Continuous Ink Supply System (CISS)

Mei 03, 2010



CISS adalah satu keadah yang ekonomi pada pencetak deskjet dan semakin popular di kalangan pelajar universiti. Tak perlu lagi tukar katrij, cuma isi semula dakwat bila ianya habis. Sistem ini terdiri daripada set tangki dakwat dan tiub yang disambungkan ke katrij.

Terdapat penutup khas pada set tangki dakwat yang perlu dibuka supaya tekanan udara dapat menolak dakwat masuk ke dalam katrij pencetak. Kalau anda seorang hands-on, boleh la pasang sendiri alat ini. CISS berharga dalam lingkungan RM40-RM70 dan boleh didapati di sini. Manual cara pemasangan ada disediakan.

Tapi kalau anda 'tangan keras', pegang screwdriver pun x tau, boleh la hntr printer anda ke kedai yang menjual CISS. Tapi kene la cari kedai yang boleh pasang CISS dengan baik. Silap kedai, tangki dakwat dan tiub akan tercabut lps beberapa bulan. Harga pemasangan CISS di kedai adalah RM100 - RM200. Harga 1 botol dakwat adalah dalam lingkungan RM15-RM20.

Jadi, sape2 yang rsa sengsara nk tukar katrij printer anda, ini adalah penyelesaiannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib