Menggabungkan Kapasitor Secara Selari

Mac 28, 2011

0 komen

Sekiranya dua atau lebih unit kapasitor digabungkan secara selari, maka unit kapasitansnya boleh dijumlah begitu sahaja. Rujuk gambar di sebelah. Pengetahuan ini amat berguna sekiranya anda sering terlibat dalam kerja pembaikan peralatan elektrik atau elektronik

Situasi 1
Satu kipas siling didapati tidak berpusing walaupun suis telah dihidupkan. Setelah diperiksa, didapati kapasitor pada kipas tersebut telah rosak. Kapasitor tersebut bernilai 2uF, tetapi pada masa itu anda hanya mempunyai dua unit kapasitor 1uF. Penyelesainnya, sambungkan kedua2 kapasitor 1uF tersebut secara selari. Dengan itu anda telah 'mencipta' kapasitor bernilai 2 uF dan pasangkan ia pada kipas tersebut. 

Situasi 2
Satu monitor komputer LCD didapati tidak menyala. Setelah diperiksa, terdapat satu unit kapasitor 80 uF pada bahagian inverter telah rosak. Kapasitor 80uF biasanya sukar didapati di kedai. Oleh itu, anda boleh menggabungkan kapasitor bernilai 47uF, 22uF dan 10uF (kapasitor pada nilai ini biasa dijual di kedai elektronik) untuk mencipta kapasitor bernilai 79uF. Walaupun tidak mendapat nilai 80uF, tetapi ia masih boleh digunakan.

Menggunakan Power Adapter Boleh Laras

0 komen

Soalan
Saya mempunyai sebuah modem internet 12V 1.6A. Power adapter asal untuk modem ini telah rosak dan saya telah membeli power adapter boleh laras 12V 500mA yang biasa dijual di kedai2 elektrik. Apabila dipasang pada modem tersebut, modem didapati tidak berfungsi. Lampu penunjuk pada modem itu kelihatan malap walaupun adapter tersebut telah dilaras pada 12V . Apakah modem tersebut tidak menerima kuasa secukupnya dari adapter?

Jawapan
Nampaknya anda telah membeli power adapter yang salah. Label pada modem tersebut tertera 12V 1.6A, ini bermakna modem tersebut memerlukan arus setinggi 1.6A pada voltan 12V untuk berfungsi dengan baik. Adapter 12V 500mA hanya mampu membekalkan arus maksimum 0.5A pada 12V. Oleh itu, anda perlu membeli power adapter yang boleh membekalkan voltan 12V dengan kapasiti arus lebih besar dari 1.6A. Pergi ke kedai elektrik atau elektronik yang besar, dapatkan adapter 12V 2A (12V 2A bermaksud arus maksimum yang mampu dibekalkan adalah 2A pada 12V). Saiznya agak besar dan lebih mahal sedikit.

Nota: 500mA = 0.5A

Threadlocker - Mengunci Skru Dari Longgar Akibat Getaran

Mac 21, 2011

1 komen

Sekiranya anda sentiasa bekerja dengan enjin, sistem pembekalan gas/cecair atau sistem yang melibatkan motor/pam yang besar, masalah kejadian skru longgar dan tertanggal sering berlaku. Walaupun skru tersebut telah diikat seketat2nya, beberapa minggu selepas itu, skru tersebut didapati telah longgar.

Perkara ini boleh berlaku adalah kerana sistem2 yang disebutkan di atas sentiasa menghasilkan getaran berfrekuensi tinggi dan ia boleh melonggarkan skru2 yang telah diikat ketat.

Untuk mengatasi masalah ini, terdapat satu produk yang dinamakan 'Threadlocker'. Produk ini adalah seperti gam dan ia perlu dibubuh pada bebenang skru sebelum diikat pada lubang skru. Ia akan membantu bebenang skru melekat dan menghalang skru dari bergerak walaupun terdedah pada getaran frekuensi tinggi.

Produk ini boleh didapati di kedai2 hardware. Juga boleh didapati secara online di lelong.com.my

Bunyi Bergetar Pada Lampu Kalimantang

Mac 19, 2011

6 komen


Sekiranya lampu kalimantang di dalam bilik atau tandas rumah anda berbunyi bergetar apabila dihidupkan, jangan risau. Itu adalah perkara biasa dan tidak mendatangkan apa2 mudarat.

Bunyi itu berpunca daripada choke/ballast yang kurang berkualiti yang terdapat dalam lampu tersebut. Sekiranya anda berasa terganggu, anda boleh menggantikan choke tersebut dengan yang baru.

Pastikan suis utama pada papan agihan telah ditutup, buka casing lampu tersebut dan anda akan mendapati satu komponen seperti gambarah di sebelah ini. Tanggalkan wayar dan skru yang dipasang pada choke tersebut dan gantikan ia dengan yang baru. Pastikan choke baru itu mempunyai cop Sirim.

Melekatkan Suction Cup Mount Pada Cermin Kereta

0 komen



Suction cup mount (gambar di atas) biasa digunakan untuk memegang GPS, Ipad ataupun handphone untuk kegunaan dalam kerata dan ia biasa dilekatkan pada cermin hadapan kereta.

Oleh kerana cermin hadapan kereta sering terdedah kepada cahaya matahari, lama-kelamaan getah pada suction cup tersebut akan mengeras dan ini membuatkan ia tidak melekat dengan sempurna pada cermin kereta.

Apabila ini berlaku, jangan buang suction cup tersebut. Cuba basahkan cup tersebut dengan sedikit air, maka anda akan dapati ia boleh melekat dengan baik pada cermin kereta anda.

Selamat mencuba...

Unit Bacaan Radiasi

Mac 18, 2011

0 komen

Unit bacaan radiasi diukur dalam unit miliSievert (mSv). Jadual di bawah menunjukkan aplikasi, insiden dan  kesan bacaan radiasi pada manusia. 

Aplikasi / Insiden / Kesan radiasi pada manusia
Bacaan radiasi (mSv)
Mati dalam masa seminggu
10,000
Mati dalam masa sebulan (Bacaan yang dicatatkan di loji Chernobyl selepas meletup pada 1986)5,000 ~ 6,000
Berasa mual, bilangan sel darah putih menurun, tidak menyebabkan kematian
1,000.00
Boleh mengakibatkan kanser
1,000.00
Bacaan yang dicatatkan di loji Fukushima pada 15 Mac 2011
400.00
Bacaan radiasi pada penduduk Chernobyl yang dipindahkan selepas letupan di loji Chernobyl pada 1986)
350.00
Had pendedahan radiasi maksimum yang dibenarkan untuk pekerja di loji nuklear
100.00
Boleh menyebabkan kemandulan
100.00
Bacaan radiasi semasa  CT (Computed Tomography) scan pada bahagian jantung
16.00
Bacaan radiasi semasa  CT (Computed Tomography) scan pada bahagian abdomen dan pelvis
15.00
Bacaan radiasi semasa  CT (Computed Tomography) scan pada keseluruhan badan
10.00
Radiasi semulajadi
2.00
Bacaan radiasi semasa  CT (Computed Tomography) scan pada bahagian kepala
2.00
Bacaan radiasi semasa  CT (Computed Tomography) scan pada tulang belakang
1.50
Bacaan radiasi yang dicatat sekitar loji Fukushima pada 12 MAc 2011 (sebelum meletup)
1.02
Bacaan radiasi semasa  pemeriksaan mamogram (pemeriksaan payudara)
0.40
Bacaan radiasi semasa  CT (Computed Tomography) scan pada bahagian dada
0.10

Helaian Log Penyelenggaraan Kereta

0 komen




Helaian ini berguna untuk merekodkan penyelenggaraan berkala untuk kereta anda. Dengan itu, anda boleh merancang untuk membuat penyelenggaraan yang sepatutnya. Jadual ini menyediakan maklumat penting iaitu tarikh servis,  tempat servis, kilometer, butir penyelenggaraan dan kos. Klik pautan di bawah ini untuk muaturun.

Muaturun versi bahasa Inggeris

Penerangan Krisis Loji Nuklear Di Jepun

0 komen

Pusat gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang berlaku pada 11 Mac 2011 berhampiran perairan laut Jepun telah mendatangkan bencana yang besar kepada Jepun. Pergerakan plat tektonik di dasar laut telah mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter memusnahkan sebahagian besar kawasan pantai timur Jepun.

Selain melibatkan jumlah korban jiwa yang besar, tsunami itu juga telah memberi kesan kepada loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear di Fukushima. Artikel ini adalah untuk memberi gambaran mudah tentang kejadian yang berlaku di loji nuklear ini dan mengapa seluruh dunia lebih menumpukan perkara ini berbanding memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa tsunami.


Kejadian tsunami telah menyebabkan sistem penyejukan reaktor (tangki) nuklear gagal berfungsi. Dilaporkan bahawa generator diesel yang akan memberikan bekalan elektrik alternatif kepada sistem penyejukan reaktor nuklear apabila ketiadaan bekalan elektrik utama tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Ini telah menyebabkan reaktor nuklear mengalami kepanasan melampau dan menyebabkan letupan.

Letupan ini berlaku apabila reaktor tidak lagi dapat menahan tekanan haba yang dijana dalam reaktor nuklear. Reaktor akan merekah/pecah dan sinaran radioaktif akan terbebas ke persekitaran. Apa yang dibimbangi adalah debu2 radioaktif telah terbebas ke udara dan ini akan mengganggu kehidupan manusia. Sinaran radioaktif boleh menyebabkan kanser toroid pada manusia dan sekiranya debu ini terkena air hujan, ia akan mencemarkan tanah, tumbuhan, air dan haiwan dan ini akan boleh menjejaskan rantaian makanan manusia.

Di dalam reaktor nuklear, terdapat rod pengawal yang berfungsi untuk mengawal dan menghentikan tindakbalas nuklear. Dalam kejadian ini, tindakbalas nuklear telah dihentikan tetapi rod pengawal tersebut masih lagi mempunyai haba yang tinggi dan sistem penyejukan diperlukan untuk menyejukkan rod tersebut. Oleh kerana sistem penyejukan gagal berfungsi, operator2 loji dan pihak tentera telah mengepam dan mencurah air laut ke reaktor samada dari darat dan udara (menggunakan helikopter), tetapi masih tidak berjaya menyejukkan rod pengawal tersebut. Akhirnya, rod pengawal telah mencair dan membocorkan bahagian bawah reaktor. Kejadian ini dirujuk kepada 'partially nuclear meltdown'. Terdapat 6 buah loji nukluar di Fukushima, dan setakat ini 4 buah loji telah dilaporkan meletup dan 3 daripadanya telah pun mengalami 'partially nuclear meltdown'.

Pada bahagian bawah reaktor nuklear terdapat ruang tertutup yang akan menampung rod pengawal yang telah cair dan membocorkan dasar reaktor nuklear. Sekiranya dasar ruang ini ditembusi juga oleh rod pengawal yang cair itu, maka radiasi akan terbebas dan mencemarkan kawasan persekitaran dalam lingkungan 20 km. Keadaan ini dirujuk kepada 'completely nuclear meltdown'. Tempat tersebut tidak lagi selamat diduduki dalam jangkamasa yang lama. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...