Bunyi Bergetar Pada Lampu Kalimantang

Mac 19, 2011



Sekiranya lampu kalimantang di dalam bilik atau tandas rumah anda berbunyi bergetar apabila dihidupkan, jangan risau. Itu adalah perkara biasa dan tidak mendatangkan apa2 mudarat.

Bunyi itu berpunca daripada choke/ballast yang kurang berkualiti yang terdapat dalam lampu tersebut. Sekiranya anda berasa terganggu, anda boleh menggantikan choke tersebut dengan yang baru.

Pastikan suis utama pada papan agihan telah ditutup, buka casing lampu tersebut dan anda akan mendapati satu komponen seperti gambarah di sebelah ini. Tanggalkan wayar dan skru yang dipasang pada choke tersebut dan gantikan ia dengan yang baru. Pastikan choke baru itu mempunyai cop Sirim.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam...lampu kalimantan tu boleh cabut wayar tanpa OFF suis utama?

ZON152 berkata...

kene off suis utama pada kotak papan agihan utk keselamatan...saya telah betulkan artikel di atas

Tanpa Nama berkata...

bahaya tak kalau cahaya lampu kalimantan ni warna kuning??
saya tersalah beli..huhu.mse beli tak check pun..bila dh pasang kt bilik, tetibe chye warna kuning..(0.o)

ZON152 berkata...

Anda sudah terbeli lampu kalimantang jenis warm white. Ia akan mengeluarkan warna kuning, tp tidak merbahaya pun.

Untuk lampu kalimantang cahaya putih,gunakan jenis cool white atau daylight.

Tanpa Nama berkata...

bro..klu ade cara2 nak pasang lampu kalimantang ni pon elok gak..kire membantu jugak le pada mereka yg baru nak balaja ni...:-)

Aila Fadhila berkata...

Spe kata bunyi bergetar tu x memudaratkan..? Ianya boleh menyebabkan penyakit kpd emosi dan gegendang telinga.. Annoying sgt bunyi tu.. Hahahah

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...