Lampu Downlight Jenis Skru Selalu Rosak

Julai 26, 2011


Soalan:
Rumah saya menggunakan lampu downlight jenis skru, tetapi prestasinya amat mengecewakan. Walaupun saya menggunakan lampu jenama Philips, tetapi tidak sampai 3 bulan, 10 daripada 23 mentol lampu sudah terbakar. 

Saya juga sudah tukar kepada jenama lain, tetapi sama juga masalahnya. Sekarang ini saya sudah tukar lampu downlight jenis cucuk (plug in) dengan magnetic ballast di luar. Nampaknya sudah 4 bulan lampu masih OK dan tidak berkelip-kelip. Bolehkah bagi pandangan mengenai masalah downlight ini ? 

Jawapan:
Lampu downlight jenis skru yang anda maksudkan itu adalah lampu kalimantang kompak dengan ballast terbina dalam (self ballasted compact fluorescent lamp). Lampu ini mampu bertahan sehingga 10,000 jam sekiranya ia mendapat voltan elektrik yang 'bersih' (kurang mengalami herotan).

Lampu jenis ini tidak digalakkan digunakan dalam kuantiti yang banyak dalam sesebuah premis. Ini kerana lampu ini akan menjana arus harmonik dan sekiranya lampu ini banyak digunakan, ia akan menyebabkan tenaga elektrik dalam rumah anda mengalami herotan (distortion). Rujuk gambarajah di bawah. Kesan herotan ini akan bertambah buruk sekiranya terdapat peralatan elektronik yang berkualiti rendah dan murah sedang beroperasi pada masa yang sama. Selain itu, sekiranya rumah anda berhampiran dengan kawasan perindustrian, penggunaan mesin-mesin elektrik yang terdapat dalam kilang juga boleh menyumbang herotan pada bekalan elektrik rumah anda.

Kesan herotan inilah yang menyebabkan lampu jenis ini sering rosak. Bekalan elektrik yang terherot juga memberi kesan kepada peralatan elektrik yang menggunakan motor dan transformer seperti peti sejuk, mesin basuh, aircond, kipas, adapter laptop, televisyen dan sebagainya. Ia akan menyebabkan motor atau transformer lebih panas dan ini akan memendekkan jangkahayatnya.

Pihak pengilang boleh sahaja merekabentuk lampu ini supaya kurang membebaskan harmonik, tetapi saiz lampu akan menjadi lebih besar dan juga lebih mahal.

Oleh itu, lampu downlight jenis skru ini tidak boleh digunakan dalam sesebuah rumah dalam kuantiti yang banyak, bolehlah sekadar 1 atau 2 unit sahaja. Untuk situasi rumah anda ini, penggunaan downlight dengan magnetic ballast di luar adalah penyelesaian terbaik kerana ia tidak menjana arus harmonik, juga tidak sentitif terhadap kesan herotan bekalan elektrik.

Penggunaan tenaga elektrik akan meningkat sedikit berbanding penggunaan lampu downlight jenis skru disebabkan tenaga haba yang terjana pada magnetic ballast tersebut, tetapi ia menjanjikan jangkahayat yang lebih lama.

Atau boleh juga cuba lampu LED jenis skru jika anda tidak memerlukan cahaya yang terang. Tetapi penjualan lampu LED masih belum meluas, tetapi jika berminat boleh didapati secara online di lelong.com.my.

Lampu LED tidak menjana arus harmonik dan juga tidak sentitif kepada kesan herotan bekalan elektrik. Jangkahayat lampu LED boleh mencapai sehingga 30,000 jam.

7 ulasan:

MOBYDICK berkata...

Lampu ini juga tidak sesuai di gunakkan di dalam bilik kerana selalu sangat on/off,bergantung kepada kekerapan masuk.Lampu ini elok di gunakan
pada tempat yang selalu di pasang secara berterusan...

MOBYDICK berkata...

Pembetulan,maksudnya dalam bilik air,,,

MOBYDICK berkata...

Tahukah anda lampu downlight yang rosak boleh di kitar semula penggunaanya klik sini http://magnetikelektronikandcomputer.blogspot.com/2011/04/lampu-kalimantang-jimat-kos.html

Tanpa Nama berkata...

betul tu ...dlm toilet mmg Slalu prob...so better pki lampu Kalimatang ...Sy byk customer yg Complaint...so Sy suggest pki lampu yg gunakan ballast ...sekrg Sy tgh try pki led osram 8W....blh thn trg harga dlm m60

Tanpa Nama berkata...

boleh tak kalau satu ballast magnetik atau ballast elektronik di sambungkan kepada lebih daripada satu lampu kalimantang misalnya 10 lampu kalimantang di sambungkan kepada 1 unit ballast magnetik/ballast elektronik.... dan adakah ianya berfungsi dengan baik? bagaimana jika lampu kalimantang tadi diganti dengan Lampu Downlight Jenis Skru adakah ianya berfungsi dengan baik... jika berfungsi boleh tak ditunjukkan diagram sambungan litar tersebut...

AngelzGaban berkata...

setelah baca komen diatas.. saya bersyukur tu tauke suggest beli downlight use plug in mentol.. klu tidak balik2 mo tukar mentol lagi klu use skru.. bukan sikit tu sampai 50pcs..

Tanpa Nama berkata...

Hehe.. Tulah krja seharian ku maintainance lampu di bgun persekutuan...

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...