Memaparkan catatan dengan label Mekanikal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mekanikal. Papar semua catatan

Tangki VIE (Vacuum Insulated Evaporator)

Mac 17, 2012

1 komen

Sekiranya anda berpeluang berjalan di sekitar halaman hospital besar ataupun kilang semikonduktor, anda mungkin boleh ternampak sebuah tangki besar dan tinggi berwarna putih seperti ditunjukkan pada gambar foto di sebelah ini (Klik pada gambar untuk besarkan). Apakah sebenarnya tangki ini?

Tangki ini dinamakan tangki VIE (Vacuum Insulated Evaporator). Di hospital, tangki ini digunakan untuk menyimpan cecair oksigen manakala di kilang semikonduktor pula, tangki ini digunakan untuk menyimpan cecair nitrogen ataupun argon. Oksigen digunakan untuk merawat pesakit manakala nitrogen atau argon digunakan dalam penghasilan komponen elektronik.

Bagaimana Sistem Penyejukan Berfungsi?

Januari 07, 2012

3 komen

Sistem penyejukan kini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Penghawa dingin dan peti sejuk adalah contoh aplikasi sistem penyejukan.

Sistem penyejukan berfungsi berdasarkan sifat fizik gas/udara. Mengikut Hukum Gay-Lussac, sekiranya tekanan gas meningkat, suhu gas tersebut juga turut meningkat. Begitu juga sebaliknya, sekiranya tekanan gas rendah, suhu udara turut menjadi rendah.

Sebagai contoh, gas/udara yang terperangkap dalam picagari dengan muncung picagari tertutup. Sekiranya omboh picagari ditekan ke dalam, maka tekanan gas akan menjadi tinggi dan seterusnya suhu gas juga akan meningkat. Jika omboh picagari tersebut ditarik ke luar, maka gas berada dalam bertekanan vakum dan seterusnya menurunkan suhu gas tersebut.

Walaubagaimanapun, untuk digunakan dalam sistem penyejukan, suhu gas patut berada pada suhu negatif apabila gas berada pada tekanan rendah atau tekanan vakum. Oleh itu, gas yang dipanggil refrigerant dicipta untuk digunakan dalam sistem penyejukan. Suhu refrigerant ini sangat sentitif kepada tekanan. Sekiranya refrigerant berada dalam tekenan rendah atau tekanan vakum, suhu refrigerant akan menurun sehingga ke nilai negatif.

Gas refrigerant (kadang-kala disebut gas freon) adalah gas kimia yang mempunyai gabungan atom karbon, klorin dan flouorin. Jenis gas refrigerant yang terdapat di pasaran kini adalah seperti R12, R22, R143, R401 dan R501.  Gas R12 dan R22 telah mula dihentikan penggunaannya kerana ia menyumbang kepada penipisan ozon bumi.

Secara asasnya sistem pengejukan terdiri daripada 4 komponen asas iaitu pemampat, gelung penyejat,  gelung pemeluwap dan injap pengembangan. Keempat-empat komponen ini disambung antara satu sama lain menggunakan paip logam yang diisi dengan refrigerant. Rujuk gambar di bawah ini.


Fungsi-fungsi komponen sistem penyejukan adalah:
Pemampat
Menyedut refrigerant dari gelung penyejat dan kemudian memampatkannya ke gelung pemeluwap. Pemampat biasanya digerakkan oleh motor elektrik yang memerlukan kuasa elektrik yang tinggi untuk menggerakkan pemampat ini. Pemampat biasanya dikawal oleh thermostat yang mengukur suhu udara bilik. Sekiranya suhu bilik telah cukup sejuk, thermostat akan mematikan pemampat.

Gelung penyejat
Bentuknya seperti radioator kereta, terdiri daripada gelungan paip tembaga atau aluminium yang dilitupi dengan sirip aluminium yang dipasang rapat. Gelung penyejat berfungsi untuk menyerap haba udara yang ditiup masuk oleh kipas. Udara yang keluar dari gelung penyejat adalah udara sejuk.

Gelung pemeluwap
Bentuknya seperti radioator kereta, terdiri daripada gelungan paip tembaga atau aluminium yang dilitupi dengan sirip aluminium yang dipasang rapat. Gelung pemeluwap berfungsi untuk mengurangkan suhu refrigerant yang sedang berada pada tekanan tinggi selepas keluar dari pemampat.

Injap pengembangan
Berfungsi untuk menukarkan tekanan refrigerant dari tekanan tinggi ke tekanan rendah dengan mengehadkan laluan refrigerant ke gelung penyejat. Ideanya sama seperti paip air rumah, sekiranya pili paip dibuka sedikit sahaja, hanya sedikit sahaja air yang keluar walaupun tekanan air dalam salur paip adalah tinggi.

Cara kerja sistem penyejukan pula adalah seperti berikut:
  1. Sebaik sahaja pemampat dihidupkan, ia akan menarik menyedut refrigerant dari gelung penyejat dan memampatkannya ke gelung pemeluwap. 
  2. Suhu gelung penyejat akan menjadi sejuk manakala gelung pemeluwap pula akan menjadi panas
  3. Kipas pada gelung penyejat menarik udara luar ke gelung dan udara sejuk terhasil.
  4. Kipas pada gelung pemeluwap menarik udara luar ke mengurangkan suhu refrigerant dalam gelung.
  5. Refrigerant bertekanan tinggi yang keluar dari gelung pemeluwap akan bertukar menjadi refrigerant bertekanan rendah.
  6. Apabila suhu bilik telah cukup sejuk, thermostat akan mematikan pemampat.
  7. Apabila suhu bilik naik melebihi tahap sejuk yang dikehendaki, thermostat akan menghidupkan pemampat semula.

Threadlocker - Mengunci Skru Dari Longgar Akibat Getaran

Mac 21, 2011

1 komen

Sekiranya anda sentiasa bekerja dengan enjin, sistem pembekalan gas/cecair atau sistem yang melibatkan motor/pam yang besar, masalah kejadian skru longgar dan tertanggal sering berlaku. Walaupun skru tersebut telah diikat seketat2nya, beberapa minggu selepas itu, skru tersebut didapati telah longgar.

Perkara ini boleh berlaku adalah kerana sistem2 yang disebutkan di atas sentiasa menghasilkan getaran berfrekuensi tinggi dan ia boleh melonggarkan skru2 yang telah diikat ketat.

Untuk mengatasi masalah ini, terdapat satu produk yang dinamakan 'Threadlocker'. Produk ini adalah seperti gam dan ia perlu dibubuh pada bebenang skru sebelum diikat pada lubang skru. Ia akan membantu bebenang skru melekat dan menghalang skru dari bergerak walaupun terdedah pada getaran frekuensi tinggi.

Produk ini boleh didapati di kedai2 hardware. Juga boleh didapati secara online di lelong.com.my

Heckler and Koch MP5 Dalam Kes Bunuh Aminulrasyid Amzah

Disember 15, 2010

0 komen

Artikel kali ini bukanlah untuk mengulas tentang kes bunuh Aminumrasyid Amzah yang masih dalam perbicaraan mahkamah, tetapi adalah mengenai senjata api yang digunakan dalam kes ini. Gambar di bawah menunjukkan rupa bentuk senjata tersebut. Senjata yang digunakan dalam kes ini adalah Heckler and Koch MP5.


Heckler and Koch adalah nama syarikat dari Jerman yang menghasilkan senjata ini manakala MP5 adalah singkatan daripada Machine Pistol model 5. Senjata ini adalah dalam kategori submachnige gun dan antara senjata yang paling popular di dunia digunakan oleh pihak berkuasa keselamatan. Ia sudah mula digunakan sejak tahun 1964.

Berat senjata ini adalah sekitar 2.5kg hingga 3 kg dengan kepanjangan 660mm. Ia mempunyai 3 mod tembakan iaitu tembakan automatik, separuh automatik dan burst. Jarak berkesan senjata ini adalah 25 hingga 100 meter, sesuai untuk pertempuran jarak dekat dan sederhana. Jumlah peluru dalam kelopaknya adalah 15 atau 30 biji.

Jangan Memasang Penghawa Dingin Dengan Kapasiti Terlalu Besar

Oktober 31, 2010

0 komen

Artikel lalu penulis telah menerangkan pengiraan kapasiti penghawa dingin yang sesuai. Adalah diingatkan supaya anda tidak memasang penghawa dingin dengan kapasiti yang terlalu besar. Sebagai contoh, mengikut pengiraan, bilik anda memerlukan penghawa dingin berkuasa 1.2HP. Oleh itu, dapatkan penghawa dingin berkuasa 1.5HP.

Memasang penghawa dingin berkuasa 2HP mungkin tidak menimbulkan masalah. Tetapi apabila anda memasang penghawa dingin berkuasa 2.5HP atau 3HP, bilik anda akan sejuk dengan cepat pada kelembapan udara yang tinggi.

Anda akan mendapati peralatan logam, kaca akan mula berwap, beberapa minggu selepas itu, siling dan dinding anda akan berkulat. Ini berlaku kerana pada suhu rendah dengan kelembapan tinggi, zarah udara akan  mula berubah menjadi wap air. Sekiranya anda masih ingat tentang isu kulat di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru beberapa tahun lalu, kejadian itu berpunca daripada kapasiti penghawa dingin yang terlalu besar.

Memasang penghawa dingin pada kapasiti yang sesuai akan membolehkan kelembapan udara menurun dahulu sebelum suhu bilik menjadi sejuk. Penulis akan menerangkan tentang kelembapan udara dan 'dew point' pada artikel akan datang.

Mengira Kapasiti Penghawa Dingin Split Unit

Mei 26, 2010

6 komen

Terdapat beberapa versi pengiraan yang biasa digunakan. Pengiraan2 ini memberikan keputusan yang lebih kurang sama.

Kapasiti penghawa dingin jenis split unit biasanya adalah dalam unit HP (Horse Power) dan kapasiti yang terdapat di pasaran adalah 1HP, 1.5HP, 2HP, 2.5HP dan 3HP.

VERSI 1
Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut diduduki oleh 2 orang, ketinggian siling 3 meter, tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.

di mana
Contoh:
Sebuah bilik berukuran 16' x 20'. Maka pengiraan kapasiti penghawa dingin adalah;

 Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.5HP


VERSI 2
Pengiraan versi ini dibuat dengan mengganggap bilik tersebut mempunyai tingkap yang tidak berlangsir dan peralatan elektrik (termasuk lampu) tidak melebihi 100W.
 di mana

Contoh:
Sebuah bilik berukuran 16' x 20' dengan ketinggian 9.8 kaki (3 meter) dan diduduki oleh 2 orang.
Maka kapasiti penghawa dingin yang sesuai ialah 2.5HP

Berapakah kos bil elektrik anda ?
Sekiranya penghawa dingin anda berkuasa 2.5 HP, digunakan selama 5 jam setiap hari, maka kos bil elektrik anda (kos maksimum) untuk penghawa dingin dalam sebulan ialah
 Nota:
1HP = 0.746 kiloWatt

Kepentingan Exhaust/Ventilation Fan

Mei 03, 2010

2 komen


Pernahkah bilik air anda terasa berbahang selepas anda mandi? Ataupun bilik tidur anda terasa 'kepam'? Ini menunjukkan bilik air dan bilik tidur anda tidak mempunyai peredaran udara yang baik. Jadi, bagaimanakah untuk mendapatkan peredaran udara yang baik? Salah satu cara adalah dengan membuka tingkap. Tapi, ada ke tingkap dalam bilik air? Tak kan nk buka tingkap 24 jam kt bilik tidur anda pula.

Maka, penyelesaiannya adalah dengan memasang exhaust fan. Exhaust fan adalah alat mekanikal yang menarik udara keluar (kadangkala dikenali sebagai ventilating fan). Terdapat beberapa jenis exhaust fan yang terdapat di pasaran yang sesuai dipasang di rumah:
  1. jenis siling
  2. jenis dinding
Terdapat satu lagi jenis exhaust fan iaitu jenis sesalur tetapi ia tidak sesuai dipasang di rumah. Ia biasanya dipasang di premis2 besar seperti hospital, gudang, workshop dll. Exhaust fan jenis siling amat sesuai dipasang di bilik air atau bilik tidur manakala exhaust fan jenis dinding biasanya dipasang di ruang yang terbuka seperti dapur. Pemasangan exhaust fan jenis siling agak mudah manakala jenis dinding kadangkala memerlukan kerja memecah dinding.

Keupayaan exhaust fan biasanya diukur dalam unit CFM (Cubic Feet per Minutes) manakala kadar peredaran udara sesuatu ruang/bilik diukur dalam unit ACH (Air Changes per Hour)

CFM (Cubic Feet per Minutes)
Isipadu udara yang disedut oleh exhaust fan dalam masa 1 minit. Nilai CFM boleh diperolehi daripada manual exhaust fan.

ACH (Air Changes per Hour)
Nisbah isipada udara yang disedut oleh exhaust fan dengan isipadu bilik/ruang. Isipadu bilik adalah hasil darab panjang, lebar dan tinggi (hingga siling) sesuatu ruang/bilik. Isipadu bilik diukur dalam unit kaki (feet) Formula untuk mengira ACH adalah:
Maka nilai CFM yang diperlukan untuk sesebuah bilik adalah
Mengikut piawaian Home Ventilating Institute (HVI), nilai ACH yang minimum adalah:
  • 8 ACH untuk bilik air
  • 15 ACH untuk dapur
  • 6 ACH untuk bilik selain bilik air dan dapur (seperti bilik tidur dan stor)
Contoh pengiraan:
Sebuah bilik air berukuran 8 x 9 x 12 kaki dan memerlukan sekurang-kurangnya 8 ACH.
Kemudian, dapatkan exhaust fan yang berkapasiti sekurang-kurangnya 115.2 CFM

Faedah lain pemasangan exhaust fan adalah:
  • memperbaiki peredaran udara
  • mengurangkan kelembapan udara yang boleh memberi kesan pada dinding dan perabot
  • menghalang pertumbuhan kulat, spora yang boleh menggangu kesihatan
  • menyahkan bau, haba, debu dan asap
Sekiranya anda hendak membuat pendawaian elektrik pada rumah baru anda, pertimbangkan pemasangan exhaust fan pada bilik air dan bilik tidur. Adalah dicadangkan anda membeli exhaust fan jenama terkenal seperi Panasonic dan KDK kerana jaminan kualitinya. Walaupun agak mahal tetapi jenama ini lebih tahan lama berbanding jenama lain (boleh tahan sehingga 10 tahun mengikut pengalaman penulis).

Panduan cara pemasangan exhaust fan ditunjukkan di gambarajah di bawah.


Link untuk meninjau exhaust fan jenama Panasonic atau KDK:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...