Cara Kerja Pen Penguji Arus Elektrik (Electrical Test Pen)

Januari 21, 2011


Penguji Arus Elektrik (Electrical Test Pen) adalah peralatan pengujian yang biasa digunakan oleh juruteknik elektrik. Ia digunakan untuk memeriksa secara pantas samada  wayar elektrik itu mempunyai kuasa elektrik atau tidak. 

Test pen biasanya direka dalam bentuk pemutar skru. Hujung alat penguji ini perlu disentuh kepada bahagian konduktor pada wayar elektrik dan lampu penunjuk di dalam test pen tersebut akan menyala sekiranya wayar tersebut mempunyai kuasa elektrik

Test pen berfungsi berdasarkan rintangan antara badan manusia dengan bumi. Badan manusia akan bertindak sebagai perintang, di mana arus elektrik akan melalui badan manusia untuk kembali ke bumi. Arus tini tidak merbahaya kepada manusia kerana nilainya terlalu kecil.

Sekiranya dilihat dengan teliti pada bahagian dalam test pen, terdapat satu karbon hitam yang dipasang pada lampu penunjuk. Karbon tersebut bertindak sebagai perintang bernilai besar untuk mengecilkan nilai arus  yang melalui badan manusia.

Gambar di bawah menunjukkan litar setara cara kerja test pen.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagaimana pula jika seseorng penguji itu menggunakan safety boot...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...