Penggunaan Choke/Ballast Elektronik pada Lampu Kalimantang

Mei 20, 2010


Penggunaan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di dalam rumah mungkin agak asing di kalangan orang awam, tetapi ia sekarang telah digunakan meluas pada lampu jalan dan peralatan elektrik yang berkualiti tinggi. Walaupun harga ballast elektronik agak mahal, tetapi ia menjanjikan kecekapan yang tinggi penjimatan tenaga elektrik sehingga 40% dan  ini akan dapat menampung kos pembelian tersebut.

Ballast elektronik boleh dipasang pada lampu kalimantang di rumah. Secara umumnya, litar lampu kalimantang adalah seperti gambarajah di bawah. (Nota: Tanpa kapasitor, lampu kalimantang masih boleh berfungsi)


Sekiranya ballast elektronik digunakan, pendawaian lampu kalimantang hendaklah diubah seperti gambarajah di bawah


Kelebihan menggunakan ballast elektronik adalah;
  •  Choke/ballast elektronik mempunyai nilai faktor kuasa yang tinggi (lebih kurang 0.95), oleh itu kurang menggunakan arus elektrik untuk menghidupkan tiub kalimantang dan ini akan memanjangkan jangka hayat pendawaian lampu.
  • Kurang  lesapan kuasa pada ballast elektronik, ini akan menyumbang kepada penjimatan bil elektrik
  • Lampu tidak berkelip2 semasa dihidupkan
  • Tiada bunyi berdengung semasa lampu menyala
  • Siaran TV atau radio tidak terganggu semasa lampu dihidupkan
  • Tiada penggunaan starter
  • Memanjangkan jangkahayat tiub kalimantang
Kelebihan2 yang disenaraikan di atas hanya boleh diperolehi pada ballast elektronik yang mahal dan berkualiti tinggi. Ballast elektronik yang dijual di kebanyakkan kedai2 elektrik atau pasaraya2 tertentu (biasanya harga di bawah RM10) mempunyai beberapa kelemahan iaitu:
  • Mempunyai nilai faktor kuasa yang rendah (dalam lingkungan 0.6) dan nilai ini tidak boleh diperbaiki dengan meletakkan kapasitor seperti dalam pendawaian lampu kalimantang menggunakan ballast magnetik.
  • Ia akan memjana arus hormonik dan ini boleh merendahkah nilai Total Harmonic Distortion (THD) pada bekalan kuasa elektrik. Nilai THD yang terlalu rendah akan menjejaskan peralatan elektrik yang lain untuk berfungsi dengan baik
  • Direka untuk kegunaan lampu di dalam rumah. Oleh itu ia tidak sesuai digunakan untuk lampu kalimantang di luar seperti lampu di gelanggang sukan.
Walaubagaimana, anda boleh menggunakan ballast elektronik untuk lampu kalimantang di rumah untuk menikmati kadar penjimatan bil elektrik. Kesan akibat nilai faktor kuasa dan THD yang rendah tidak memberi kesan yang ketara kepada pengguna.

9 ulasan:

Sh@MytO iDi berkata...

Salam..
sedikit keraguan, harap dapat membantu saya..

Jika kita menggunakan lampu kalimantang fluorescent T8 36W bersama electronic ballast,
berapakah power consumption untuk lampu ini?

Adakah 36Watt?
@
36Watt + Watt (Ballast)?

Adakah sebarang Akta di Malaysia dapat dirujuk untuk membuktikan pengiraan ini?

Harap dapat sedikt penerangan, TQ

Sh@MytO iDi berkata...

TQ for the response..

but mana boleh saya refer the W for e-ballast tu yer?

BadN berkata...

Power consumption utk 1 set lampu kalimantang, P=P(lampu)+P(ballast)

Utk lampu kalimantang 36W, P(lampu)=36W
Utk magnetic ballast, P(ballast)=5W (anggaran)
Utk electronic ballast, P(ballast)=2W (anggaran)

Oleh itu, power consumption lampu kalimatang yg menggunakan electronic ballast,P=36W+2W=38W

Spnjang pengetahuan saya, tiada akta di Malaysia mengenai pengiraan di atas

BadN berkata...

Nilai P(ballast) biasanya ada tertera pada ballast tersebut ataupun pada datasheet...sekiranya tiada, anda perlu buat eksperimen sendiri

Sh@MytO iDi berkata...

Saya terjumpa di internet,

Power Consumption for T8 Flo tube = Watt (Lamp) * (1/efficiency) of e-ballast.

Pada label e-ballast, tercatat efficiency = 0.95.

Jadi,
Power Consumption = 36 * (1/0.95) = 37.89 ~ 38Watt

Adakah formula ini boleh diguna pakai?

BadN berkata...

Ya..boleh

Efficiency=(Kuasa output)/(Kuasa input)=(Power consumption utk 1 set lampu)/(kuasa yang digunakan oleh lampu kalimantang)

Tanpa Nama berkata...

apa perbezaan stater s2 dan s10?
kenapa s2 tidak boleh digunakan pada ballast 36w?

ZON152 berkata...

Starter S2 adalah untuk lampu kalimatang berkuasa 4W-22W manakala starter S10 direka untuk lampu kalimantang 25W-65W. Terdapat juga starter S10 yang direka untuk lampu 4W-65W.

Tanpa Nama berkata...

salam...S2 untuk litar siri.maaf kalau silap.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib