Kadang2 kita nk kena tau jgk kadar bil elektrik untuk sesuatu peralatan elektrik. Secara mudahnya, semakin tinggi kuasa sesuatu peralatan itu, semakin tinggi kadar bilnya. Kadar bil elektrik sesuatu peralatan elektrik boleh dikira menggunakan formula berikut:
Kadar bil elektrik = (P/1000) x J x H x K
di mana
P adalah kuasa elektrik yang digunakan oleh peralatan elektrik tersebut. Nilai ini boleh diperolehi pada rating label. Label ini biasanya terletak pada bahagian bawah atau belakang alat tersebut. Unit untuk kuasa elektrik adalah Watt (W)
J adalah masa (jam) yang digunakan dalam masa sehari
H adalah bilangan hari yang digunakan dalam masa sebulan
K ialah harga seunit kuasa elektrik. Harga terkini adalah RM0.33 untuk setiap kWj
Contoh:
Sebuah kipas berkuasa 65W digunakan selama 8½ jam setiap hari. Maka, kadar bil elektrik dalam sebulan untuk laptop ini adalah:
= (65/1000) x 8.5 x 30 x 0.33
= RM5.47 sebulan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan