Memaparkan catatan dengan label Elektronik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Elektronik. Papar semua catatan

Teras Ferrite Pada Kabel

Februari 17, 2013

1 komen

Saya pasti ramai antara kita yang menyedari teras hitam yang terdapat pada kebanyakkan kabel audio visual ataupun pada kabel kuasa untuk gajet. Apakah sebenarnya teras hitam ini? Apakah peranannya pada sesebuah kabel?

Sebenarnya teras hitam ini adalah teras Ferritte. Teras Ferritte diperbuat daripada logam manganese-zinc ataupun logam nickel-zinc. Peranannya pada kabel adalah sebagai penapis isyarat hingar (noise). 

Secara ringkasnya, hingar adalah isyarat yang tidak dikehendaki yang membuatkan arus elektrik berada dalam keadaan turun naik secara rawak (tidak stabil). Arus elektrik yang dipengaruhi hingar boleh mengganggu fungsi sesebuah peralatan seperti bacaan sensor yang kurang tepat, bateri tidak dicas dengan sempurna, menjana haba tambahan pada komponen elektronik dan sebagainya. Hingar biasanya dihasilkan oleh gelombang elektromagnet seperti gelombang radio, gelombang telefon mudah alih, pancaran kilat, peralatan elektronik berfrekuensi tinggi dan sebagainya. Pada zaman ini, gelombang elektromagnet terdapat di mana-mana sahaja pada setiap masa, jadi gangguan hingar dalam kabel elektrik adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Oleh itu, teras Ferritte digunakan untuk menapis dan mengurangkan isyarat hingar.

Gambar di bawah menunjukkan contoh arus elektrik yang telah dipengaruhi oleh hingar, kemudian kesan hingar telah dikurangkan setelah ditapis oleh teras Ferritte.


Bagaimanakah teras Ferritte boleh mengurangkan kesan hingar pada isyarat elektrik? Agak sukar saya terangkan kerana konsepnya sama seperti litar elektronik yang terdapat komponen perintang, kapasitor dan gegelung yang memerlukan penjelasan yang panjang lebar. Malah penerangannya juga harus melibatkan persamaan matematik yang agak kompleks. 

Walaubagaimanapun secara analoginya, teras Ferritte boleh diibaratkan seperti tangki air, arus elektrik seperti bekalan air dari syarikat utiliti air dan gangguan hingar adalah seperti gangguan bekalan air. Sekiranya pili air dipasang sebelum tangki,  apabila berlaku gangguan bekalan air, maka air yang keluar dari pili juga akan terganggu. Tetapi sekiranya pili paip dipasang selepas tangki air, jika berlaku gangguan bekalan air dari syarikat utiliti air, air yang keluar dari pili air masih lagi berterusan selagi tangki air masih menyimpan air.

Menggunakan Peralatan Elektrik 120V di Malaysia

Jun 02, 2012

0 komen

Sekiranya anda mempunyai peralatan elektrik 120V, mungkin dibeli dari luar negara, anda tidak akan dapat menggunakan peralatan tersebut di Malaysia. Ini kerana selain bentuk plug yang tidak sepadan, voltan di Malaysia adalah 240V, sekiranya dipasang pada peralatan tersebut, peralatan tersebut pasti akan rosak.

Oleh itu anda perlu mendapatkan alat penukar voltan (voltage converter) 240V ke 120V. Sebelum anda membeli alat ini, anda perlu tahu kadar kuasa Watt yang digunakan oleh peralatan elektrik 120V tersebut. Nilai kadar kuasa tersebut boleh diperolehi pada label yang terdapat pada badan peralatan elektrik itu. 

Biasanya alat voltage converter yang dijual mempunyai keupayaan kuasa 50W, 65W, 100W, 150W, 200W, 300W, 500W, 750W, 1000W, 2000W dan 3000W. Semakin besar kuasanya, semakin besar saiz alat voltage converter ini. Sekiranya peralatan tersebut berkuasa 65W, anda perlu mendapatkan voltage converter 240V ke 120V berkuasa 100W. Sekiranya peralatan elektrik anda berkuasa 300W, anda perlu dapatkan alat voltage converter berkuasa 500W. Sekiranya peralatan elektrik anda berkuasa 760W, anda perlu dapatkan alat voltage converter berkuasa 1000W dan begitulah seterusnya. 

Alat voltage converter ini biasanya boleh didapati di kedai-kedai elektrik atau elektronik yang besar. Kepada sesiapa yang ada menjual alat voltage converter ini secara online di pasaran Malaysia, boleh iklankan pada ruang komen di bawah ini. Contoh alat voltage converter ditunjukkan pada gambar di bawah ini.


Teknologi Fuzzy Logic

Januari 14, 2012

1 komen

Apabila anda pergi ke kedai menjual peralatan elektrik untuk meninjau mesin basuh dan pemasak nasi (rice cooker), anda pasti akan terjumpa perkataan 'Fuzzy Logic' pada mesin basuh dan rice cooker yang agak mahal. Apakah itu 'Fuzzy Logic' ? Apakah yang kelebihan peralatan yang menggunakan teknologi fuzzy logic berbanding dengan peralatan elektrik yang biasa?

Teknologi fuzzy logic diasaskan oleh saintis Russia bernama Loffi Zadeh pada 1965. Teknologi ini dicipta dengan meniru cara manusia membuat keputusan. Contohnya keputusan yang anda buat semasa mengipas diri anda dengan menggunakan kipas kertas.

Apabila badan anda berasa sangat panas, anda akan mengipas dengan laju. Sekiranya badan anda berasa agak panas, anda akan mengipas dengan agak laju. Sekiranya anda berasa sejuk, anda akan mengipas dengan perlahan. Sekiranya anda berasa sangat sejuk, anda akan mengipas dengan sangat perlahan atau berhenti. Keputusan yang anda buat untuk kelajuan kipas berdasarkan suhu yang dirasai oleh badan anda adalah yang dikatakan fuzzy logic

Apabila teknologi fuzzy logic diaplikasikan pada kipas angin sebagai contoh, kipas angin akan berfungsi seperti berikut: 
  • Jika suhu persekitaran SANGAT PANAS, kipas berpusing SANGAT LAJU
  • Jika suhu persekitaran PANAS, kipas berpusing LAJU
  • Jika suhu persekitaran AGAK PANAS, kipas berpusing AGAK LAJU
  • Jika suhu persekitaran SEJUK, kipas berpusing PERLAHAN
  • Jika suhu persekitaran SANGAT SEJUK, kipas berpusing SANGAT PERLAHAN atau BERHENTI
Peraturan di atas ini akan diterjemahkan dalam persamaan matematik dan kemudiaan diprogramkan dalam microprocessor yang mengawal kipas angin tersebut. Untuk menukarkan peraturan di atas kepada persamaan matematik, anda perlu mengetahui bab matematik teori kebarangkalian dan operasi logic gate (operasi gate OR, XOR, AND dan sebagainya).

Mesin basuh yang menggunakan teknologi fuzzy logic akan membuat keputusan sendiri masa yang diperlukan untuk membasuh dan mengeringkan baju. Anda tidak perlu menetapkan masa membasuh dan mengeringkan baju seperti mesin basuh kenvensional. Baju yang dibasuh akan lebih bersih dan lebih kering apabila dikeluarkan dari mesin basuh.

Rice cooker fuzzy logic pula akan membuat keputusan sendiri tahap kepanasan yang diperlukan untuk memasak nasi. Walaupun nasi akan lambat masak berbanding rice cooker konvensional, tetapi nasi akan nampak lebih cantik dan kurang penghasilan kerak pada bahagian dalam periuk. Malah anda boleh memasak atau mengukus sup, sayuran dan pelbagai jenis masakan apabila menggunakan rice cooker fuzzy logic ini. 

Terdapat juga peralatan elektrik yang menggunakan teknologi fuzzy logic selain mesin basuh dan rice cooker, contohnya seperti peti sejuk dan vacuum cleaner tetapi ia agak sukar didapati di pasaran Malaysia. Walaupun agak mahal, peralatan elektrik yang menggunakan teknologi fuzzy logic ini berfungsi dengan sangat cekap dan menjimatkan tenaga elektrik. 

Helaian Berinformasi #8: Fungsi Induktor

Julai 30, 2011

0 komen

Induktor atau gegelung adalah wayar atau konduktor elektrik yang dililit dalam bentuk silinder atau bulatan. Ia banyak digunakan dalam litar elektronik dan elektrik sebagai penapis, pengayun dan penukar arus DC ke DC.

Helaian ini menunjukkan bagaimana induktor berfungsi sebagai litar penapis dan penukar arus DC ke DC.  Klik pautan di bawah untuk muaturun.

Cara Menghidupkan Unit Power Suppy Komputer

April 02, 2011

0 komen

Pada unit power supply komputer, terdapat satu connector 2 x 10 pin yang biasanya dipasang pada papan induk (motherboard) komputer. Pada connector tersebut, cari wayar berwarna hijau, kemudian sambungkan wayar tersebut pada mana2 wayar hitam. Rujuk gambar di sebelah sebagai contoh. Apabila kedua2 wayar tersebut dicantumkan, kipas penyejuk akan berputar dan unit power supply berfungsi. Unit  akan mati apabila kedua2 wayar tadi ditanggalkan.

Pengetahuan ini berguna dalam proses troubleshooting untuk komputer yang tidak boleh dihidupkan ataupun anda mahu menjadikan unit power supply kepada unit bekalan voltan arus terus berkuasa tinggi. Sila rujuk di sini untuk penerangan lebih lanjut.

Menggabungkan Kapasitor Secara Selari

Mac 28, 2011

0 komen

Sekiranya dua atau lebih unit kapasitor digabungkan secara selari, maka unit kapasitansnya boleh dijumlah begitu sahaja. Rujuk gambar di sebelah. Pengetahuan ini amat berguna sekiranya anda sering terlibat dalam kerja pembaikan peralatan elektrik atau elektronik

Situasi 1
Satu kipas siling didapati tidak berpusing walaupun suis telah dihidupkan. Setelah diperiksa, didapati kapasitor pada kipas tersebut telah rosak. Kapasitor tersebut bernilai 2uF, tetapi pada masa itu anda hanya mempunyai dua unit kapasitor 1uF. Penyelesainnya, sambungkan kedua2 kapasitor 1uF tersebut secara selari. Dengan itu anda telah 'mencipta' kapasitor bernilai 2 uF dan pasangkan ia pada kipas tersebut. 

Situasi 2
Satu monitor komputer LCD didapati tidak menyala. Setelah diperiksa, terdapat satu unit kapasitor 80 uF pada bahagian inverter telah rosak. Kapasitor 80uF biasanya sukar didapati di kedai. Oleh itu, anda boleh menggabungkan kapasitor bernilai 47uF, 22uF dan 10uF (kapasitor pada nilai ini biasa dijual di kedai elektronik) untuk mencipta kapasitor bernilai 79uF. Walaupun tidak mendapat nilai 80uF, tetapi ia masih boleh digunakan.

Menggunakan Power Adapter Boleh Laras

0 komen

Soalan
Saya mempunyai sebuah modem internet 12V 1.6A. Power adapter asal untuk modem ini telah rosak dan saya telah membeli power adapter boleh laras 12V 500mA yang biasa dijual di kedai2 elektrik. Apabila dipasang pada modem tersebut, modem didapati tidak berfungsi. Lampu penunjuk pada modem itu kelihatan malap walaupun adapter tersebut telah dilaras pada 12V . Apakah modem tersebut tidak menerima kuasa secukupnya dari adapter?

Jawapan
Nampaknya anda telah membeli power adapter yang salah. Label pada modem tersebut tertera 12V 1.6A, ini bermakna modem tersebut memerlukan arus setinggi 1.6A pada voltan 12V untuk berfungsi dengan baik. Adapter 12V 500mA hanya mampu membekalkan arus maksimum 0.5A pada 12V. Oleh itu, anda perlu membeli power adapter yang boleh membekalkan voltan 12V dengan kapasiti arus lebih besar dari 1.6A. Pergi ke kedai elektrik atau elektronik yang besar, dapatkan adapter 12V 2A (12V 2A bermaksud arus maksimum yang mampu dibekalkan adalah 2A pada 12V). Saiznya agak besar dan lebih mahal sedikit.

Nota: 500mA = 0.5A

Perisian SPICE

Oktober 30, 2010

0 komen


SPICE adalah singkatan daripada Simulation Program with Integrated Circuit Emphasis. Perisian ini adalah program simulasi yang digunakan untuk menguji litar elektrik dan elektronik secara maya seolah-olah litar tersebut telah dipasang pada papan litar. Ini bermakna, jika dalam simulasi SPICE litar tersebut berfungsi, maka litar tersebut juga akan berfungsi di dunia sebenar. 

Terdapat banyak perisian SPICE yang terdapat di pasaran kini seperti;
Di antara kesemua produk SPICE di atas, penulis berpendapat bahawa Tina dan Proteus adalah perisian yang mudah difahami, mudah dikendalikan dan sangat sesuai untuk pembelajaran pelajar universiti. Kesemua produk di atas adalah berbayar kecuali Winspice dan LTSpice.

Perisian Merekabentuk Stripboard Untuk Litar Elektronik

Oktober 26, 2010

0 komen

Sekiranya anda ingin membuat litar elektronik di atas stripboard atau veroboard, berikut adalah senarai perisian yang dapat membantu anda. Perisian ini memudahkan anda merancang susunan komponen elektronik atas stripboard dahulu sebelum kerja memateri dilakukan.

1. Stripboard Designer


2.  VeroDes


3.  VeeCAD






Stripboard Designer, VeroDes, VeeCAD dan Stripboard Magic adalah perisian percuma, manakala LochMaster adalah perisian berbayar. Di antara kelima-lima perisian ini, penulis mendapati LochMaster adalah perisian perekabentuk yang paling baik, mudah difahami dan mudah dikendalikan. Pembaca yang berminat boleh muaturun perisian LochMaster versi 'cracked' pada pautan di bawah ini:


Buat sendiri : Alat Penstabil Voltan untuk Kereta

Mei 26, 2010

1 komen

Anda boleh menghasilkan sendiri alat penstabil voltan untuk kereta berdasarkan rajah litar di atas. Kapasitor C1 dan C2 berfungsi untuk menapis hingar (noise) frekuensi tinggi dari alternator kereta.

Manakala kapasitor C2 hingga C10 berfungsi untuk menapis hingar frekuensi rendah dan pada masa yang sama menyimpan voltan dalam bentuk cas agar tidak mengalami kejatuhan voltan (voltage drop).

Kepada pemilik kereta yang banyak membuat pengubahsuaian seperti pemasangan amplifier, anda mungkin memerlukan lebih dari satu set alat penstabil voltan ini. 

Selamat mencuba...

Alat Penstabil Voltan Untuk Kereta

Mei 22, 2010

2 komen


Sekarang ini banyak alat penstabil voltan yang terdapat di pasaran seperti I-Charge, Moto TSXII,  Zapgold, Mega Fuel Saver, Ecostorm dan sebagainya. Alat ini dikatakan boleh menjimatkan petrol, memudahkan enjin dihidupkan, meningkatkan kuasa pecutan (tork) dan memanjangkan jangka hayat bateri. 

Bagaimana alat penstabil voltan berfungsi ?
Bekalan elektrik dalam kereta adalah 12V. Dalam keadaan biasa selepas enjin dihidupkan, alternator biasanya membekalkan bekalan elektrik dalam lingkungan 14V. Walaubagaimanapun,  nilai voltan ini semakin menurun apabila lampu, radio dan penghawa dingin dihidupkan sehingga ia kurang dari 12V.

Ini akan menyebabkan palam pancucuh (spark plug) kurang menghasilkan percikan api, lampu menjadi malap, radio tidak bertenaga dan bateri tidak dicas dengan sempurna. Tambahan pula, semua kenderaan baru kini menggunakan ECU (Engine Control Unit) yang mengawal kadar suntikan bahan api ke dalam enjin. ECU ini  tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya tidak mendapat bekalan voltan yang mencukupi.

Alat penstabil voltan untuk kereta akan menstabilkan voltan pada 14V (bergantung kepada output alternator kereta). Apabila voltan telah stabil tanpa mengalami kejatuhan, kenderaan anda akan beroperasi pada tahap optimum. ECU akan berfungsi dengan baik (kadar suntikan bahan api ke dalam enjin dapat dilakukan dengan tepat, menghasilkan kuasa pencutan dan penjimatan minyak) dan bateri dapat dicas dengan sempurna (ini akan memanjangkan jangka hayat bateri).

Adakah kereta anda memerlukan alat penstabil voltan ?
Hidupkan enjin kenderaan anda, biarkan ia panas selama beberapa minit. Kemudian hidupkan lampu depan (headlight) kenderaan anda. Sekiranya bacaan meter RPM enjin menurun dengan agak ketara, ini menunjukkan kenderaan anda memerlukan alat penstabil voltan. 

Hampir kesemua kenderaan import kini telah dilengkapi alat penstabil voltan. Memasang alat penstabil voltan lain pada kereta ini tidak memberikan sebarang kesan.

Lampu LED (Light Emitting Diode)

Mei 21, 2010

1 komen

Dalam bahasa Melayu ialah Diod Pemancar Cahaya. Lampu jenis ini dibina berasaskan bahan semikonduktor. Apabila arus elektrik dibekalkan pada terminal positif dan negatif lampu LED, penggabungan elektron dan lohong akan berlaku di antara dua lapisan semikonduktor, seterusnya membebaskaan tenaga dalam bentuk cahaya.

Pencahayaan menggunakan semikonduktor ini ditemui oleh penyelidik British bernama Henry Joseph Round pada 1907. Teknologi LED ini telah mula digunakan untuk kegunaan praktikal mulai 1960an, tetapi kini penggunaannya semakin popular kebekalangan ini apabila diod pemancar cahaya berkecerahan tinggi mula diperkenalkan pada 2005. 

Gambar 1: Binaan lampu LED

Lampu LED menawarkan banyak kelebihan berbanding lampu pijar dan lampu kalimantang iaitu:
  • Lembih menjimatkan elektrik berbanding lampu kalimantang
  • Kurang membebaskan haba
  • Tiada penggunaan merkuri (merkuru berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu LED mudah dilupuskan
  • Tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • Tidak mengeluarkan bunyi
  • Jangkahayat lebih lama, sehingga 50,000 jam
  • Menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu tiub kalimantang yang menggunakan ballast magnetik yang berkelip2 ketika mula dihidupkan
  • Tidak membebaskan gelombang ultarungu dan infra merah, oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan lampu luaran kerana ia tidak menarik perhatian serangga mendekati lampu ini.

Walaupunbegitu, teknologi lampu ini masih lagi mahal, tetapi kerana kelebihan dan keupayaan yang ditawarkan oleh lampu LED, ia telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak untuk terus menjalankan penyelidikan dalam menghasilkan lampu LED yang berkecekapan tinggi dan juga murah. 

Penyelidikan terkini telah berjaya lampu LED yang mempunyai kecekapan melebihi 100 Lumens per Watt menggunakan material yang murah tetapi ia masih lagi di peringkat ujian. Adalah dijangkakan pada tahun mendatang ini, lampu LED akan digunakan pada pelbagai aplikasi, bermula dari dalam rumah, kenderaan, tepian jalan hinggalah ke industi.  
Gambar 2: Contoh produk lampu LED

Lampu Kalimantang LED

Mei 20, 2010

4 komen

Sebuah syarikat di Melaka, LED Vision Sdn Bhd kini mengeluarkan lampu kalimantang LED sebagai alternatif menggantikan lampu kalimantang biasa.

Produk utama syarikat ini adalah lampu kalimantang LED berkuasa 18W (AdvanLED ECO Tube)  yang mempunyai kecerahan setara dengan lampu kalimantang biasa berkuasa 40W.

Selain menjimatkan tenaga sehingga 50%, kelebihan lampu kalimantang LED adalah;
  • kurang mengeluarkan haba
  • tiada penggunaan merkuri (merkuri berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu kalimantang LED mudah dilupuskan
  • tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • tidak mengeluarkan bunyi
  • jangka hayat lebih lama - sehingga 50,000 jam!
  • menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu kalimantang biasa yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan
Walaubagaimanapun, lampu kalimantang LED mempunyai kecapahan cahaya 120o berbanding lampu kalimantang biasa yang mempunyai kecapahan cahaya 360o. Oleh itu, bahagian siling akan kelihatan gelap sekiranya lampu ini digunakan. 

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara lampu kalimantang LED (AdvanLED ECO Tube) dan lampu kalimantang biasa.



Harganya RM180 seunit, berbaloi dengan penjimatan 50% dan jangka hayat 50,000 jam.

Selain itu, syarikat ini juga mengeluarkan mentol, lampu limpah dan lampu spotlight menggunakan teknologi LED. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan helaian PDF tentang cara kerja lampu kalimantang dengan ballast magnetik di sini

Penggunaan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

9 komen

Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan  ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut.

Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)


Sekiranya ballast elektronik digunakan, pendawaian lampu kalimantang hendaklah diubah seperti gambarajah di bawah


Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah;
  •  Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu.
  • Kurang  lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik
  • Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
  • Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
  • Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
  • Tiada penggunaan starter
  • Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang
Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
  • Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik.
  • Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik
  • Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.
Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.

Menghidupkan Lampu Kalimantang Dengan Bateri 12V

25 komen

Kita biasa ternampak para peniaga di pasar2 malam menghidupkan lampu kalimantang dengan menggunakan bateri kereta 12V. Mungkin ada antara kita yang tertanya bagaimana lampu kalimantang yang memerlukan bekalan voltan 240V boleh dihidupkan dengan bateri kereta yang bervoltan 12V sahaja.

Sebenarnya mereka telah menggantikan litar elektrik lampu kalimantang tersebut menggunakan electronic ballast 12V. Alat ini akan menukarkan voltan arus terus 12V ke voltan tinggi arus ulang alik pada frekuensi tinggi.

Gambar di bawah menunjukkan litar elektrik lampu kalimantang yang biasa.


Untuk membolehkan lampu kalimantang dapat dihidupkan dengan menggunakan bateri 12V, tiub kalimantang hendaklah disambungkan dengan electronic ballast sahaja seperti gambarajah di bawah.



Electronic ballast 12V boleh didapati di kedai2 elektrik ataupun pasaraya2 tertentu seperti Mydin. Harganya tidak melebihi RM10.

Bekalan Arus Terus 3.3V, 5V dan 12V Berkuasa Tinggi dari Power Supply Komputer

Mei 17, 2010

2 komen

Sekiranya anda memerlukan bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V pada arus tinggi (melebihi 2A) tanpa mengeluarkan banyak kos, artikel ini berguna untuk anda. Satu set unit power supply berkuasa tinggi yang terdapat di pasaran yang mampu membekalkan arus terus yang tinggi harganya mencecah ribuan ringgit.

Walaubagaimanapun, dengan melakukan sedikit pengubahsuaian pada power supply komputer yang berharga lingkungan RM60, kita boleh mendapatkan bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V yang mempunyai keupayaan sehingga 30A ! Jadual di bawah menunjukkan keterangan setiap wayar yang terdapat pada power supply komputer.

WARNA WAYARFUNGSI KETERANGAN
Oren +3.3Vdc
Membekal arus terus +3.3V 
Merah +5Vdc
Membekal arus terus +5V 
Putih -5Vdc
Membekal arus terus -5V
Kuning +12Vdc
Membekal arus terus +12V 
Biru -12Vdc
Membekal arus terus -12V 
Hitam GND
Menyediakan laluan untuk arus kembali ke punca bekalan
Coklat +3.3Vdc sense
Disambung ke bekalan arus terus 3.3Vdc (wayar oren). Berfungsi untuk mengesan voltage drop pada bekalan kuasa 3.3Vdc
Ungu +5Vdc standby voltage
Sentiasa membekalkan voltage 5Vdc walaupun power supply dalam keadaan off
Kelabu Penunjuk status 
Disambungkan kepada LED, menunjukkan power supply berfungsi dengan baik
Hijau Power ON
Disambungkan kepada GND untuk menghidupkan power supply

Sambungkan wayar2 power supply seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah di bawah. Apabila suis dihidupkan, lampu LED akan menyala dan anda akan mendapat bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V berkuasa tinggi. Untuk wayar bekalan kuasa 3.3V, 5V dan 12V, pastikan 3 wayar dicantum sebelum penyambung wayar dan gunakan wayar bersaiz besar selepas penyambung wayar supaya wayar tersebut boleh menampung arus yang tinggi.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...