Menghidupkan Lampu Kalimantang Dengan Bateri 12V

Mei 20, 2010


Kita biasa ternampak para peniaga di pasar2 malam menghidupkan lampu kalimantang dengan menggunakan bateri kereta 12V. Mungkin ada antara kita yang tertanya bagaimana lampu kalimantang yang memerlukan bekalan voltan 240V boleh dihidupkan dengan bateri kereta yang bervoltan 12V sahaja.

Sebenarnya mereka telah menggantikan litar elektrik lampu kalimantang tersebut menggunakan electronic ballast 12V. Alat ini akan menukarkan voltan arus terus 12V ke voltan tinggi arus ulang alik pada frekuensi tinggi.

Gambar di bawah menunjukkan litar elektrik lampu kalimantang yang biasa.


Untuk membolehkan lampu kalimantang dapat dihidupkan dengan menggunakan bateri 12V, tiub kalimantang hendaklah disambungkan dengan electronic ballast sahaja seperti gambarajah di bawah.



Electronic ballast 12V boleh didapati di kedai2 elektrik ataupun pasaraya2 tertentu seperti Mydin. Harganya tidak melebihi RM10.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

info yang bagus sekali...

Tanpa Nama berkata...

berapa harga electronic ballast?

Admin ZON152 berkata...

Biasanya bawah RM10

Macam-macam ada.. berkata...

boleh tak guna satu ballast & 1 starter untuj dua lampu kalimantang pendek?

Tanpa Nama berkata...

FAIZ:SEBENARNYA BOLEH HIDUPKAN 2UNIT LAMPU KALIMANTANG 18WATT ,MNGUNAKAN 1 CHOCK 36WATT DAN 2 UNIT STATER S2...

Tanpa Nama berkata...

Adakah kecerahan lampu tetap sama seblm dan selps ballast ditukar? Bagaimanakh utk mengetahui samaada ballast yg dpilih sesuai dgn lampu?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (4 Ogos): Sekiranya voltan bateri cukup 12V, anda akan dapat kecerahan yang sama. Label pada ballast akan memberitahu samada ia dipasang perlu dipasang pada lampu 40W atau 20W

hasbullahrameli berkata...

sy nak tanya.....electronic ballast akan tukar 12vdc ke 240vac kn?adakah output 240vac yg dihasilkan tu boleh digunakan untuk menghidupkan tv,radio atau apa shj alatn elektrik yg lain?

ZON152 berkata...

hasbullahrameli: Tidak boleh, arus yang dikeluarkan oleh electronic ballast terlalu kecil untuk menghidupkan peralatan elektrik seperti radio, tv dll...

Tapi anda boleh guna inverter 12V ke 240V. Inverter berkuasa 60W mampu menjalankan sebuah kipas elektrik meja. Inverter 1000W boleh menghidupkan sebuah tv. Semakin tinggi watt inverter, makin cepat bateri 12V habis

azirock berkata...

la senang je rupanya........terima kasih atas info...teruskan usaha murni anda ni

jerung16 berkata...

saya menggunakan mentol 12v yang memerlukan bateri 12v untuk dihidupkn...namun ia tidak cukup terang walaupun dua biji mentol dihidupkn...adakah apa2 cara untuk saya menguatkn lg pengaliran elektrik ke mentol supaya cahayanya lebih terang?

ZON152 berkata...

jerung16: lampu tidak terang menunjukkan bateri tidak dapat membekalkan arus yang mencukupi...mungkin kerana saiz bateri tidak cukup besar ataupun bateri tidak dicas sepenuhnya...bateri jenis apa yang anda gunakan?

Tanpa Nama berkata...

kalau guna bateri motorsikal pada lampu kalimantang yg dah dipasang elektronik ballast boleh menyala tak lampu? bateri motor yg baru dibeli perlu dicas dulu ke ?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (8 Dis): kalau mau guna bateri motor, kene guna 2 biji sambung secara sesiri utk dpt 12V...bateri kene cas penuh utk dptkan cahaya terang

Tanpa Nama berkata...

kalau menggunakan sel kering macam mana? bateri 1.5 volt disambungkan secara siri.adakah lampu akan menyala.

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (7 Feb 2012): Akan menyala juga tp sekejap sahaja. Bateri 1.5V tidak mempunyai kapasiti arus yang tinggi.

Tanpa Nama berkata...

tumpang tanya..lampu jenis ape digunakan di dalam peti sejuk dan lampu pada bayi baru lahir di hospital?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (8 Feb 2012):
Lampu yg digunakan dlm peti sejuk adalah lampu pijar, biasanya berkuasa 15W dan boleh didapati di kedai elektrik atau pasaraya besar.

Lampu yg digunakan pada bayi yg baru lahir adalah lampu jenis kalimantang yg telah direka untuk mengeluarkan cahaya ultraungu yg boleh merawat penyakit kuning pada bayi.

Tanpa Nama berkata...

selain dari bateri basah (motor or kereta) apakah jenis bateri yang lain boleh digunakan?

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (8 Feb 2012):
Boleh guna bateri pek nickel-cadmium 12V (bateri yg sering diguna pada kereta remote control)

Tanpa Nama berkata...

boleh tak guna electronik ballast yg 40w untuk lampu yang pendek..

ZON152 berkata...

Tanpa Nama 19 Mac 2012:
Ada electronic ballast yg boleh boleh digunakan utk menyalakan kedua2 jenis lampu kalimantang 20W dan 40W.

Ada juga electronic ballast khas utk lampu 20W sahaja. Kena tnya pada penjual sblm beli.

Tanpa Nama berkata...

Nk tnye.. Mentol pendaflor ade brape jenis? Ad dc n ac gak ke??

Tanpa Nama berkata...

info yang bagus,, terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Beli 2 bateri saja klu nak niaga.1lagi stndby klu bateri habis.sama mcm tong gas.
Nice sharing bro.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib