Penerangan Krisis Loji Nuklear Di Jepun

Mac 18, 2011


Pusat gempa bumi berukuran 8.9 skala Richter yang berlaku pada 11 Mac 2011 berhampiran perairan laut Jepun telah mendatangkan bencana yang besar kepada Jepun. Pergerakan plat tektonik di dasar laut telah mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter memusnahkan sebahagian besar kawasan pantai timur Jepun.

Selain melibatkan jumlah korban jiwa yang besar, tsunami itu juga telah memberi kesan kepada loji penjanaan elektrik berkuasa nuklear di Fukushima. Artikel ini adalah untuk memberi gambaran mudah tentang kejadian yang berlaku di loji nuklear ini dan mengapa seluruh dunia lebih menumpukan perkara ini berbanding memberi bantuan kemanusiaan kepada mangsa tsunami.


Kejadian tsunami telah menyebabkan sistem penyejukan reaktor (tangki) nuklear gagal berfungsi. Dilaporkan bahawa generator diesel yang akan memberikan bekalan elektrik alternatif kepada sistem penyejukan reaktor nuklear apabila ketiadaan bekalan elektrik utama tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Ini telah menyebabkan reaktor nuklear mengalami kepanasan melampau dan menyebabkan letupan.

Letupan ini berlaku apabila reaktor tidak lagi dapat menahan tekanan haba yang dijana dalam reaktor nuklear. Reaktor akan merekah/pecah dan sinaran radioaktif akan terbebas ke persekitaran. Apa yang dibimbangi adalah debu2 radioaktif telah terbebas ke udara dan ini akan mengganggu kehidupan manusia. Sinaran radioaktif boleh menyebabkan kanser toroid pada manusia dan sekiranya debu ini terkena air hujan, ia akan mencemarkan tanah, tumbuhan, air dan haiwan dan ini akan boleh menjejaskan rantaian makanan manusia.

Di dalam reaktor nuklear, terdapat rod pengawal yang berfungsi untuk mengawal dan menghentikan tindakbalas nuklear. Dalam kejadian ini, tindakbalas nuklear telah dihentikan tetapi rod pengawal tersebut masih lagi mempunyai haba yang tinggi dan sistem penyejukan diperlukan untuk menyejukkan rod tersebut. Oleh kerana sistem penyejukan gagal berfungsi, operator2 loji dan pihak tentera telah mengepam dan mencurah air laut ke reaktor samada dari darat dan udara (menggunakan helikopter), tetapi masih tidak berjaya menyejukkan rod pengawal tersebut. Akhirnya, rod pengawal telah mencair dan membocorkan bahagian bawah reaktor. Kejadian ini dirujuk kepada 'partially nuclear meltdown'. Terdapat 6 buah loji nukluar di Fukushima, dan setakat ini 4 buah loji telah dilaporkan meletup dan 3 daripadanya telah pun mengalami 'partially nuclear meltdown'.

Pada bahagian bawah reaktor nuklear terdapat ruang tertutup yang akan menampung rod pengawal yang telah cair dan membocorkan dasar reaktor nuklear. Sekiranya dasar ruang ini ditembusi juga oleh rod pengawal yang cair itu, maka radiasi akan terbebas dan mencemarkan kawasan persekitaran dalam lingkungan 20 km. Keadaan ini dirujuk kepada 'completely nuclear meltdown'. Tempat tersebut tidak lagi selamat diduduki dalam jangkamasa yang lama. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...