Lampu Kalimantang: Siang OK, Malam Kelip-kelip

Mei 20, 2010


Pernahkah lampu kalimantang di rumah anda jadi seperti ini; siang berfungsi dengan baik, tetapi apabila malam, lampunya berkelip2.

Terdapat dua sebab lampu kalimantang menjadi seperti itu:

1. Penggunaan choke yang berkuasa rendah dari sepatutnya
Contohnya penggunaan choke 32W untuk tiub kalimantang panjang, atau penggunaan choke 16W untuk tiub kalimantang pendek.

Choke 32W (untuk tiub panjang) atau choke 16W (untuk tiub pendek) sememangnya boleh digunakan untuk menyalakan lampu kalimantang dengan syarat mendapat voltan yang mencukupi. Tetapi pada waktu malam, voltan di rumah biasanya akan menjadi rendah sedikit, oleh itu choke tidak dapat menjana voltan permulaan yang mencukupi untuk menyalakan lampu.

Gantikan choke tersebut dengan choke 36W (untuk tiub panjang) atau choke 18W (untuk tiub pendek).

2.  Nilai faktor kuasa rendah pada choke
Sekiranya anda dapati lampu kalimantang tersebut menggunakan choke 36W atau 18W tetapi lampu masih tidak dapat dinyalakan pada waktu malam, ini menunjukkan choke tersebut mempunyai faktor kuasa yang rendah (kurang dari 0.5). Faktor kuasa yang rendah menyebabkan kuasa tidak dapat dihantar sepenuhnya kepada lampu.

Terdapat beberapa cara untuk membaiki lampu kalimantang tersebut;
  • Memasang kapasitor seperti gambarajah di bawah. Kapasitor akan meninggikan nilai faktor kuasa dan lebih kuasa dapat dihantar ke lampu kalimantang.

  • Menggantikan choke/ballast yang mempunyai faktor kuasa yang lebih tinggi (nilai faktor kuasa biasanya tertera pada choke/ballast) ataupun yang mempunyai cop Sirim
  • Menggantikan choke/ballast kepada jenis elektronik. Tetapi ini memerlukan perubahan pada pendawaian dalam lampu kalimantang. Rujuk sini untuk pendawaian choke/ballast elektronik.

    2 ulasan:

    oPiE iSa berkata...

    Nak tnya smthing. Act sy ni keje kedai hardware, tp bile pasang lampu fluorescent guna wire 3core, wire earth mmg tak gune ke? yela, memandangkan ballast or choke tu ade 2 unit je nak kena cucuk kan.
    ktorang just selitkan je wire tu then customer marah tny 'apa function wire earth klo tak connect kat mane2 kan?'

    boleh tolong tak...

    ZON152 berkata...

    opie isa:
    Rujuk pautan ini
    http://zon152.blogspot.se/2012/05/fungsi-wayar-bumi-pada-lampu.html

    Catat Ulasan

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Arkib