Perlukah Naiktaraf Kepada Pendawaian Tiga Fasa ?

Julai 26, 2011


Soalan:
Rumah saya sekarang ini sedang renovated (rumah teres dua tingkat). Sebelum ini rumah saya menggunakan sistem pendawaian satu fasa dan penggunaan semasa adalah 3 unit aircond, 1 cloth dryer selain kelengkapan rumah yang biasa seperti lampu, kipas, televisyen dan sebagainya. 

Selepas renovate, disebabkan pertambahan bilik saya bercadang untuk tambah aircond pada bilik tersebut selain di ruang tamu. Selepas ini jumlah aircond adalah 5 unit. Saya bimbang kalau semua perkakas elektrik ini digunakan serentak akan berlaku trip, jadi saya bercadang untuk naiktaraf dari pendawaian satu fasa kepada tiga fasa.

Tetapi kontraktor mengatakan tidak perlu tukar kepada pendawaian tiga fasa, hanya perlu buat dua DB (distribution board - papan agihan) secara berasingan dalam satu rumah, tingkat atas dan tingkat bawah.

Saya nak minta pandangan, bolehkah berbuat demikian? Adakah selamat buat dua DB dalam satu rumah? Bagaimana dengan bil? Adakah lebih mahal? Boleh terangkan perbezaan sistem pendawaian tiga fasa dengan pendawian dua DB yang dicadangkan oleh kontraktor tersebut? 

Jawapan:
Kontraktor tersebut betul, sekiranya anda mahu terus menggunakan pendawaian satu fasa, perlu buat dua DB berasingan. Sebenarnya, boleh sahaja guna satu DB sahaja, tetapi untuk memudahkan kerja troubleshooting dan pembaikan pada masa hadapan, lebih baik guna dua DB berasingan.

Berdasarkan maklumat yang diberi, saya anggarkan arus elektrik rumah anda untuk penggunaan maksimum tidak melebihi 60A. Ini adalah cukup ditampung oleh pendawaian satu fasa. Arus maksimum yang mampu ditampung untuk pendawaian satu fasa biasanya adalah 80A. Sekiranya kontraktor menggunakan kadaran (rating) DB yang betul, kejadian trip tidak sepatutnya berlaku. 

Walaubagaimanapun, ketika penggunaaan maksimum, anda mungkin akan merasa ketidakstabilan voltan. Contohnya, apabila anda menghidupkan aircond, mungkin lampu akan menjadi sedikit malap selama beberapa saat. Itu adalah perkara biasa.

Sebenarnya, untuk situasi rumah anda ini, TNB sangat menggalakkan anda menukar kepada pendawaian tiga fasa. Penggunaan pendawaian satu fasa untuk situasi rumah anda akan membuatkan beban transformer di stesen pencawang menjadi tidak seimbang, juga meningkatkan kebarangkalian berlaku kerosakan kabel dan kejadian trip di stesen pencawang. Semua ini akan meningkatkan kos penyelenggaraan kepada TNB. 

Tentang bil elektrik, tarif satu fasa dan tiga fasa untuk rumah adalah sama. Sepatutnya kos bil elektrik adalah sama tidak kira anda menggunakan satu fasa atau tiga fasa. Ada yang mendakwa bil elektrik lebih jimat jika menggunakan pendawaian tiga fasa, tetapi secara matematiknya penjimatan tidak berlaku sekiranya bekalan elektrik dari TNB adalah 'bersih' (kurang mengalami herotan (distortion)).

Terpulanglah kepada anda samada anda mahu untuk menaiktaraf kepada pendawaian tiga fasa atau tidak. Kerja menaiktaraf ini memerlukan kos tambahan lebih kurang RM3000 kalau tidak silap saya. TNB ada menjalankan promosi diskaun 50% untuk naiktaraf ini, tetapi saya tidak pasti  samada promosi tersebut masih berlangsung atau tidak. Boleh tanya kepada TNB sendiri untuk maklumat lanjut.

Nota: TNB menggalakkan pendawaian elektrik sesebuah rumah dinaiktaraf kepada sistem tiga fasa sekiranya bil elektrik bulanan melebihi RM300 atau penggunaan arus elektrik melebihi 50A. 

2 ulasan:

nasir berkata...

dulu rumah saya menghadapi masaalah demikian. saya telah membuat ujikaji sendiri dan berjaya menyelesaikannya.
untuk masaalah yg selalu trip sila gunakan fius yg sesuai untuk main breaker dan breaker . sekarang contractor memasang fius utama 30A.dulu pasang 60A.sekarang nak cari fius yg 60A pun susah kalau ada pun taukeh tanya u mahu pasang untuk apa.
Perlukah Naiktaraf Kepada Pendawaian Tiga Fasa ? tidak perlu.tidak pelu buang duit 3000

Tanpa Nama berkata...

nasir, u mean bila gunakan fius 30A masalh trip dh tak berlaku ker?

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...