Lampu Kalimantang LED

Mei 20, 2010


Sebuah syarikat di Melaka, LED Vision Sdn Bhd kini mengeluarkan lampu kalimantang LED sebagai alternatif menggantikan lampu kalimantang biasa.

Produk utama syarikat ini adalah lampu kalimantang LED berkuasa 18W (AdvanLED ECO Tube)  yang mempunyai kecerahan setara dengan lampu kalimantang biasa berkuasa 40W.

Selain menjimatkan tenaga sehingga 50%, kelebihan lampu kalimantang LED adalah;
  • kurang mengeluarkan haba
  • tiada penggunaan merkuri (merkuri berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu kalimantang LED mudah dilupuskan
  • tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • tidak mengeluarkan bunyi
  • jangka hayat lebih lama - sehingga 50,000 jam!
  • menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu kalimantang biasa yang berkelip-kelip ketika mula dihidupkan
Walaubagaimanapun, lampu kalimantang LED mempunyai kecapahan cahaya 120o berbanding lampu kalimantang biasa yang mempunyai kecapahan cahaya 360o. Oleh itu, bahagian siling akan kelihatan gelap sekiranya lampu ini digunakan. 

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan antara lampu kalimantang LED (AdvanLED ECO Tube) dan lampu kalimantang biasa.



Harganya RM180 seunit, berbaloi dengan penjimatan 50% dan jangka hayat 50,000 jam.

Selain itu, syarikat ini juga mengeluarkan mentol, lampu limpah dan lampu spotlight menggunakan teknologi LED. Rujuk sini untuk maklumat lanjut.

Dapatkan helaian PDF tentang cara kerja lampu kalimantang dengan ballast magnetik di sini

4 ulasan:

www.teknologiladangwalit.blogspot berkata...

saya sedang mencari lampu unt dipasang di LUAR rumah burung walit, kena water proof. boleh comment sikit

Admin ZON152 berkata...

Untuk kegunaan luar, biasanya lampu yang digunakan adalah jenis weatherproof.

Lampu waterproof biasanya adalah untuk kegunaan pencahayaan dalam air.

Lampu weatherproof bukan sahaja kalis air, malah lasak terhadap perubahan cuaca.

Anda boleh memasang lampu kalimantang yang dilengkapi dengan weatherproof casing. Untuk lebih terang, boleh juga gunakan lampu limpah (floodlight) tetapi ini akan meningkatkan penggunaan bil elektrik anda.

Lampu kalimantang LED tidak sesuai utk kegunaan luar kerana sifat cahayanya yang menumpu.

huda rahmat berkata...

Saya sedang mencari lampu yg cekap tenaga utk pemasangan dalam rumah . Boleh komen jenis apa yg sesuai?

ZON152 berkata...

huda rahmat:
Lampu yang paling jimat tenaga ketika ini adalah lampu LED, tetapi lampu jenis ini masih mahal dan sukar didapati.

Gunakan lampu kalimantang kompak ataupun lampu kalimantang tiub panjang/pendek yang menggunakan electronic ballast yg berkualiti tinggi

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib