Papan Agihan Sistem Bekalan Elektrik di Rumah (Satu Fasa)

Jun 04, 2010




Gambar di atas menunjukkan kotak agihan (Distribution Board - DB) sistem bekalan elektrik 1 fasa. Ia biasanya terdapat di rumah2 teres, rumah Semi-D dan rumah2 di kampung.

Suis utama
Berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah. Ada rumah yang menggunakan fius menggantikan suis utama.

RCD (Residual Current Device)
Kadangkala dikenali sebagai RCCB (Residual Current Circuit Breaker) atau ELCB (Earth Leakage Circuit Breaker). Alat ini merupakan alat paling penting kerana ia melindungi anda dari renjatan elektrik dan peralatan elektrik dari voltan tinggi akibat kilat.

Kapasiti RCD yang sering digunakan adalah 40A dan 63A yang mempunyai kepekaan 100mA atau 300mA.

MCB (Miniature Circuit Breaker)
Disambung kepada pendawaian soket plug dan pendawaian lampu/kipas. Ia berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik sekiranya arus elektrik yang tinggi melebihi kapasiti MCB.

Arus tinggi berlaku disebabkan berlaku litar pintas antara wayar live dan wayar neutral ataupun penggunaan peralatan elektrik yang terlalu banyak.

Kapasiti MCB yang selalu digunakan adalah
  • 6A (untuk pendawaian lampu/kipas)
  • 20A (untuk pendawaian soket plug)
  • 32A  (untuk pendawaian soket plug)
Untuk mengetahui panduan merekabentuk sistem pendawaian satu fasa di rumah, klik di sini.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

camner sistem pndawaian DB 3 phase berfungsi.....

Tanpa Nama berkata...

dia lebih kurang sama je mcm 1 phase cuma dia ada 3 phase , maksudnya kalau ada litar pintas berlaku 1 phase , 2 lagi masih on x mcm 1 phase semua off

Tanpa Nama berkata...

apa prosedur yg prlu diambil semasa menggantikan/mengubahsuai DFB bagi memastikan tiada arus elektrik mengalir ke DFB?

Tanpa Nama berkata...

cabut je cut out meter diluar rumah sebelum jalankkan kerja pengubahsuaiaan

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...