Bekalan Arus Terus 3.3V, 5V dan 12V Berkuasa Tinggi dari Power Supply Komputer

Mei 17, 2010


Sekiranya anda memerlukan bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V pada arus tinggi (melebihi 2A) tanpa mengeluarkan banyak kos, artikel ini berguna untuk anda. Satu set unit power supply berkuasa tinggi yang terdapat di pasaran yang mampu membekalkan arus terus yang tinggi harganya mencecah ribuan ringgit.

Walaubagaimanapun, dengan melakukan sedikit pengubahsuaian pada power supply komputer yang berharga lingkungan RM60, kita boleh mendapatkan bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V yang mempunyai keupayaan sehingga 30A ! Jadual di bawah menunjukkan keterangan setiap wayar yang terdapat pada power supply komputer.

WARNA WAYARFUNGSI KETERANGAN
Oren +3.3Vdc
Membekal arus terus +3.3V 
Merah +5Vdc
Membekal arus terus +5V 
Putih -5Vdc
Membekal arus terus -5V
Kuning +12Vdc
Membekal arus terus +12V 
Biru -12Vdc
Membekal arus terus -12V 
Hitam GND
Menyediakan laluan untuk arus kembali ke punca bekalan
Coklat +3.3Vdc sense
Disambung ke bekalan arus terus 3.3Vdc (wayar oren). Berfungsi untuk mengesan voltage drop pada bekalan kuasa 3.3Vdc
Ungu +5Vdc standby voltage
Sentiasa membekalkan voltage 5Vdc walaupun power supply dalam keadaan off
Kelabu Penunjuk status 
Disambungkan kepada LED, menunjukkan power supply berfungsi dengan baik
Hijau Power ON
Disambungkan kepada GND untuk menghidupkan power supply

Sambungkan wayar2 power supply seperti yang ditunjukkan oleh gambarajah di bawah. Apabila suis dihidupkan, lampu LED akan menyala dan anda akan mendapat bekalan arus terus 3.3V, 5V dan 12V berkuasa tinggi. Untuk wayar bekalan kuasa 3.3V, 5V dan 12V, pastikan 3 wayar dicantum sebelum penyambung wayar dan gunakan wayar bersaiz besar selepas penyambung wayar supaya wayar tersebut boleh menampung arus yang tinggi.


2 ulasan:

MOBYDICK berkata...

Salam ziarah,sebuah blog yang berguna dan banyak munafaat,tahniah buat bro... www.magnetikelektronikandcomputer.blogspot

Tanpa Nama berkata...

habatt alat nie..

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib