Soalan Lazim Mengenai Kerosakan Pada Kipas Angin

Mei 03, 2012


Saya selalu mendapat email bertanyakan tentang masalah yang dihadapi pada kipas angin mereka. Soalan-soalan yang ditanya adalah berdasarkan artikel bertajuk 'Kipas Semakin Perlahan'. Berikut adalah himpunan soalan lazim yang sering ditanya berserta dengan jawapan.

Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?
Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?
Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.
Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.

Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti ?
Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki ?
Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control ? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.
Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak.  Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun  telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu ?
Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.

Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat membaiki kipas siling ?
Agak sukar kita mencari kedai yang membaiki kipas siling terutamanya kipas siling kawalan jauh. Ini kerana seseorang juruteknik perlu datang ke rumah anda, perlu panjat dan tanggalkan pemasangan kipas tersebut. Sekiranya perlu, kipas tersebut perlu ditanggalkan dan dibawa balik ke bengkel pembaikan. Kos untuk perkhidmatan sebegini adalah tidak berbaloi kerana kos pembaikan adalah hampir sama dengan pembelian kipas baru. Kadang-kadang kipas tidak dapat dibaiki (teruatamanya kipas siling kawalan jauh) kerana alat ganti pada papan elektronik tiada di pasaran.
Apa yang anda boleh buat, tanggalkan sendiri kipas siling anda yang rosak dan hantar ke kedai pembaikan alat elektrik atau elektronik. 
Sekiranya anda tahu kedai-kedai yang ada membuat pembaikan kipas di sekitar tempat tinggal anda, boleh beritahu di ruangan komen.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum bang....nk tanya skit la...kt kotak fius agihan umah saya ada mcb c25 di smbung pada soket alir kluar.ada yang dismbung ngan 2 sokt and 3 soket.sbenarnya itu saiz mcb apa and utk soket apa.litar gelang ke litar jejari...tq

alshadid berkata...

salam tuan...saya nak tanya tentang kapasitor..kapasitor ni ada jangka hayat sampai bila ya? kadang2 tak sampai 6 bulan saya terpaksa tukar kapasitor baru untuk kipas syiling..mohon pertolongan...terima kasih

ZON152 berkata...

alshadid:
Skrang ini berlaku lambakan komponen elektronik dari China, byk yg tidak berkualiti. Cubalah cari kapasitor yang mahal sikit harganya.

Selain itu, jangkahayat kapasitor bergantung pada persekitaran dan spesifikasinya. Kapasitor mempunyai spesifikasi voltan dan suhu maksimum.

Sekiranya sebelum ini anda guna kapasitor 300VAC suhu 85°C, selepas ini cuba cari kapasitor 400VAC suhu 100°C.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum saudara. Menjawab pada soalan anda berkaitan MCB berkadaran 25Amp, litar yang menggunakan MCB tersebut berkemungkinan dari litar jenis Spurs iaitu ada litar gelang dan litar jejari. Seharusnya saudara haruslah mengetahui bahawa pemasangan MCB haruslah mengikut piawaian IEE yang telah ditetapkan. Sekiranya boleh, litar jejari dan litar gelang tidak boleh disambung sekali pada satu-satu MCB yang sama. Ini boleh mengakitbatkan berlakunya over current pada peralatan saudara sendiri jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian maklumat. Hari ini dengan modal hanya RM2.50 (kos membeli kapasitor 0.82uf), kipas tdk lima bilah saya telah kembali berfungsi selepas 2 tahun tersadai...kalau la saya tahu maklumat ini dari awal..dah lama saya siapkan kipas saya tu...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...