Kipas Semakin Perlahan

Oktober 21, 2010


Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku ? Adakah ia boleh dibaiki ?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas manakala Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling.


Gambar 1: Bentuk biasa kapasitor kipas

Gambar 2: Lokasi kapasitor kipas siling

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru. 

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.



*Saya dapat banyak soalan mengenai kerosakan kipas siling. Klik sini untuk melihat soalan lazim dan jawapan mengenai kerosakan kipas siling.



54 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.
kalau kipas berbunyi2 apa pula masalahnya?
bunyi terlalu kuat seperti burung berkicauan mengganggu tidur.

Tanpa Nama berkata...

kalau bunyi berkicau tu, saudra blh ltk mnyk mesin kat bearing pd kipas tu.

Tanpa Nama berkata...

mmg betul..baru je ganti kapasitor kipas siling..dh laju mcm helikopter

Tanpa Nama berkata...

kat mana ada jual kapasitor tu..tq

Tanpa Nama berkata...

salam

saya ada kipas dinding...tukar kapasitor...dengan ada satu barang tue..lupa...bila on jer arah pusingan dia terbalik...angin keluar ikut belakang....sebelum tue saya tersalah pasang wayer life nagn neutral...ada effect ker....boleh email kat saya untuk pemyelesaian nyer....shuk77@hotmail.com

ZON152 berkata...

Masalah kipas pusing terbalik boleh rujuk di pautan ini: http://zon152.blogspot.com/2011/07/kipas-pusing-terbalik.html

ZON152 berkata...

Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan ataupun kedai yang menjual komponen elektronik

Tanpa Nama berkata...

blh tak kalau kita nak potong wayar kapasitor kipas yang lama dan sambung je dgn wayar kapasitor yang baru?????

ZON152 berkata...

boleh jer, x de masalah...

pelesit budiman berkata...

bro....kipas kat umah dah tak berpusing...kipas ni guna remote thats mean ada PCB part kat dalam kipas ni, dah tukar kapasitor tapi still xde perubahan cume tekan remote tu berbunyi cam biasa je `tit-tit`...spec kapasitor lama 2 farad, 450vac, 50/60hz ditukar dgn yg baru 2.5 farad, 400vac, 50/60Hz macam takder masalah..... tp apa masalahnya ek? kipas baru 1+ thun je usia...pcb nye ok je...!

ZON152 berkata...

Kylephyrie: Anda pasti ke litar PCB nya ok? Kemungkinan besar terdapat komponen elektronik pada PCB tersebut yang rosak. Dapatkan seseorang yang mahir dalam pembaikan peralatan elektronik untuk memeriksa PCB tersebut.

Anie berkata...

Kna cuba ni..dh 3thn kipas siling berbntuk daun berlmpu kt living room kt rumah berpusing cam hdp segan mati xmhu...cukup2 menyampah...nsb baik xbuang kt lombong sbb susah nk jumpa lombong...kl tak dh lama kipas tu tgal arwah... :D terima kasih tuan atas panduan dan perkongsian mklmt..

Tanpa Nama berkata...

salam...nak tmpng tnye,kipas tiba2 x dpt nak pusing knape ekk?pblem ngan kapasitor jgak ker.atau ade mslh lain...

ZON152 berkata...

Tanpa Nama 6/9/11: Byk sebab kenapa kipas tiba2 tidak berpusing, kerosakan kapasitor juga boleh menjadi puncanya. Boleh jadi rosak pada bahagian regulator (pengatur kelajuan). Jjika kipas yang menggunakan remote control, mungkin rosak pada litar elektronik yang terdapat dalam kipas tersebut.

Anie berkata...

Salam tuan, balik keje ptg ni hubby cuba baiki kipas tu, beli kapasitor 2 micro farad, tp bila buka kapasitor asal 1.8 micro farad jer...(blh ker? xeffek pape ker?) tp dh pasang pun, kipas mmg pusing laju...dh ok, ada 3 kelajuan psg no. 2 pon dh ok...seronok sgt, terimakasih byk2 tuan krn dh mnylmtkn kipas sya...:D

ZON152 berkata...

Well done Anie. Seperti yang saya tulis pada artikel di atas, menggantikan kapasitor kipas dengan nilai yang tinggi dari nilai asal akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut.

Walaubagaimanapun, nilai 1.8uF dan 2.0uF tidak jauh beza, jadi saya rsa ia boleh digunakan. Agak sukar utk dapatkan kapasitor 1.8uF di kedai elektrik atau elektronik.

Tanpa Nama berkata...

salam..selain dr kapasitor,adakah regulator blh menjadi penyebab kipas xlaju??kalu tukar kapasitor kipas xlaju jgk?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama 29/9/11: Saya masih belum pernah jumpa lg regulator menjadi punca kipas perlahan.

Walaubagaimanapun, untuk kepastian, tanggalkan regulator tersebut, anda akan nampak 2 wayar.Cantumkan wayar tersebut dan hidupkan suis kipas. Sekiranya kipas tetap perlahan, saya positif ia adalah masalah kapasitor.

gamezking91 berkata...

sangat membantu...sy dah cbe tukar capasitor...n berjaya...thank you very much

azri berkata...

Slm,saya baru saja tkr kapsitor.tp bila pusing regulator 1.2 &3 kipas tak gerak.bila no 4,baru pusing tp lmbab mcm no.1.dan bila no.5. Laju trus.saya ingat regulator yg rosak.so tukar yg baru.dan trus normal.masalah skang regulator juga punca penyebab kipas slow.2bj kpas yg sama.model a*ph*.

ZON152 berkata...

azri: Terima kasih atas maklumat tersebut. Saya rasa regulator yg rosak itu adalah jenis transformer, bukannya jenis elektronik

Tanpa Nama berkata...

saya br tukar kipas siling. bila on je suis kipas bpusing slow sgt. tukar speed kat regulator pun mcm sama je speed dia. slow...padahal kipas baru je beli..kenapa ya

Tanpa Nama berkata...

salam, kipas meja saya mulanya bile on pusing macam biase. x lame tu die off,dan panas kat bhg motor. dalam 15 min die on semula. lepas bbrp ari bile on x hidup langsung, ade bunyi spark kat bhg motor. ape sebabnye? boleh dibaiki @ buang saje ek?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (12 Dis): Tukar kipas siling, regulator tukar sekali x? Kalau regulator pun tukar, tp kipas tetap slow, maknanya ada masalah pd pendawaian. Cari wireman utk membaiki masalah pendawaian.

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (28 Dis):
Itu masalah pada winding motor. Motor kene hntr utk kerja rewinding, tp utk kipas adalah tidak berbaloi utk rewinding kerana kosnya hmpir sama dgn harga baru kipas.

Dicadangkan utk beli kipas baru sahaja.

Tanpa Nama berkata...

Salam, agaknya berapa ek harga kapasistor tu?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (2 Jan): Murah jer, x smpai RM10 pun

Tanpa Nama berkata...

...kipas berdiri kat rumah tiba2 jadi kesat tak mau berpusing..hanya ada bunyi berdengung...lepas sembur anti-rust dlam motor bolehlah berpusing balik dlam seminggu..lepas tu kesat balik...apa penyelesaiannya???..TQ.

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (19 Jan 2012):
Masalah sebegitu biasa berlaku pada kipas berjenama murah kerana ia menggunakan bush bearing, bukannya ball bearing.

Bush bearing amat senang memerangkap habuk, lama-kelamaan habuk menjadi keras dan kipas susah berpusing.

Untuk membaikinya, kene tanggalkan part motor kipas tersebut, bersihkan bush bearing dan shaft motor. Bagi saya tidak berbaloi utk buat kerja pembaikan utk masalah spt ini, sbb kerosakan ini pasti akan berulang lagi.

Saya cadangkan beli sahaja kipas yang baru berjenama baik seperti KDK atau panasonic. Kipas yang mahal biasanya menggunakan ball bearing, jarang berlaku masalah spt ini, jika berlaku pun, semburkan minyak anti-rust pada bearing sudah ok.

Tanpa Nama berkata...

Saya baru tukar kapasitor utk kipas guna remote..2.5uf..400vac..problemnya kalau on no 1 dan 2..sama2 slow..tukar no 3 je, laju sangat la plak...kat mana problemnya ya?? jenis *l*ha....sebelum ni pasang no 3 pon slow..tu yg tukar kapasitor..TQ membantu..

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (14 Mac 2012):
Masalah pada litar receiver dlm kipas tu...

Tanpa Nama berkata...

lngin mencari capasitor Fan ...

GREENLITE ELECTRIC S/B
NO,6A JLN SELASEH INDAH
TMN SELASEH FASA 1
6810O BATU CAVES
SEL D. E

100% BUMIPUTRA

SILA HUBUNGI
ANGAH 0163230154/03-61876399

Tanpa Nama berkata...

salam bro.. nak tanye satu masalah nie. kenapa kipas tak boleh berpusing, nak kena pusing nga tangan baru bleh pusing. kapasitor aku dah tukar.. gna 2uf pnye kapasitor pn sama tetap tak boleh nak start. tlg aku bro.. masalah nie sering membelenggu aku. dah puas aku fkir prob dia. biasa nye lepas aku tkar fius kat dalam motor 2 yg selalu jadi masalah nie..

ZON152 berkata...

Tanpa Nama 29 Mac 2012:
Mungkin coil start dlm motor tu dh putus, beli baru ajelah, rewinding balik motor tu x berbaloi, serupa beli kipas baru jer

NZ-Legasi berkata...

assalamualaikum....saya ada msslah pasl kapastor ni...asal 1.7 uf tp saya tlah mnukarkan kpada 2.5 uf..maybe tggi sgt kot..tp saya tlah bca artikel d atas..x blh mlebihi had yg asal..jdi msalahnyer skrg..kipas saya tlah mnjadi blawann arah stelah 2 mggu tkar kapastor...ape yg plu sya lakukan skrg..hdup tu mmg hdup n bpusing tpi dia blawann arah..jdi angin x rasa..ape plu baiki

ZON152 berkata...

Narbawi: Saya rsa kapasitor tu ada masalah, cuba ganti kapasitor baru 1.7uF, kalau x jumpa boleh guna kapasitor 2uF. Pastikan kapasitor tu bervoltan melebihi 300VAC.

Dlm kipas ada gelung 'start' dan gelung 'run'. Pastikan kapasitor tu dipasang pada gelung 'start'.

Tanpa Nama berkata...

nak tanya.. brand kapasitor apa yang best ? kapasitor CBB60 or CBB61 from china ne bagus ker? kalau kapasito yg best kat aku adalah (SH M) tapi susah nak cari...

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan...3 bln lepas berlaku over voltage di kawasan umah saya dan menyebabkan blackout seluruh rumah kawsan tu..kebetulan 3 kipas siling sedang digunakan..akibat kejadian itu kipas2 langsung tak berfungsi..adakah kipas ini semua boleh dibaiki atau kena beli baru..tq

ZON152 berkata...

Tanpa Nama 23 April 2012: Kipas siling tu kipas biasa atau kipas remote control?

Kalau kipas biasa, rsanya regulator yg control kelajuan kipas yg rosak. Cuba cabut regulator kipas yg ok tu, psg pada kipas yg tak berfungsi tu..

Kalau kipas remote control, biasanya board elektronik dlm kipas tu yg rosak. Kena cari org yg mahir repair board elektronik utk repair.

Brg elektrik yg rosak sbb over voltage biasanya boleh dibaiki.

Tanpa Nama berkata...

rumah saya mengalami ganguan elektrik ,lampu berkelip kelip.apabila diperiksa rupanya ada masalah dengan sambg neutral.hal ini menyebabkn tiga buah kipas tidak berpusing serentak .bila masalah neutral telah di baiki kipas masih tidak jalan.saya cuba letak lampu pada point kipas tu ,lampu tersebut menyala.apa masalah dengan kipas tersebuat.mintak penjelasan tuan......

ZON152 berkata...

Tanpa nama (23 Mei 2012):
Kipas tu kipas biasa atau kipas remote control.

Kalau kipas biasa, kemungkinan besar kapasitornya dh rosak. Kalau kipas remote control, board dia yang rosak.

Bekalan elektrik yang tidak stabil boleh menyebabkan kejadian overvoltage yang boleh merosakkan kapasitor kipas atau board electronic.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tukar kapasitor jenis lain boleh tak? Mcm kapasitor asal jenis bulat, lepas tu tukar kapasitor jenis petak..boleh ke?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (26 Jun 2012):
Boleh asalkan sama nilai farad, sama voltan dan bukan jenis elektrolit (yg ada terminal positif-negatif)

Tanpa Nama berkata...

Salam sifu, dulu kipas siling berlampu rumah saya slow, then satu hari bila pasang terus tendang (3 kali pasang 3 kali tendang). So tadi ada la beli kapsitor 3mf 400v n tukar, kipas boleh jalan balik n nak stat laju, tiba-tiba bau hangit dan tendang, apa pasal ye.... minta pandangan sikit sifu ( kapasitor lama 3mf 450v)

Tanpa Nama berkata...

salam bro... nak tanye masalah nak tukar kapasitor ni kena solder atau sambung wayer mcm biasa sahaje..?? minta penjelasan TQ bro

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (2 Julai 2012):
Ini adalah masalah motor, bukan kapasitor.

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (6 Julai 2012):
Eloknya solder kapasitor tu. Kalau sambung biasa, nnti lama2 sambungan wayar tu terbentuk lapisan oksida. Bila dh ada lapisan ni, arus elektrik x dpat mengalir dgn baik.

Kalau x dpt solder, sambung wayar kapasitor dengan connector.

Tanpa Nama berkata...

thanks..:)..

Tanpa Nama berkata...

baguslah admin blog ni sudi berkongsi pengetahuan, tak kedekut ilmu. aku doa orang macam kau berjaya dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

betul...org x kedekut ilmu nmg layak diterima doa brjaya dunia akhirat.

Tanpa Nama berkata...

info yang sangat berguna. thanks bro! sy bru je tukar benda itam tu & mcm magic kipas terus berpusing mcm biasa...sejukkk dah.

ALaNG berkata...

TERBAEK...semoga tuan tanah dipermudahkan segala urusannya..amin... :)

Unknown berkata...

Baik pulih barangan Eletrik.0132645641
kl lembah klang

Unknown berkata...

Terbaik blog ni. Baru lepas ganti capasitor kipas ceiling. Rm6 per piece, jenis petak, rated 2.2 uF 450V. Capasitor lama jenis bulat 2 uF 350V dah tak jual kat kedai.

Thanks to blog owner and tuan puan punya comments, I've saved hundreds of ringgit from buying new kipas. Semoga murah rezeki to all.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...