Lampu LED (Light Emitting Diode)

Mei 21, 2010


Dalam bahasa Melayu ialah Diod Pemancar Cahaya. Lampu jenis ini dibina berasaskan bahan semikonduktor. Apabila arus elektrik dibekalkan pada terminal positif dan negatif lampu LED, penggabungan elektron dan lohong akan berlaku di antara dua lapisan semikonduktor, seterusnya membebaskaan tenaga dalam bentuk cahaya.

Pencahayaan menggunakan semikonduktor ini ditemui oleh penyelidik British bernama Henry Joseph Round pada 1907. Teknologi LED ini telah mula digunakan untuk kegunaan praktikal mulai 1960an, tetapi kini penggunaannya semakin popular kebekalangan ini apabila diod pemancar cahaya berkecerahan tinggi mula diperkenalkan pada 2005. 

Gambar 1: Binaan lampu LED

Lampu LED menawarkan banyak kelebihan berbanding lampu pijar dan lampu kalimantang iaitu:
  • Lembih menjimatkan elektrik berbanding lampu kalimantang
  • Kurang membebaskan haba
  • Tiada penggunaan merkuri (merkuru berbahaya kepada manusia), oleh itu lampu LED mudah dilupuskan
  • Tiada penggunaan choke/ballast dan starter
  • Tidak mengeluarkan bunyi
  • Jangkahayat lebih lama, sehingga 50,000 jam
  • Menyala serta-merta apabila dihidupkan, tidak seperti lampu tiub kalimantang yang menggunakan ballast magnetik yang berkelip2 ketika mula dihidupkan
  • Tidak membebaskan gelombang ultarungu dan infra merah, oleh itu ia sangat sesuai untuk dijadikan lampu luaran kerana ia tidak menarik perhatian serangga mendekati lampu ini.

Walaupunbegitu, teknologi lampu ini masih lagi mahal, tetapi kerana kelebihan dan keupayaan yang ditawarkan oleh lampu LED, ia telah mendapat sokongan daripada pelbagai pihak untuk terus menjalankan penyelidikan dalam menghasilkan lampu LED yang berkecekapan tinggi dan juga murah. 

Penyelidikan terkini telah berjaya lampu LED yang mempunyai kecekapan melebihi 100 Lumens per Watt menggunakan material yang murah tetapi ia masih lagi di peringkat ujian. Adalah dijangkakan pada tahun mendatang ini, lampu LED akan digunakan pada pelbagai aplikasi, bermula dari dalam rumah, kenderaan, tepian jalan hinggalah ke industi.  
Gambar 2: Contoh produk lampu LED

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ada ciciut utk buat lampu led ke?
yg simple2 dah jika ada boleh bagi..utk di cuba.

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Arkib