Menguji Fius Menggunakan Test Pen

Februari 17, 2013


Anda ingin memeriksa sebuah fius untuk mengetahui samada ia berkeadaan baik atau tidak, tetapi pada masa yang sama anda tidak memiliki multimeter. Jangan putus asa, anda boleh memeriksa fius tersebut dengan menggunakan test pen.

Masukkan hujung test pen pada terminal live di soket plug. Hidupkan suis pada soket plug, kemudian sentuhkan hujung fius pada bontot test pen dan hujung fius yang lagi satu anda pegang dengan tangan anda sendiri (tanpa memakai sarung tangan). Sekiranya lampu pada test pen itu menyala, itu menunjukkan fius dalam berkeadaan baik. Jika lampu test pen tidak menyala, maka wayar dalam fius tersebut telah terputus.

Idea ini sangat berguna apabila kita mahu memeriksa fius yang badannya diperbuat daripada seramik, yang mana fius jenis ini kita tidak dapat keadaan dalam fius tersebut.

7 ulasan:

Farhan Habib berkata...

Terbaik..! TerusKan menulis info2 kpd yg dahagakan ilmu ;)

Mazrie berkata...

x bahaya ker pegang fius dengan tangan tanpa sarung getah?

Paskai berkata...

Tak..sbb dlm keadaan biasa pun kita kena sentuh bontot test pen tu dgn ibu jari..

Tanpa Nama berkata...

:- D

Tanpa Nama berkata...

Masa test ni perlu pakai pakai kasut atau tidak?

Ahmad Puzi Abu Bakar berkata...

Xperlu. Pakai seluar aje udah memadai

Tanpa Nama berkata...

Bagus..cara yg belum terfikir

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...