya, semakin besar saiz alat voltage converter ini. Sekiranya peralatan tersebut berkuasa 65W, anda perlu mendapatkan voltage converter 240V ke 120V berkuasa 100W. Sekiranya peralatan elektrik anda berkuasa 300W, anda perlu dapatkan alat voltage converter berkuasa 500W. Sekiranya peralatan elektrik anda berkuasa 760W, anda perlu dapatkan alat voltage converter berkuasa 1000W dan begitulah seterusnya. 

Alat voltage converter ini biasanya boleh didapati di kedai-kedai elektrik atau elektronik yang besar. Kepada sesiapa yang ada menjual alat voltage converter ini secara online di pasaran Malaysia, boleh iklankan pada ruang komen di bawah ini. Contoh alat voltage converter ditunjukkan pada gambar di bawah ini.


Alat Memasak Telur

Oktober 14, 2011

0 komen

Alat di sebelah ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak telur, tetapi boleh bertindak sebagai pengukus mini. Anda boleh mengukus atau memanaskan roti, sup, sayur dan sebagainya.

Anda hanya perlu menuangkan air ke dalam alat ini dan ia akan memanaskan air sehingga stim terbentuk. Alat ini dilengkapi dengan pelaras suhu supaya pengguna boleh mengawal suhu pemanasan pada tahap yang sesuai. Dengan itu, anda boleh memasak telur separuh masak ataupun masak penuh.

Alat ini menggunakan kuasa sebanyak 365 Watt dan berharga tidak melebihi RM150. Pembaca yang berminat untuk membeli alat secara secara online, boleh klik pada pautan ini.

Alat Pemecah Telur

Julai 16, 2011

0 komen

Kepada sesiapa yang baru belajar masak dan masih belum mahir memecahkan telur, alat ini amat berguna untuk anda. Dengan menekan picu, alat ini dengan mudah memecahkan telur tanpa menyerpihkan cangkerang telur. 

Berharga tidak melebihi RM50 dan boleh didapati di lelong.com.my. Klik sini sekiranya anda berminat untuk membeli alat ini. 

Melekatkan Suction Cup Mount Pada Cermin Kereta

Mac 19, 2011

0 komen



Suction cup mount (gambar di atas) biasa digunakan untuk memegang GPS, Ipad ataupun handphone untuk kegunaan dalam kerata dan ia biasa dilekatkan pada cermin hadapan kereta.

Oleh kerana cermin hadapan kereta sering terdedah kepada cahaya matahari, lama-kelamaan getah pada suction cup tersebut akan mengeras dan ini membuatkan ia tidak melekat dengan sempurna pada cermin kereta.

Apabila ini berlaku, jangan buang suction cup tersebut. Cuba basahkan cup tersebut dengan sedikit air, maka anda akan dapati ia boleh melekat dengan baik pada cermin kereta anda.

Selamat mencuba...

Nokero - Lampu Pijar LED Berkuasa Solar

Jun 12, 2010

0 komen

Nokero direka khas untuk negara mundur yang mana penduduknya masih tidak dapat bekalan elektrik sepenuhnya. Ia mampu berfungsi sehingga 2 - 4 jam selepas dicas penuh di bawah cahaya matahari selama 4 jam. 

Nokero direka menggunakan bahan tahan cuaca, dengan itu ia boleh dicas di luar walaupun dalam hujan. Alat ini menggunakan bateri NiMH yang boleh ditukar apabila telah rosak.

Berharga USD15 dan boleh didapati di sini.




Kipas Tanpa Bilah

Jun 07, 2010

1 komen

Dyson Air Multiplier adalah kipas tanpa bilah. Kipas ini mampu menggandakan aliran udara 15 kali lebih kuat daripada aliran udara biasa.

Dyson Air Multiplie juga mudah untuk dibersihkan dan tidah berbahaya kerana tiada bilah kipas yang bergerak. Teknologi Dyson Air Multiplier ini diinspirasikan dari teknologi pengecas turbo (untuk enjin kereta) dan teknologi enjin jet untuk menjana aliran udara yang bertenaga.

Anda boleh mendapatkan kipas ini secara online di sini.









Bird BLazer - Alat Penghalau Burung Menggunakan Laser

Mei 22, 2010

0 komen

Alat ini dapat menakutkan burung dengan menggunakan sinaran laser yang sering berubah-berubah setiap masa. Jarak berkesan alat ini adalah sehingga 3 km. 

Berharga lingkungan RM3,500. Rujuk di sini untuk maklumat lanjut.


Video Corak Pancaran Laser Bird BLazer


BirdXPeller PRO - Alat Penghalau Burung

0 komen


Alat ini mengeluarkan bunyi suara burung yang sedang ketakutan. Burung2 yang mendengar suara dari alat ini akan segera beredar.

Suara dimainkan dalam format definasi tinggi dan berkualiti. Sesuai untuk kegunaan mudah alih atau dipasang pada dinding.

Harganya sekitar RM700 dan boleh didapati di sini

Video: BirdXPeller Blasting Birds

Casing CPU Berkonsep Labah-labah

Mei 15, 2010

0 komen




Alat Membancuh Teh

0 komen


Breville One-Touch Tea Maker adalah mesin pembuat teh automatik. Hanya dekat meletakkan uncang atau serbuk teh di dalam bahagian yang disediakan, alat ini secara automatik akan mendidihkan air dan membancuh kopi untuk anda mengikut setting yang ditetapkan oleh anda.

Anda boleh tetapkan supaya alat ini membancuh teh pada waktu yang dikehendaki. Walaubagaimanapun, alat ini tidak dapat membancuh teh dengan gula atau susu. Anda perlu menambahnya sendiri.

Berharga sekitar RM800. Klik sini untuk maklumat lanjut. 




Kipas Berkembar

Mei 09, 2010

0 komen


Ini bukan sekadar kipas. Di samping menghalakan angin ke tubuh anda, ia  juga memperbaiki peredaran udara dalam bilik.

Kipas yang menghala ke atas akan membuatkan bilik anda terasa berangin dan nyaman. Kipas ini juga dilengkapi dengan ionizer yang menghasilkan udara segar. 

Boleh digunakan semasa musim sejuk/salji. Letakkan kipas ini berhampiran pemanas, ia akan menyebarkan haba dalam bilik secara seragam.


Tripod Serbaguna

Mei 07, 2010

0 komen





Meja Mudah Alih untuk Laptop

0 komen




Meja Mudah Alih untuk Laptop

0 komen

Produk Jepun, dipasang pada kerusi beroda. 






Penghalau Serangga

Mei 04, 2010

0 komen


Alat ini dikatakanboleh menghalau tikus, lipas, kumbang, labah2, nyamuk, lalat dll. Hanya pasangkan pada soket plug, biarkan ia berfungsi. Alat ini mengeluarkan gelombang ultrasound. Berkuasa 4W dan dilengkapi dengan lampu tidur.

Masalahnya, penggunaan alat ini mungkin akan menakutkan haiwan peliharaan anda (kucing, hamster, dll). Harga alat ini adalah RM70 dan boleh didapati di sini.

Pengecas Solar Bateri Kereta (Solar Charger for Car)

Mei 03, 2010

0 komen


Kalau anda tidak gunakan kereta untuk beberapa hari atau minggu, alat ini adalah perlu untuk menjaga hayat bateri kereta. Menggunakan teknologi solar. ia akan mengecas bateri kereta secara berterusan. Hnya pasangkan pada cigarette socket dan letakkan pada dashboard. Alat ini berharga lingkungan RM120. Boleh didapati di sini.

Penyejuk Kereta Berkuasa Solar (Auto Ventilation Fan Solar Powered for Car)

1 komen


Kalau anda selalu parkir kereta anda di tengah2 panas, alat ini sangat membantu. Ia akan menarik udara panas keluar dan ini akan mengurangkan kepanasan dalam kereta anda. Hanya pasangkan pada cermin tingkap kereta anda (apit dengan cermin kereta) dan ia akan berfungsi secara automatik menggunakan tenaga solar.

Walaubagaimanapun, alat ini sesuai untuk kereta yang mempunyai window frame (kerana tingkap kereta perlu dibuka sedikit). Alat ini tidak berfungsi dengan baik sekiranya tingkap cermin dilengkapi lapisan tinted gelap kerana ia tidak dapat menyerap tenaga solar yang mencukupi. Harga RM70 dan boleh didapati di sini.

Lampu Suluh Solar (Solar Flash Light)

0 komen


Tak perlu lagi beli bateri untuk lampu suluh. 6 jam didedahkan kepada cahaya, lampu suluh ini mampu bertahan sehingga 80 minit. Menggunakan teknologi bright LED, ianya tahan lama dan lasak. Sesuai untuk kegunaan di rumah, kereta, dll. Berharga RM80 dan boleh didapati di sini.

Pengecas Bateri Solar (Solar Charger for Gadget)

0 komen


Alat ini boleh digunakan pada pelbagai jenama hphone, kamera, PSP,dll. Tak perlu cari plug point, pasangkan alat ini pada gajet anda,biarkan ia menukar cahaya kepada tenaga elektrik untuk mengecas bateri. Output alat ini adalah 5V, 500mA. Harga dalam lingkungan RM100 sahaja. Alat ini boleh didapati di sini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...