Kipas Pusing Terbalik Selepas Dibaiki

Julai 13, 2011


Soalan
Saya baru sahaja tukar kapasitor pada sebuah kipas dinding. Kemudian, apabila kipas dihidupkan, bilah kipas berpusing terbalik (angin keluar ikut belakang). Kenapa boleh jadi sedemikian, adakah saya terbalik pasang wayar live dan neutral, ataupun masalah lain?

Jawapan
Nampaknya anda sudah tersilap membuat penyambungan wayar pada kapasitor tersebut. 

Motor kipas dinding biasanya ada tiga wayar (rujuk gambar di atas) . Wayar COMMON biasanya berwarna hitam, manakala warna wayar RUN dan wayar START adalah tidak tentu, bergantung pada pengilang. Biasanya pada tapak bawah atau bahagian dalam kipas terdapat gambarajah litar yang boleh dirujuk untuk mengetahui warna wayar START dan RUN.

Mengikut pendawaian yang betul, kapasitor hendaklah dipasang pada terminal START. Tetapi anda telah memasang kapasitor pada terminal RUN, oleh sebab itu kipas berpusing terbalik. Betulkan semula sambungan wayar kapasitor tersebut. Kapasitor untuk kipas tidak mempunyai kekutuban (tiada terminal positif-negafit atau live-neutral).

Kedudukan wayar neutral dan live tidak mempengaruhi arah putaran kipas. Anda boleh sambung wayar COMMON pada live, wayar START dan RUNNING pada neutral, tiada masalah.

2 ulasan:

alshadid berkata...

salam tuan...saya pernah pasang kapasitor baru pada kipas siling pada mulanya memang laju..tapi lama2 dia jadi perlahan balik...apa sebabnya??kipas cap ayam punya bukan branded....mohon bantuan

ZON152 berkata...

Saya jangkakan nilai Farad kapasitor tersebut telah berkurang dari nilai yang sepatutnya.

Adakah kapasitor itu berlabel 240VAC? Jika ya, anda perlu ganti kapasitor baru berlabel lebih dari 300VAC.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...