RCD Terpelantik (trip), Tidak Boleh Dinaikkan (reset)

Jun 08, 2010



Artikel terdahulu penulis telah memperkenalkan RCB dalam sistem pembekalan elektrik 1 fasa di rumah. RCB akan terpelantik ke bawah (trip) apabila berlaku renjatan elektrik, voltan tinggi akibat kilat ataupun berlaku kerosakan pada pendawaian yang menyebabkan arus mengalir ke bumi.

Apabila RCD trip, anda perlu menaikkan semula suisnya (reset) supaya bekalan elektrik pulih seperti biasa. Walaubagaimanapun, kadang-kala RCD tidak dapat dinaikkan (reset) walaupun ditolak berkali2 ke atas. 

Sekiranya keadaan ini berlaku, berikut adalah langkah2 yang perlu anda buat (rujuk gambar di atas):
  1. Pakai selipar getah ataupun kasut keselamatan. Jika tiada, alas kaki anda dengan kepingan getah, kayu atau apa2 bahan yang tidak mengalirkan elektrik. 
  2. Turunkan suis utama dan semua suis MCB (off) dan kemudian naikkan suis RCD. Sekiranya suis tersebut tidak dapat dinaikkan juga, ini menunjukkan RCD tersebut telah rosak. Dapatkan juruelektrik untuk menggantikan RCD ini.
  3. Sekiranya suis RCD dapat dinaikkan, naikkan semula suis utama (on). Sekiranya suis RCD jatuh semula sebaik sahaja suis utama dinaikkan, ini menunjukkan RCD tersebut telah rosak. Dapatkan juruelektrik untuk menggantikan RCD ini.
  4. Sekiranya suis RCD tidak jatuh (trip) sebaik sahaja suis utama dinaikkan (on), naikkan (on) semua suis MCB satu persatu
  5. Sekiranya ada suis MCB apabila dinaikkan, suis RCD terjatuh semula ke bawah, ini menunjukkan ada pendawaian atau peralatan elektrik yang mengalami litar pintas ke bumi. Biarkan suis MCB tersebut dalam keadaan off, naikkan semula suis RCD dan suis MCB yang lain. Dapatkan juruelektrik untuk mengesan punca litar pintas dan pembaikan. 

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun begitu, RCD juga tidak boleh dianggap rosak sekiranya tidak dapat di ON kan semula atau ia seperti loose bila di ON kan dan jatuh semula OFF. Ia kelihatan seperti ada masalah pada bahagian mekanikal dalaman RCD tersebut, tapi sebenarnya mungkin tidak. Sekiranya RCD yang baru telah ditukar dan masalah yang sama masih berlaku, maka puncanya ialah berlakunya litar pintas antara neutal dan bumi. Ia boleh berlaku pada peralatan elektrik atau pendawaian itu sendiri. Jadi khidmat juruelektrik bertauliah diperlukan untuk mengesan, mencari, mengasingkan dan membaik pulih semula.
Namun begitu, pemeriksaan asas boleh dilakukan bagi mencari punca kerosakan dan mengasingkanya seperti;
1) Tanggalkan/cabut keluar semua plugtop peralatan elektrik dari soket alir keluarnya.(Off kan sahaja suis soket tidak akan membantu kerana sambungan neutral dan bumi antara soket dan plug adalah sambungan terus yang tidak melalui/menggunakan media suis utk mengasingkannya, kecuali live sahaja. ON semula RCD, sekiranya suis utama RCD tidak terpelantik atau loose untuk di ONkan maka kerosakan berlaku pada salah satu peralatan yang telah ditanggalkan plug nya tadi. Jika masih terpelantik atau loose pada suis utama seperti rosak, maka masih terdapat litar pintas antara neutral dan bumi pada pendawaian lampu atau pendawaian itu sendiri. Langkah kedua ialah mengesan litar yang bermasalh di bahagian kotak fius (dilakukan juruelektrik bertauliah dengan mengikut langkah keselamatan) caranya;
2)OFF kan suisutama bekalan masuk,RCD dan MCB pastikan tiada bekalan di bahagian yang dikerjakan. Tanggalkan/buka semua wayar neutral pada neutar link/bar di kotak fius. Onkan semula msuis utama dan RCD, jika dapat dihidupkan maka sah masalh pada neutral dan bumi. Utk mengetahui litar yang short.. Off semula main switch dan RCD, masukkan/pasang satu wayar neutral dari banyak-banyak wayar yang dibuka td. Kemudian ON semula main switch dan RCD, jika RCD tidak trip maka litar neutral yang dipasang itu tiada masalah. Teruskan langkah yang sama OFF main swith dan RCD dan masukkan wayar neutral kedua pula dan ulangi langkah yang sama. Lakukan satu persatu hingga jumpa wayar neutral yang tripkan atau tak boleh ON RCD maka litar itu lah yg bermasalah.

Fauzi berkata...

Salam tuan,

suis ELCB rumah saya kerap kali trip. kadangkala tanpa sebab seperti kilat dan sebagainya. bila saya cuba angkat semula suis ELCB, ia tetap akan jatuh. penyelesaiannya, saya tutup semua suis MCB, kmdn tutup suis utama. bila dah semua di "off"kan, barulah saya "on" suis MCB kemudian suis ELCB dan terakhir suis utama. baru elektrik ok. untuk makluman semua MCB dan ELCB saya dah tukar baru (SIRIM)

persoalan saya;
1. Sebab apa berlaku?
2. Apa yang perlu saya buat?
3. Adakah betul ianya berpunca daripada balast yang digunakan dalam lampu kalimantan yang akan rosak sebab setiap kali trip, ianya melibatkan suis ELCB dan bukannya MCB?

ZON152 berkata...

Fauzi: Brp kepekaan ELCB tu? 100mA atau 30mA? Di rumah sepatutnya guna ELCB 100mA. ELCB 30mA terlalu sentitif utk digunakan utk wiring rumah.

Langkah yg anda buat tu kurang tepat. Bila ELCB trip, offkan MCB dan suis utama dahulu.

Kemudian, hidupkan suis utama, naikkan ELCB, kemudian baru on kan MCB satu persatu. Anda mungkin akan terjumpa MCB yg menjadi punca trip.

Contohnya DB anda ada 6 unit MCB dan wiring pada MCB ke-4 ada short. Semasa on kan MCB satu persatu, bila anda on kan MCB ke-4, ELCB trip. Jadi kita tahu wiring pada MCB ke-4 ada masalah.

Offkan MCB ke-4 tu, on kan MCB yang lain. Tgok peralatan apa yg bersambung pada wiring MCB ke-4 tu. Mungkin peralatan tu yg ada short, tu sbb ELCB trip.

Biasanya kalau ballast rosak, ELCB akan trip. Ada juga kes bila ballast rosak, MCB trip tp jarang berlaku.

Fauzi berkata...

Tuan,

ELCB yg ada dlm DB saya adalah 100mA. saya dah guna kaedah/tip yg tuan ajar tu tp ELCB tetap akan trip semula.

Pening saya bila nak slsaikan masalah ni. nampaknya sy kena check satu satu alat letrik yg ada dlm rumah.

anyway, terima kasih atas tunjuk ajar tuan.

kayrul berkata...

salam,.
sya ada satu masalah tentang litar di rumah sya,
slalu sgt trip,,bla trip sya on kan smula,.ok blik,.dlm sejam pastu trip blik,.sya bru je tkar elcb tu,40amp klu x clap,.
klu permanent trip bole la detect kat mna fault tu,ni kjp tri kjap ok..
adakah nilai elcb sya x ckup dgn load yg digunakan,,water heater,mesin basuh,soket..
bila ada flash walaupun jauh,.trip..mmg mnyusahkan bila nk rest blik kerana DB berada di tgkat ats rumah..sekian terima kasih,.harap dapat membantu,. :)

ZON152 berkata...

Kayrul:
Masalah mcm ni boleh dikesan menggunakan insulation tester. Tp alat ini harganya mahal dan kebanyakkan wireman yg saya jumpa tidak tahu menggunakan alat ini utk mencari punca litar pintas.

Apa yg boleh anda buat, tukarkan ELCB anda itu pada ELCB kepekaan 30mA. Biasanya bila tukar ELCB yg lebih sentitif, trip jenis kejap2 ni akan jadi trip permanent. Kemudian mudahlah kita cari punca litar pintas tu.

Bila dh jumpa punca litar pintas, betulkan atau asingkan ia, kemudian tukar semula ELCB 30mA tu pada yang asal.

kayrul berkata...

stu soalan lgi sya nk tnya,.sya telah off kan mcb,ELCB dan main suis..n then telah cabut smua wayar neutral,tidak brlaku trip,.pastu sya msukkan wire neutral still tidak trip..
sya lg keadaan,sya cabutkan satu wire neutral kemudian on kan mcb..cabut smua pug top dan offkan suis..sya check mggunakan test pen didapati ada cas elektrik pada kabel neutral tersebut,,tp mgkin sdikit shja cas mngikut nyalaan pada test pen tersebut,.
adakah berlaku short wire,atau keadaan normal pun macam tu.,sekian..trima kasih

kayrul berkata...

sori ,stu lg sya nk tnya..adakah masalah wire earth juga boleh mnyebabkan berlaku perkara ini,.kerana earth wire di rumah sya sdh luka dan dibalut black tape.,adakah cara mudah untuk mengetahui kecekapan kabel earth,.tq :)

ZON152 berkata...

Kayrul:
kalau test pen menyala pada wayar neutral, maknanya ada short antara live dengan neutral.

Wayar earth luka tidak menyebabkan trip.

Masalah trip masih selalu berlaku jgk ke?

kayrul berkata...

slpas sya buka neutral point satu2 dlu.,x la kerap berlaku trip,,sya pn xtau knapa x trip pulak sbb sya x wat pe2 pn ,just open pastu connect blik neutral.2 je..
lg stu,sya bru je buat 1 point untuk plug top mggunakan 1 mcb shja(x share ngan point lain),pastu sya check kat neutral dia ada cas lektrik jgak(cikit)..xkan la ada short kabel kan,bru je psng 2.huhu..

ZON152 berkata...

Kayrul (5 Julai 2012):
Mungkin ada wayar neutral kt DB tu ade sedikit luka dan menyentuh konduit besi, tp bila anda tanggalkan wayar neutral satu2, wayar yang luka tu dh beralih dan tak menyentuh konduit lgi.

Saya kurang jelas bagaimana anda test wayar neutral tu. Mungkin kita boleh chat kt facebook atau email nanti.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...