Panduan Merekabentuk Pendawaian Elektrik Di Rumah

Februari 02, 2012


Artikel ini menerangkan tentang panduan merekabentuk sistem pendawaian elektrik di rumah yang biasa diamalkan oleh juruelektrik di Malaysia. Sebenarnya tiada pengiraan khusus untuk menentukan saiz wayar, MCB, RCCB dan bilangan mata kuasa memandangkan kita tidak mengetahui berapa banyak beban yang akan digunakan oleh pengguna di rumah. Walaubagaimanapun, sebuah badan antarabangsa yang dikenali sebagai IEEE (Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik) telah menyediakan garis panduan untuk rekabentuk pendawaian elektrik ini.

Pendawaian elektrik rumah bermula daripada papan agihan atau dalam Bahasa Inggerisnya disebut Distribution Board (DB). Papan agihan terdiri daripada suis utama, RCCB dan MCB. Baca sini untuk mengetahui secara umum tentang papan agihan.  Pendawaian elektrik akan diagihkan ke dalam rumah melalui MCB.




Gambar di atas menunjukkan sistem pendawaian elektrik yang biasa dipasang untuk rumah 1 tingkat 3 bilik. (Klik pada gambar untuk besarkan, klik sini untuk muaturun gambar di atas dalam format PDF). 

Terdapat 4 jenis litar pendawaian elektrik rumah iaitu litar gelang, litar jejari, pencahayaan dan litar khusus. 

1. Litar jejari
Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 50m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 6 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 50m². Biasanya litar jejari digunakan untuk pendawaian soket plug di dalam bilik. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 16A.

2. Litar gelang
Litar gelang adalah litar di mana pangkal dan hujung pendawaiannya disambung pada MCB yang sama. Pendawaian litar jejari hendaklah meliputi jumlah kawasan bersaiz 100m². Tiada had bilangan soket alir keluar 13A (soket plug) untuk litar ini, tetapi mengikut pengalaman jurutera elektrik dan juruelektrik, 10 unit soket plug adalah bilangan yang ideal untuk kawasan seluas 100m². Biasanya litar gelang digunakan untuk pendawaian soket plug di luar bilik seperti ruang tamu, ruang berehat dan dapur. Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 2.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 32A.

3. Litar pencahayaan
Lampu, kipas, loceng pintu dan jam elektrik disambung pada litar pencahayaan. Jumlah maksimum mata kuasa yang dibenarkan untuk litar pencahayaan adalah 10 unit.  Saiz minimum wayar untuk litar ini adalah 1.5mm² bertebat PVC dan ia disambung pada MCB bersaiz 6A.

4. Litar khusus
Litar khusus adalah untuk peralatan elektrik yang kuasanya melebihi 2000 Watt seperti pemancur air panas, oven dan penghawa dingin. Setiap peralatan ini hendaklah dikhususkan satu litar pendawaian terus dari papan agihan, disambung pada MCB bersaiz 20A dengan saiz minimum wayar  2.5mm² bertebat PVC. Sebagai contoh, rumah anda mempunyai satu unit pemancur air panas dan 2 unit penghawa dingin. Ini bermakna anda memerlukan 3 litar khusus untuk peralatan tersebut. Litar khusus 1 untuk pemancur air panas, litar khusus 2 untuk penghawa dingin  pertama dan litar khusus 3 untuk penghawa dingin kedua. 

Dalam sesebuah rumah, bilangan litar jejari, litar gelang dan litar pencahayaan boleh lebih dari satu. Sebagai contoh, rumah 2 tingkat dengan 4 bilik. Litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang pertama adalah untuk tingkat bawah manakala  litar jejari, litar pencahayaan dan litar gelang yang kedua adalah untuk tingkat atas.

Kesemua MCB ini akan disambung pada RCCB dengan menggunakan wayar bersaiz 4mm² (minimum). Terdapat dua saiz RCCB yang sesuai untuk pendawaian elektrik dalam rumah iaitu 40A dan 63A. Sekiranya rumah anda memerlukan soket plug dan mata kuasa kipas/lampu tidak melebihi 20 unit dan tiada penggunaan peralatan elektrik berkuasa lebih 2000W, RCCB bersaiz 40A sudah mencukui. Jika lebih dari 20 unit dan mempunyai peralatan elektrik 2000W ke atas, RCCB 63A diperlukan. Gunakan RCCB yang mempunyai kepekaan 100mA.

Sekiranya pendawaian dilakukan dalam konduit GI (paip besi bergalvani), wayar elektrik yang perlu digunakan adalah jenis double insulated (2 lapis penebat). Ini kerana jika kerja pendawaian dilakukan dalam elektrik paip besi, sekiranya dilakukan dengan kasar ia boleh menyebabkan lapisan penebat wayar terkoyak. Oleh itu wayar double insulated diperlukan supaya penebat wayar elektrik masih dalam berkeadaan baik sekiranya lapisan pertama penebat telah terkoyak.

34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

terima kasih berkongsi ilmu, Allah pasti membalas jasamu. Pohon anda rendang dan berbuah, ramai yang berteduh dan merasainya. Ilmu tanpa amal ibarat pohon yang tidak berbuah. Amal tanpa ilmu ibarat pohon kering tiada berdaun

Tanpa Nama berkata...

Very informative bro.. keep it up!

Tanpa Nama berkata...

tq for the info..
semoga tuhan membalas atas kebaikan yg dilakukan

Tanpa Nama berkata...

Usaha yg mulia lagi berpahala, amat berguna . teruskan usaha bro.

Unknown berkata...

salam bro ,nak name fb bole bro ?sya ambk kos elektrik,na tnye skit r psal elektrik ni ..

ZON152 berkata...

https://www.facebook.com/pages/ZON-152/173190679382614

jau berkata...

good sharing.tq

Tanpa Nama berkata...

thanks tuan. i learn something today.

Tanpa Nama berkata...

t.kasih saudara/saudari berkgsi ilmu...semoga hidupmu diberkati...amin

Tanpa Nama berkata...

Ape beza a32 dan c32?

ZON152 berkata...

Beza antara MCB A32 (jenis A) dan MCB C32 adalah masa ia bertindakbalas (trip) terhadap arus berlebihan.

Sekiranya arus setinggi 35A melalui MCB 32A, MCB jenis A akan bertindak lebih pantas untuk trip berbanding MCB jenis C.

Tanpa Nama berkata...

Mohon salin utk rujukan.

Soalan: Jika saiz kabel dari RCCB ke MCB lebih dari 4mm2 boleh atau tidak? Apa pro dan kontranya?

Terima kasih. Artikel yang sangat bermanfaat utk saya

ZON152 berkata...

Tanpa Nama (10 Okt 2012):
Boleh sahaja guna kabel lebih 4mm2, x de masalah, cuma makin besar saiz kabel makin mahal harganya

Tanpa Nama berkata...

Good info..terbaikkk...

hisham berkata...

Alhamdulillah.. tuan ibarat lilin yang menerangi. Saya sendiri pun mmg orang elektrik juga hehehe belajar, ambil sijil dan kerja bahagian elektrik jugak tapi tak punyai masa untuk buat semua ini. Anda mmg hebat. Tahniah.

Tanpa Nama berkata...

thanks for sharing..kalo ilmu yg d ajarkn x kn penah abes..=)

Unknown berkata...

terima kasih ilmu paling berguna, semuga ilmu yang diberi di berkati allah

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas ilmu yang saudara kongsi..semoga diberkati Allah

Tanpa Nama berkata...

saya ni perempuan...tapi semua kerja saya buat info dalam ni betul2 banyak membantu... tapi di pejabat saya aras 4 asyik trip saja... mcm mana tu??

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih... byk membantu untuk saya wiring balik rumah kebiun saya. Inshaallah...

Tanpa Nama berkata...

thanx from johorean

Tanpa Nama berkata...

Pertanyaan, utk pendawaian kabel bumi bg lampu, perlu sambung kabel bumi ke lampu dulu atau ke suis dulu yer... time kasih sgt2... sgt bermanfaat ilmu yg diberikan

Tanpa Nama berkata...

lampu dulu...kalau pendawaian domestik@pvc just bumi pada lampu melainkan litar kuasa @ soket...

Dunia Elektrik berkata...

salam, banyak maklumat yang boleh dipelajari diblog ini. mohon perkongsian segala maklumat ya.

Aji P berkata...

Trima kasih banyak.moga allah beri tuan sihat utk terus menulis n membimbing.

Tanpa Nama berkata...

salam. thanks for the info. i learnt n gained a lot.

Horses Trainner berkata...

Tq bro. Mntk halalkn pengkongsian ilmu yg brmenafaat ini..

Tanpa Nama berkata...

Terbaik dari anda

Tanpa Nama berkata...

terbaik,dari kosong hingga paham ,pengunaan bahasa yang mudah semoga allah mebalas kebaikan tuan

Entertainment Hub berkata...

salam, baru2 ni Electric Commision mewajibkan pemasangan external residual current device (RCCB) sekurang2 nya 10mA pada setiap pemanas air elektrik utk elakkan renjatan elektrik..boleh tuan tunjukkan dalam gambarajah ni? terima kasih.

Unknown berkata...

terima kasih dengan ilmu yang anda share ini.

Tanpa Nama berkata...

Tq krna share ilmu ini...tq byk2....sgt bermanfaat..m

Drill Lubang Skru @ Water Heater Area Putrajaya: 0176431977 berkata...

info yang amat berguna... terima kasih kerana share maklumat ini... semoga bertambah lagi ilmu tuan...

Unknown berkata...

Tq Tuan moga beroleh berkat...daripada nya....

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...